Load Counter

Wednesday, May 12, 2010

dilema sayur bernama timun

Anda semua tentu kenal timun. Timun ialah sayur yg berbentuk panjang dan tumpul di hujung dan pangkalnye (sila jangan beranggapan serong.penerangan ini ditujukan khas untuk abe2 ngan mek2 klate yg mungkin tersilap tafsir timun sbg tembikai)
Antara khasiat timun yg diketahui umum:
  • dapat menyejukkan badan
  • boleh mengatasi masalah penggelongsoran najis yg mengalami sekatan akibat kepekatan melampau, atau bahasa mudahnya=SEMBELIT
  • Perahan air timun boleh digunakan untuk merawat kudis yg huduh di sekitar kaki anda yg berbulu itu (jgn kata kaki korg xde bulu, saya tau anda bukan ular)
  • Timun juga banyak digunakan untuk amalan2 kecantikan oleh gadis2 yg xsudah2 nak mencantikkan muka yg dah berkelarah tu
Oh, penat sungguh rasanye bile menulis secara formal seperti di atas. Dan sungguh tidak menyerlahkan gaya penulisan sebenar aku kan. Mujurnye,aku bukan nak cite pasl khasiat2 yg disebutkan di atas. Kisah yg lebih menarik ttg si timun bermula tengah hari tadi.
Hari ini aku sangat lapa. Sang perut yg semakin manja sejak akhir2 ni xsabar2 nak tggu waktu lunch. Pukul 1.00, 4 SITI berkumpul di meja kopitiam. Order hidangan untuk menggembirakan rongga penghadaman masing2. Aku order set lunch. Rasa macam xcukup. Aku tambah plak tauhu bakar.

5minit.tauhu aku sampai dulu.ada tauhu,sengkuang dan TIMUN. Sambil makan, kami borak2.

SITI 1: Timun ni ekceli xberapa elok utk org ppuan kalau dimakan terlalu banyak tau
SITI 2: Yeke? Nape beb?
SITI 1: Kalau makan banyak sangat boleh sebabkan keputihan
SITI 2: Oh...selamat aku xdela suke sangat makan timun. Aku guna timun pun di malam hari je biasanya.
SITI 3:Weh,ko guna untuk ape plak?
SITI 2: Aku guna untuk letak kat mata sebelum tido la. Cisss, ape yg ko pikirkan ni wahai sahabat?
SITI 4: Ahahaha...ko tu bukan betul sangat.
SITI 1: Tapi kan,timun ni ada gunanye jugak bile korg dah kawen nanti.
SITI 3: Err...apa gunanye tu?

SITI 2 mendengar dgn penuh khusyuk. Bab2 kawen ni kite kena serius. Selamat xbawak bukunota  tadi. Kalau x mesti SITI 2 dah amek nota ringkas.

SITI 1: Dah kawen nanti,kalau husband ko xlarat,ko leh bagi timun ni kat dia
SITI 2: Hah?! Nak watpe? Suh dia pegang ke? Sebagai pengganti bahan sedia ada yg dia dah xlarat nak kendalikan?

Siti 2 memang agak pekak. Ayat sebenar Siti 1 ialah: Kalau dah kawen nanti,ko xlarat nak entertain husband ko, ko bagi dia makan timun banyak2...
Siti 2: Oh...aku ingat ko suruh dia pegang timun tu kalau xlarat. Haha.Tapi...nape kalau kite xlarat, suami plak yg kena makan timun?
Siti 1: Sbb timun tu bleh mengendurkan keinginan yg memenuhi sanubari seorg lelaki..wahahah(ayat ini telah aku tapis agar boleh dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat)

Mungkin secara saintifiknye, makan timun boleh menyejukkan badan. Bile badan dah sejuk, tidola yg paling sedap. Organ2 tubuh pun sume akan "tido" atau berehat..
Hehe. aku bengong bab2 sains. Korg2 yg pandai, leh la wat kesimpulan sendiri.
Apa yg aku tau, aku akan meminimumkan penggunaan timun dalam masakan bile da kawen ti...barulah munculnye "Semalam yg hangat"

9 comments:

  1. ko siti 2 kan? kan? kan? *berjaya komen*

    ReplyDelete
  2. SITI 1: cik bulat mnunggu hari
    siti 2: SITI NASIAH SHAPIEI
    siti 3: Siti nursyahrina
    siti 4: Siti aisah yg solehah

    ReplyDelete
  3. ecah, x yah kaber. sume org yg bace blog ko ni tau ko siti2. haha..

    ReplyDelete
  4. time kasih ecah..kate kn x nk pade timun..

    ReplyDelete
  5. aku sgt x percaya ko tu siti 4..ko mmg siti 2 kn?

    ReplyDelete
  6. sbnrnye sume siti adalah ecah seorg shj.

    ReplyDelete
  7. sah semuanye siti di atas adalah ko

    ReplyDelete
  8. jap,jap..si kening nipis ni ulang ayat aku ke

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum