Load Counter

Sunday, May 30, 2010

bukan untuk meminang

Petang tadi aku sangat bekobar2 nak tulis pasal percutian kali ni. Tapi bile malam dah tibe, selepas aku menguruskan kain baju yg -berkilo2 sampai boleh merosakkan washiung machine- aku rase sangat letih dan mengantuk. Mata stim (diulangi..mata sahaja) dan kepala sudah weng. Tapi..aku gagahkan jugak la menaip ayat2 yg ;pastinye xakan sekereatif selalu.huhu

khamis ritu subuh2 aku da bangun dgn pnuh smngt kebangkitan malaya. Nak g jenjalan menggoncang lemak kat penang. Lama gak dah aku x g sana (sgguh kuno dan berkulapok aku ni kan) Dulu masa dok penang bukan bejalan sangat pun. Cuma sempat la gi pesta penang dengan pak gad ganyut yg menggelarkan diri sbagai abah. Camane aku leh terjebak dgn si tua yg menganiaya gadis remaja tu hah??!! (tapi aku xpasti sape yg sebenarnye tepedaya sbb aku n d gang dah kikis abes duit dia malam tuh.haha)

dalam sejam berjalan,sign minyak dah berkelip2. Alamak,gua lupa isi minyak dulu. Tapah 23km lagi. Itu jelapun yg ada stesen minyak. Aku yg berotak besar sikit dari udang ni plak tak pasti reserve tank leh pegi jauh mana. Tawakal jela. Sempat gak aku baca fatihah 2-3 kali. last skali aku terbaca bacaan masa i'tidal. Gelabah puyuh punye pasal.



Gambar ni mcm leh didapati di mana2 kan. Tapi aku xkire. Inilah gambar yg diambil di saat kecemasan menjerut  aku.Oh, ada satu lagi gamba penting nak tnjuk.



Rare x numb ni? haha. aku tatau huruf kat depan tu purposely tlah dibuang atas sbb2 keuzuran atau kereta ini memang sebijik makhluk gersang yg meminati aktiviti terkutuk.

Oleh kerana aku mengembara bersama org2 beriman, kitorg akhirnye bejaya sampai penang dam pukul 11lebih. Lepak minum jap, 12lebih kami cek in kat kompleks peranginan bank negara tajaan cik farra.

Petang tu, lepas dua makhluk lemak tu beribernasi, kitorg kua makan kat padang kota. Sekali duduk je, terus kena serbu dgn macha2 kat situ. Berebut2 nak amek order. Tibe2 aku rasa seperti seekor serangga yg dikelilingi gagak2 itam yg sedang mencari mangsa (eh,gagak makan serangga ke? sekali lagi aku berjaya memaparkan kebengapan sendiri) Macam ni punye ganas, kalau aku datang sorg mesti trus menyamar bisu. Xberani nak order.
Kat padang kota, sudah pasti la tenggorok kami mendambakan pasembor.. Aku dgn pipo pun pilih2. Maka terhasillah pasembor rm63..




cekik darah punye mamak. Ntah ape yg ko sembor sampai rm63hengget..Minyak lintah pun xmahal camni.huh

mlm tu g pasamlam. Jalan2, belek2, cuit2. Tapi akhirnye bli dvd je. Adess.

Esoknye pepagi lagi aku dah kena tipu dgn pakcik yg keje kat hard rock cafe. Aku tanya katne nak cari breakfast. Dia direct aku pgi satu tempat ni. Ada nasi lemak sedap. Sehari jual berpuluh2 bakul katanya. Pusing punye pusing satu tmpat nasik lemak pun xde. MAnusia berlemak tu banyak la. Mentang2 keje kat hardrock, ko ingat dah hardcore abesla? Ceh, skati je nak tipu kami.

