Load Counter

Friday, April 8, 2011

tak sanggup nak masukkan

Gosh..i become invisible lately. Kali ni memang sebab aku betoi2 sibuk.
Pastu tetiba malam ni rasa nak menulis.
Dua tiga minggu ni aku rasa agak down. Down sbb terpaksa bedepan dengan keje yang pelbagai, lepas tu dapat plak opismate yg macam sakai (sorry opis2 mate lain yg sangat baik. hanya kerana seketul bangkai itu, saya terpaksa melibatkan nama kalian) Itu belum masuk bab family problem lagi.

Macam2 masalah dalam kepala. macam2 benda nak buat dalam satu masa. Tapi x kurus2 gak. Haish. kecewa betul.

Tadi bos gue mesej. Anak dia masuk sepital. Esok nak kena operate tonsil. Kaget gak aku membacanya. Simpati bertimpa2 dlm hati aku nih. Sebab last month dia baru je kua ward. Tetibe this month anak dia plak sakit...ujian..

Cite pasal duduk ward, alhamdulillah setakat ni aku memang blum pernah lagi. Tapi..aku teringat dulu masa arwah bapak aku idup lagi. Umur dia lebih kurang 65tahun la time tu.Umur aku plak 18tahun. Study kat penang. Skali tu, balik2 cuti semester..terus kene g sepital. Sebab kebetulan, bapak aku baru masuk ward. Sebab jatuh motor, kene langgar dengan kereta yang tak bertaliperut. Kalau dah eksen sangat , p la sondol mat rempit!! Huhu

Ok2. Berbalik kepada cerita ward tadi. Bapak aku masuk sepital gomen, kat tanjung karang. Yelah..kitorang mana la mampu nak masuk sepital mahal2..hukhu. Katil dia plak bersusun banyak2. Bukannya ada partition ke apa. Memang bleh nampak seluruh ward.

Kalau dah kene jaga bapak aku, sah2 la aku kene duk dalam wad lelaki kan.
Maka...berlakulah sesuatu yang tak dapat aku lupakan..

Pada petang itu, bapak aku telah mengeluarkan satu ayat yg sangat mengerikan..iaitu..
"Mak usu (bapak aku panggil aku mak usu), bapak nak kencing"

"Er..abes tu camane ni pak? Bapak boleh bangun tak?" walaupun aku tau bapak aku tak boleh bangun, aku tetap melontarkan soalan bodoh tu.

"Mana boleh!! Amek bekas bawah katil tu. Ada misi bagi"

Alamak, bekas apa plak ni...adui. Matila aku. Aku tengok bawah katil. Ada satu bekas besi. Macam ala2 jag air. Tapi kecik sikit. bentuknye pun pelik sikit.

"Yg ni ke pak?"

" Haah"

Aku tengok lagi skali bekas tu. Eh, cmane nak gune ni.Nak tanya, takut.Bapak aku ni plak, dahla memg spesis garang mengalahkan tentera.

Lantas, aku pun bagi bekas tu kat bapak aku yg tengah terbaring.

"Nah"

"Ko bagi bapak buat ape? Masukkan la!! Bapak ni tak boleh bangun!!"

Masa ni aku memang nak pitam. Aku tengok katil belah kiri, ada mamat bujang tu eksiden gak. Dia buat senyum kucing terlebih hormon. Budak yg katil belah kanan tu pun mcm tgh tahan gelak. Weh, camane ni. Mampos aku!!

Tibe2, datang satu cahaya penyelamat.Seorang nurse lelaki berlari2 anak ke katil kami. Dia terkejut dengar bapak aku jerit kot. walaweh...aku pun apa lagi. Terus tinggalkan bekas tu kat nurse yg tengah terpinga2. Ah..pandai2 la ko nak setelkan encik nurse. Aku adalah gadis suci yg tak mampu melaksanakan aksi getir di tengah khalayak.

Kalau teringat benda tu, kelakar jugak. Tapi siesly..walaupun bapak aku garang cam Mejar Hasan, aku tetap sayang..dan rindukan dia. Bapak, mahapkan saya. Saya dulu selalu buat hal. Semoga bapak dan emak tergolong dlm org2 yg dirahmati Allah...Al Fatihah..