Load Counter

Tuesday, September 14, 2010

berak bukan satu dosa

Ahli psikologi selalu mengkaji kelakuan manusia melalui tabiat2 mereka. Kaji cara tidur,cara makan dan pergerakan tangan. Aku rasa xpuas ati, nape xde pakar yang nak kaji cara manusia berak dan seterusnya membuat analisa perkaitan posisi berak dgn tingkahlaku manusia. Hina sangatkah berak itu? Mengapa berak sering dipandang sinis? Kenapa pakwe makwe yg baru berkenalan malu nak cakap "saya nak berak" ketika keluar dating? Bukan kah berak itu penting?Bukan ke kalau xberak kita akan merana seumur idup?
Jadi dengan penuh semangat saintis, aku cuba mengungkai misteri beberapa peringkat berak yang sangat jarang kita bincangkan dalam komuniti.

Berak normal - biasanya taik berbentuk pisang. Terapung dalam air. Saiz sedang2, dan hanya memerlukan sekali 'push' untuk menjerluskan beliau dari kepompongnya. Jimat masa dan tenaga. Kalau dapat berak jenis camni, memang bertuah. Perut lega, badan sihat sejahtera,hati pun gembira.

Berak keras - Yang ni biasanye ketul2. Kecik2, tapi xberapa bulat. Dia keluar satu persatu. Kalau keras sangat, mungkin ada yg terpaksa korek guna jari (Ini biasanya dilakukan oleh ibu2 kepada anak2nya yg masih kecik...tapi, tak taula kalau korg yg dah tua bangka ni pun ada yg buat demikian..sape tau,kan?) Bagi memastikan benda camni dapat dielakkan,banyak2kan minum air dan makan buah betik. Tapi seriusly, aku rasa buah pisang lagi melawaskan dari betik. Aku, kalau makan pisang goreng ke, cekodok pisang ke..mesti cepat je rasa nak menyahtinja.

Berak cirit - yg ni ada dua jenis.
1. Cirit minor.
Taik biasanya berbentuk panjang. Kurus. Macam Taik kucing tapi hujungnye lebih tirus. Pastu taik ni tenggelam dalam air. Yang ni sebelum berak korg akan rasa perut memulas2,pastu kentut memang konfem bau taik peram. Kalau nak settlekan berak jenis ni, memang kena memerut agak lama dalam toilet.
2. Cirit major.
Yang ni taik tak dapat dipastikan jenis ape. Sebab biasanya diorg akan berpusu2 dan keluar secara semburan. Kalau agak2 perut korg macam menggelegak je tu, sah...memang simptom2 cirit major. Janganla berani2 nak kentut sebab takut dgn taik2 sekali akan terpercik mengiringi gas tersebut. (kenapa aku boleh tulis benda camni?)
Pastu, biasanya bila cirit major ni berlaku, lepas diorg tu keluar,tubir dedubur akan terasa hangat. Mungkin sbb punca kepada cirit major ialah makanan yg terlalu pedas yg tak dapat diterima oleh perut..Cirit major ni agak bahaya. Sebab kadang2 korg rasa macam dah habis membuang,tapi..keluar je dari toilet, dia datang lagi..tensen,kan.

Baru2 ni, aku dapat tau, ada sesetengah manusia suke berbogel ketika berak. Aku rasa macam pelik, tapi aku tak taula pulak kalau pada korg perkara tersebut adalah normal. Mungkin, perbogelan itu dapat membawa ketenangan kepada bliau. Kalau aku,aku suka alirkan air paip kat tangan...sambil tggu najis meninggalkan usus. Bagi yg xpernah cube,cubala buat lpas ni. Mesti korg terasa nyaman dan nikmat.

Dulu, sorg kawan aku penah kata (nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga hak asasi beliau), kalau dia berak keras, susah sangat nak kuar, dia akan pegang kepala paip sebagai pemangkin untuk proses peneranan. Bile pegang kepala paip, baru boleh teran kuat2 sbb ada 'something to hold on'.Adakah ada antara korg yg turut berbuat demikian?