Tghari tu ingat nak g bukit bendera. Boleh pulak dia tutup. Ciss, baru ingat nak memaducinta di atas kabelcar sambil mendesah manja. Ayamas sungguh. Akhirnye kami decide g ke muzium kartun. Enjoyla gak kat sini, leh tgk2 patung sambil buat lawak2 yg aku sendiri xpaham celah mana lawaknye. Tapi katun kat sini agak tidak sensitif terhadap isu aurat.



Jangan kata korg xnampak apa yg aku nampak. sungguh mentimun superman ini.

sesungguhnye, aku da xlarat nak taip lagi..mata aku dah berada di tahap kerang mati terkejut. terbuka pada bukaan yg minimum. esok kite sambung.ciaow

Tuesday, May 25, 2010

jalan elm

Last week aku g tgk nightmare on elm street.Ok la gak time2 rase nak layan cite tekejut2. Dalam cite tu, pmbunuh tu idup dam mimpi. Nama pun crite,mestila banyak yang xlogika kan.

Yg sadisnye si freddy tu rupenye adalah pencabul kanak2. Kejam betul. Aku selaku wanita yg penyayang dan penuh rasa cinta terhadap kanak-kanak ni mengutuk penuh perbuatan sepeti itu. Crite ini jugak telah mengingatkan aku pada satu kejadian masa aku berumur 12 thn.

Dulu2, kedai buku yg paling popular di kawasan permukiman aku ialah Marwilis. Kalau bli buku kat Marwilis rasa cam bangga gile walaupun yg dibeli tu hanya buku tiga lima yg sama brand dgn yg dijual kat kdai runcit berabuk. Ada satu hari tu, masa tu cuti sekolah. Aku dgn dua org kawan aku naik bas g kuala selangor. Nak p kedai buku Marwilis tu lah. Aku pun xingat dah nak bli buku ape.

Untuk sampai ke kedai ni, kitorg tpaksa lalu satu lorong yg sunyi. Tapi lorong tu dekat dgn jalan besar. Nampak keta lalu lalang kat seblah. So,xla takut sangat. Tbe2, ada satu pakcik naik basikal tua. Pakcik tu kayuh basikal lambat sangat sambil tgk2 kitorg.

Masa tu pale otak aku suci lagi. SO aku beranggapan pakcik tu dah xlarat agaknye nak kayuh basikal. Tibe2, pakcik tu berenti kire2 100m kat depan kitorg. Dia turun dari basikal. Aku cuak dah time tu. Tibe2 si ganyut tu bukak zip sluar dan goyangkan barang purba bersawang kat kitorg. CEHH!! ini la namanya tua ganyut.tua kutuk xsedar diri.

Aku dgn dua org membe aku bile nampak je adegan yg haram tuh, terus pecut. Dahla tiga2 pakai bajukurung time tu. Adeh2, hantukubur pun lagi mulia dari pakcik tuh. Mentang2 kitorg budak2, leh la bliau aniaya seddemikian rupa. Kalau sekarang ni aku terserempak lagi org buat cgitu time aku kua dgn membe2 memang nak kena gelak la. Dahla benda tu huduh, lagi nak tayang. Sungguh menjelekkan perangai golongan ini.

Pesanan kepada pakcik yg aku xsempat btau time tu : Gillete boleh dibeli dgn harga serendah RM1.80 bagi model biasa

Friday, May 21, 2010

pesta syaitan

Jujurnye,mata aku sangat mengantuk ketika ini. Mungkinkah kerana ikan talapia dan sayur nenas tadi telah tercerna mnjadi lemak?err...boleh ke benda2 gitu jadi lemak(apasal aku bengap sangat bab sains ni ha?)
Dan aku percaya, ketika ini setan2 sdang berkenduri kat klopak mata aku. Tapi kenduri ni xlah semeriah temasya setan ketika waktu solat subuh.

kalau masa nak smayang subuh...mata rasa berat cam gajah bunting duduk atas tu.Susah tol nak bukak. Setan punye setan!! Sebab ko la aku xleh nak khusyuk. lepas smayang je tumbang. tido atas sejadah.hehe.

