Load Counter

Saturday, August 21, 2010

si poyo yang keji

Kisah benar ini berlaku kire2 5 tahun lalu. Ketika itu aku masih seorang student.

Poyo itu tibe2 memesej aku setelah hampir 10tahun tidak berjumpa. Kali terakhir dia datang ke rumah aku adalah untuk menghatar borang amendetah aku pun xingat.

Kali ini dia ajak aku berjumpa lagi. Ada hajat katanye. Aiii...hajat2 segala. apehal pulak mamat ni? Takkan nak qada' hajat pun perlukan konsultasi aku. Sesungguhnye saluran pengeluaran kami adalah berbeza. Jadi adalah mustahil utk aku menasihati bliau dalam hal2 qada' hajat ni.

Ok..berbalik pada cerita asal. Sejak tau number henpon aku yg aku pun dah x ingat sape bagi time tu, dia asik menelepon. Dia kata bersungguh2 suke kat aku dari dulu lagi. Dari zaman sekolah rendah...Ces,kalau nak menipu pun agak2 la beb. Sekolah rendah punye cerita mana bleh pakai lagi. Masa tu otak sume senget songot.

Punyelah poyo, dia sampai suh aku clash dgn pakwe aku-pada masa itu aku sudah berpakwe- sbb kononnya dia nak masuk meminang. Bodohkah??!! Aku tergelak je masa tu kerana aku rasa tahap kepoyoan dia mengalahkan pelakon iklan sabun Daia yang pakai rambut palsu kaler2 tu.

Satu hari, dia beriya2 nak jumpa aku. Nak blanje makan katanya. Aku pun akhirnya setuju...tapi aku pi angkut roomate aku skali 3 org. Malam itu,dapatlah aku menengok muke si poyo yg konon bsungguh2 nak meminang aku tu. Tak la jauh beza sangat dgn masa kecik2 dulu. Cuma skarang bertambah poyo dan penyet.

Lepas makan malam tu, dia dah xmsg aku. Tak call aku. Aku pun tak de la pikir apa. Lantak ko la kan.

Rupe2 nye...satu hari. One of my BFF bagitau aku...poyo ni mengadu kat akak dia yg aku sudah tidak cun lagi. Tidak seperti yg beliau harapkan. Katanya "huh..si esah tu kurus bebenor. Nampak gigi je besar"

What the ...???!! Ko kalau nak hina, hina aku je ok. Jangan sentuh gigi kesayangan aku. Penat aku bela dia sampai beso, ko nak kutuk2 plak. Plus, aku punye gigi xla besor mana punnnnnnnnnnnn...bukan tahap limah jongang. Weh,gigi ni la yg menyerlahkan kecomelan aku stiap kali aku tersenyum manje tau tak??

pastu,kalau org yg kutuk aku tu hensem cam Fahrin ahmad ke, Johnny Depp ke...xpela jugak.Patutla gak aku menginsafi diri. Ini??Kuswadinata pun sejuta kali lebih ensem dari dia.Perlu ke aku belikan cermin utk si poyo camni?

Nanti ko..sampai turn ko kawen esok..aku nak tengok bini ko. Kalau lagi lmau dari aku..haha..memang aku akan kutuk ko sepanjang zaman.

*Luahan tak puas ati yg tibe2 muncul sbb emy n fara sebut2 lagi pasal si poyo*

Wednesday, August 11, 2010

mari mengikat setan

ESok pose.Yuhu...Ramadhan tibe lagi. Selamat semalam aku dah abes ganti puasa. Apa??SEmalam baru abes?!Hehe..korang jangan ikut perangai aku.

Masuk bulan pose, apa yg mesti aku ingat ialah zaman memula nak blaja pose dulu. Dulu kat skolah rendah, bile bulan puasa, tiap2 hari ustazah akan tanya "Siapa yg puasa hari ni?"
Jadi, harusla angkat tangan dengan penuh prasaan bangga. Tapi kalau dah memang otak kerapu, ada je benda yg aku buat bagi membleklistkan puasa aku.
Balik skolah, aku akan beli eskrem pop. Konon untuk buka puasa. Logik xlogik budak kecik darjah 2 beli eskem sorang2, untuk buka puasa? pakcik jual aiskrim tu xkan xleh pikir kan. Pelik btul (buat2 pelik dgn perangai org lain padahal aku adalah makhluk yg paling pelik)

Pastu je, aku akan balik ikut jalan belakang umah org. Kononnye jalan tu memang laluan privacy ke umah aku. dan jalan itu jugak dah menyaksikan aku menyedut aiskrem dgn nikmatnye dalam perjalanan balik.
Sampai umah, bile mak tanya pose ke tak? Aku akan buat muke letih dan pastikan bibir aku dah dilap hgga nampak kering abes. Kadang2 aku lap terlebih kuat sampai bibir tergelupas sikit. Tapi ok la tu,nampak efek bibir kering pecah2. Hehe.