Sunday, September 5, 2010

lelaki itu -JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA TAK MAMPU MENCERAP WATAK JIWANG YANG SERIUS-

Lelaki itu, sukar dimengerti hatinya. Payah diduga rentaknya.
Tapi, utk apa mengerti kalau tak sanggup menjaga hati. Dan tak usahlah menduga kalau sekadar ingin menanam curiga.

Lelaki itu, walaupun tak mudah di percaya..tapi, dia tak pernah memperdaya. Ucapnya tulus, menzahir kebenaran walau kadang2 terlalu pahit untuk ditelan.

Lelaki itu, yang kerinting bulunya, yang jelas halkumnya, yang kasar kulitnya, masih lagi disitu. Menjaga dan melindungi. Merindu dan menyayangi.

Terima kasih encik lelaki. Terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang tidak berhormon pondan. Tak pernah mengaku kalah di tengah jalan. Tak juga mencari alasan menutup kesilapan.

Perempuan ini, bukan juga terlalu sempurna. Untuk mengadili apatah lagi menghina.
Sebaiknya, pelihara saja landasan itu. Jangan sampai dilanggar babi, jangan sampai reput dan mati.

*Aku dah warning kat tajuk tadi,entri ini adalah edisi jiwang yang serius. Jangan salahkan aku kalau kemaluan masing2 kembang dan geli apabila membacanya*

Saturday, September 4, 2010

jika malang itu berbau kentut

Puasa dah nak dekat sebulan. Dan blog ni jugak telah aku puasakan. Kerana aku bimbang penulisan2 ini berbaur unsur umpatan sekaligus menipiskan lagi pahala puasa aku yg sememangnye senipis bulu kening maisarah nahrawi ni.

Tapi pada hari ni aku rasa nak menulis. Sebab aku teringat hari khamis lepas. Yang boleh aku kategorikan sbagai salah satu dari hari malang aku (nampak sangat aku ni banyak hari malang kan) Pagi tu, aku terbangun lambat. Dengan penuh rasa yakin, aku capai baju kurung jalur2 pink yg memang jenis kain xpayah gosok (kebanyakan baju aku mmg jenis xpayah gosok, sinonim dn sikap aku yg rajin ni)

Dengan terkocoh2nye aku smayang dan bersiap. Turun2 je, bas xde. EE...bas ni buat hal pulak. Dahla tempat tggu bas dekat dgn tmpat sampah yg ulatnye dekat sama besar dgn jari klingking aku. Erkk...loyanye bile tringat. Tunggu dekat 15 minit,baru nampak bas terhegeh2 datang. Aku pun bersiap sedia utk menyerbu bas tersebut. Dengan gaya selitan yg penuh aerodinamik, aku berjaya duduk dalam bas. Ahh..lega..

Dengan hati yg masih bangga sebab dapat duduk dlam bas yg mmg selalu penuh, aku menoleh ke kanan. Tibe2 aku rasa macam nak turun balik dari bas tersebut.. Makcik 50an yang duduk sebelah aku pakai BAJU KURUNG JALUR2 PINK yg samaa sebijik dgn aku. Selamat tudung dia kaler cekelat, tudung aku merah belacan. Aaaaa......apakah dugaan ini? Adakah aku akan diiktiraf sebagai Pembimbing Rakan Sebaya kepada makcik? Atau org akan menyangka bahawa kitorg geng marhaban yg ketinggalan bas rombongan pengantin???

Setelah beberapa ketika berada dalam penyiksaan, aku pun sampai ke opis. Hari tu ada introduction session dgn GM baru yg datang dari Jepun. So..ramai le org kat HQ ni. Tengah aku nak berjalan ke tempat Wawa, aku nampak Chris dok menuang air. Eh, Chris dah potong rambut..Aku pun tersengeh2 tengok Chris dari jauh. Ingat nak tegur la. Tibe2..bile dekat. Sengehan aku terus terpadam. Orang itu sedang merenung aku dengan muka pelik.Itu orang Jepun. Bukan Chris.



Kan bes kalau malang tu sekurang2nye berbau kentut

P/s: Cikgu disiplin aku masa sekolah menengah dulu kata, 'malang' tu maksudnye stim. dan dia slalu sound budak2 lelaki supaya jangan selalu 'malang'. Sampai sekarang aku seriously xpaham apa kaitan malang dgn stim..