Lagi satu time mengaji lepas solat mghrib. Aku salu sangat ngantuk...yg peliknye, habes je ngaji mata terus segar mcm kena simbah dgn air pudina. Pesal hah?! Sah2 la ini sume setan punye keje kan?(aku yg terus-terusan menyalahkan setan tanpa menyedari tahap disiplin diri yg berada di bawah paras laut)

Ni aku mengantuk sbb terlebih makan masa lunch td la ni.hu.Tadi masa lunch, aku makan kat kdai blakang ni. Sekumpulan gadis ala2 makcik dok seblah kitorg. Rancak gile beborak. Upenye cite pasal facial. Beribu abes g buat facial "XPela kite bayar mahal siket...yg penting hasilnye puas hati, kan" Bile korg dgr camni, ada x rase teringin nak tgk muka yg empunye suara? Mestilah ada kan. Tak taula plak klau korg jenis lengai dan xhiraukan gosip masyarakat setempat.hihi.

Aku mmg teringin sangat nak tgk, tapi kalau aku trus toleh, obvious sangat la pulak kan. So masa jalan nak g basuh tangan, sempatla aku menatap wajah yg dah difacialkan hingga beribu ringgit tu.
EErrr...bukan xcantik (pempuan skang mmg cantik2,kan) tapi..apesal muke dia MERAH gile? mcm apam beras kaler pink yg jual kat pasa malam tu jerk. Tp apam beras tu gebu siket la. (kejamnye aku)

Huhu..muke aku pun skang dah xlicin licau. berjeragat dan berjerawat. hu, hinanya rase bila taip ayat tadi tu. Tapi..aku xsanggup la nak g facial abes beribu. Sbb aku mmg xbeduet la nak abes ke situ aje..stakat beli bodak rojam lima hengget je la yg mampu.sian kan?

Korg pnah x dgr ptua,kalau nak muka licin, lap dengan sependa yg blum dibasuh..what the...?!! Memang aku xkan buat. Xsanggup nak wajah berbekas sependa. Silap2 tersangkut kat gg panjang aku, koyak lak. Dah membazir nak kna bli spenda baru.

Ohh..nampaknye mengantuk dah berkurangan.mgkin sbb berbicara pasal spenda.haha.bubbye smua.

HATIKU DILANGGAR LORI -part 1

Sejak akhir2 ini, saya rasa minyak senyonyong bomoh siam yg diupah oleh bliau semakin menunjukkan kereaktifannya. Saya menjadi semakin langau dan sering saspisyes terhadap bliau yg jujur.
Oh,saya bukan remaja lagi untuk rase seperti ini. *senyum malu sendiri sambil korek2 hujung kuku kaki* .
Jejaka idaman saya tidak perlu terlalu kacak.(saya sangat tidak minat lelaki yg ada iras kacukan.saya sukakan melayu asli) Tidak perlu kemas bergaya. Tidak perlu sibuk nak beli baju branded padahal duit dam poket senipis kulit bawang.Tidak perlu berkure2 baik di depan saya. Saya akan mudah tertarik apabila si jejaka itu:

  • Matang pada fikiran tetapi tidak skema dalam perbuatan. Mamat2 skema yg menyertai perkumpulan pengawas sekolah adalah populasi yg paling mematikan ghairah. Lelaki yg matang akan tau ape priority dalam hidup dia dan boleh balance keperluan2 bliau.
  • Selesa dan jujur terhadap saya. Jadi diri dia yg sebenar. Kalau kentut mengaku. Kalau nak berak,terus terang. Kalau spenda terselit di celah punggung,sila tarik dgn sopan. Manusia biasa mesti akan alami semua tu. Apa masalahnye. Penipuan dan kekura2an adalah punca pengkhianatan yg menjijikkan
  • Sabar dan dapat menerima karenah saya yg kadang2 pelik dan tahape2. saya bukan wanita yg sanggup menepek bedak sebanyak 3 lapis sebelum keluar rumah. Saya juga paling selesa memakai selipar jepun asadi ke mana2 sahaja walaupun dalam kereta saya ada 9 pasang kasut pelbagai jenis. Saya bukan seorg yg "organised" dan ciri2 wanita ayu masih tandus pada saya ini.huhu
  • Bijak.  Saya rasa selesa berada disisi beliau yg bijak. Bijak bukan saje dari segi IQ, tapi juga EQ dan SQ nye. Therefore, dia akan bijak mengendalikan keadaan dan emosi org di sekelilingnye.Lelaki bijak boleh diajak bercerita ttg macam2 perkara. Dari ke hal2 remeh seperti cara menangani lemak yg berpendirian teguh di bahagian perut, hinggalah ke hal ehwal dunia. sejarah. ekonomi. politik. saya perlukan lelaki yg bijak untuk bercakap pada saya ttg perkara2 global sbb saya sgt malas membaca bahan2 ilmiah.
  • Hv a very good sense of humor. Lawak2 keras peringkat amatur tidak termasuk dlm kategori ini. Bile saya marah, kemarahan tu paling mudah dinyahkan dgn lawak yg bertepatan. Lelaki seperti ni jugak akan mnjadikan saya ceria dan merindui dia di setiap ketika (saya smakin jiwang kan.ahahah)
  • Relax.bukan jenis menggelabah puyuh.Boleh memandu dgn machonye walau lesen dah mati 3bulan yg lalu. Boleh senyum dan tepuk2 perut walaupun saya sedang membebel tentang tuala yg tidak dibasuh sejak smggu yg lalu. xcepat naik angin bile saya merajuk kerana bliau memilih water rafting instead of dating.
Dengan adanye encik pipo, saya kini semakin senang hati. Berat badan yg mencecah 48kg ini..segala kesalahan perlu diletak di bahu beliau.

Wednesday, May 12, 2010

dilema sayur bernama timun

Anda semua tentu kenal timun. Timun ialah sayur yg berbentuk panjang dan tumpul di hujung dan pangkalnye (sila jangan beranggapan serong.penerangan ini ditujukan khas untuk abe2 ngan mek2 klate yg mungkin tersilap tafsir timun sbg tembikai)
Antara khasiat timun yg diketahui umum:
  • dapat menyejukkan badan
  • boleh mengatasi masalah penggelongsoran najis yg mengalami sekatan akibat kepekatan melampau, atau bahasa mudahnya=SEMBELIT
  • Perahan air timun boleh digunakan untuk merawat kudis yg huduh di sekitar kaki anda yg berbulu itu (jgn kata kaki korg xde bulu, saya tau anda bukan ular)
  • Timun juga banyak digunakan untuk amalan2 kecantikan oleh gadis2 yg xsudah2 nak mencantikkan muka yg dah berkelarah tu
Oh, penat sungguh rasanye bile menulis secara formal seperti di atas. Dan sungguh tidak menyerlahkan gaya penulisan sebenar aku kan. Mujurnye,aku bukan nak cite pasl khasiat2 yg disebutkan di atas. Kisah yg lebih menarik ttg si timun bermula tengah hari tadi.
Hari ini aku sangat lapa. Sang perut yg semakin manja sejak akhir2 ni xsabar2 nak tggu waktu lunch. Pukul 1.00, 4 SITI berkumpul di meja kopitiam. Order hidangan untuk menggembirakan rongga penghadaman masing2. Aku order set lunch. Rasa macam xcukup. Aku tambah plak tauhu bakar.

5minit.tauhu aku sampai dulu.ada tauhu,sengkuang dan TIMUN. Sambil makan, kami borak2.

SITI 1: Timun ni ekceli xberapa elok utk org ppuan kalau dimakan terlalu banyak tau
SITI 2: Yeke? Nape beb?
SITI 1: Kalau makan banyak sangat boleh sebabkan keputihan
SITI 2: Oh...selamat aku xdela suke sangat makan timun. Aku guna timun pun di malam hari je biasanya.
SITI 3:Weh,ko guna untuk ape plak?
SITI 2: Aku guna untuk letak kat mata sebelum tido la. Cisss, ape yg ko pikirkan ni wahai sahabat?
SITI 4: Ahahaha...ko tu bukan betul sangat.
SITI 1: Tapi kan,timun ni ada gunanye jugak bile korg dah kawen nanti.
SITI 3: Err...apa gunanye tu?

SITI 2 mendengar dgn penuh khusyuk. Bab2 kawen ni kite kena serius. Selamat xbawak bukunota  tadi. Kalau x mesti SITI 2 dah amek nota ringkas.

SITI 1: Dah kawen nanti,kalau husband ko xlarat,ko leh bagi timun ni kat dia
SITI 2: Hah?! Nak watpe? Suh dia pegang ke? Sebagai pengganti bahan sedia ada yg dia dah xlarat nak kendalikan?

Siti 2 memang agak pekak. Ayat sebenar Siti 1 ialah: Kalau dah kawen nanti,ko xlarat nak entertain husband ko, ko bagi dia makan timun banyak2...
Siti 2: Oh...aku ingat ko suruh dia pegang timun tu kalau xlarat. Haha.Tapi...nape kalau kite xlarat, suami plak yg kena makan timun?
Siti 1: Sbb timun tu bleh mengendurkan keinginan yg memenuhi sanubari seorg lelaki..wahahah(ayat ini telah aku tapis agar boleh dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat)

Mungkin secara saintifiknye, makan timun boleh menyejukkan badan. Bile badan dah sejuk, tidola yg paling sedap. Organ2 tubuh pun sume akan "tido" atau berehat..
Hehe. aku bengong bab2 sains. Korg2 yg pandai, leh la wat kesimpulan sendiri.
Apa yg aku tau, aku akan meminimumkan penggunaan timun dalam masakan bile da kawen ti...barulah munculnye "Semalam yg hangat"

Wednesday, May 5, 2010

hari ini hari pekerja

hari ini hari pekerja. Hari dimana pekerja2 tidak sepatutnya bekerja. dan aku rase hari pekerja perlu diraikan 3x setahun. Barula rase lebih dihargai.
bangun pukul 11.40. Wah, semakin tua semakin hebat meksah ni. Itupun sbb kak ipah nak amek tiket doubletrouble dia dok tetinggal dalam keta aku. Mandi2, pi kat keta. Bukak je pintu keta...alamak. Pesal ada bau yg mengecutkan bulu idung ni? Jenguk  seat blakang..uwaaa,,,kopi avocado ku telah sebati di karpet kereta. Tahniah kepada diri sendiri sbb membiarkan donat dan kopi tersebut bermalam di dalam keta.

Petang itu,fara ajak joging bagi membangkitkan amarah populasi lemak pada tubuh. Aku setuju. Tapi nye,hujan telah berjaya membatalkan rancangan kami. Aku pun lepak kat umah akak aku. Sampai2, tgk anak buah aku tgh kire duit syiling.Banyak jugak "Nampaknye kalau sesak2 ujung bulan nnt bleh korek tabung anak buah aku ni" Syaitan laknat cube mencumbui hati dan mindaku. Cisss...sian anak buahku yg berusaha keras mengumpul duit.

Aku: banyaknye duit aidi. Mana dapat?
Aidi: Aidi kumpul duit belanja sekolah. Hari2 guna siket aje sbb aidi dah bawak bekal.
(erkk...nape aku dulu xpenah berperangai begini)
Aku: Aidi kumpul duit banyak2 ni nak beli ape...nak beli mainan ye (pertanyaan tipikal untuk budak darjah 1)
Aidi: xlah..aidi kumpul duit untuk kawen. dah besar nanti senang..kawen kan banyak pakai duit

PIUNGG...aku rase muka cam kena libas dgn pemukul lalat. Adakah daya pemikiran aku jauh lebih cetek dari budak darjah 1 hingga xpnah terpk nak save duit utk kawen?