Dan emy takeshi serta dila rosli adalah org yg mempengaruhi aku dlm aktiviti keji ini. Emy dan ila,korg jgn cube2 xmengaku. Kalau xkerana korg, mesti aku xterjebak dalam noda2 hina camtu.

Puasa tahun lepas,aku join akak n abg ipar aku kat bazaar ramadhan. Time ni mmg best. Diorg jual air tebu. Aku dgn Nor jual agar2 pelbagai jenis.Berloyang2 gak buat agar2. Pastu tiap2 hari mesti ada sorg abg ni beli agar2 kat aku. Hampir2 aku terngorat brader tersebut. Sampai satu hari tu dia dtg bawak anak bini. Ceh, fantasia cinta lengkong betul. Hilang stim.

Dgn otainye,aku jugak telah menjual mercun. Memula aku memang kamikaze,jual ats meja. Gila x gila,sampai budak2 yg jual roti john kat seblah tu kata "Ko ni muka nampak baik,badan kecik (masa ni aku mmg kecik) tapi jual mercun..ceh,macam xcaya je"
Eleh,diorg tu sume kutes kecik. Nak jual mercun, tapi xnak jual to end user. Nak supply je. Harap muke je cam mat rempit. Tapi pengecut cam labi2.

Bile dah ada regular customer, aku stat jual bawah meja. Sampai satu hari tu,aku rasa xsedap hati. Mungkin masa ni Allah dah bagi ptunjuk. Tapi aku ni biasala,dah banyak sangat buat dosa agaknye. Sebab tu hati jadi benak sikit. Huhu.

Petang tu, tibe2 ada dua mamat meluru kat tempat aku. Terus selak bawah meja. Pastu dia selongkar van abg ipar aku. Mata-mata la tu.Sian abg ipar aku, xpasal2 pulak kena. Apa la malang dia dapat adik ipar solehah cam aku ni.Lepas disoal siasat dan mengesahkan semua "brg baek" tu aku punye,abang ipar aku terselamat. Pastu polis mintak IC aku. Aku plak xdak IC time tu. IC aku baru lepas kena copet. Hai...satu,satu, musibat datang..(dah aku sndiri yg carik bala,terpaksala trima eh)

Polis tu bengang jerk masa aku bagi salinan report (pasal IC hilang) yg dah lunyai tu.
"Barang2 ni semua saya sita. Petang ni lepas habis bazaar,awk kena dtg balai. Mungkin kena tido lokap malam ni"Ces...geramnye aku tgk muke polis tu. Rasa nak cabut misai dia guna wax.

Akak aku dah cuak (aku pun cuak gak ekceli. Tapi...dah brani buat.Nak xnak kena tanggung la kan)
Aku mula terbayang2 suasana pilu dalam lokap, dan bau2 yg meloyakan. Mesti nnt aku kna geng dgn indon2 kat dlm lokap. Adakah aku kna pakai baju berjalur? Ataupun aku akan dapat nombor pengenalan?
Ceh..itu banduan la ngok. Apesal la imaginasi aku ni melampau2.

Dalam 30minit,polis tu datang balik. "Awak xpayah la datang balai hari ni. Tapi ini kali terakhir saya lepaskan awak...lepas ni saya xnak tgk lagi awak jual benda ni"

Fuh...legasbabas...Tapi,yg xbesnye..mercun2 aku sume lesap. Mesti dia nak bagi anak dia main malam ni. Cilabi punye encik pulis.

Tapi pastu aku still jual kat umah (xserik2 kan?) Masa memula nak introduce perniagaan aku ni (cewah,sounds professional x),aku sanggup tggu budak2 nak g teraweh lalu depan umah. Aku tahan diorg dan tanya "Sape kat sini yg selalu main mercun?"
Memula bebudak tu mcm takt2 nak jawab. Mungkin diorg ingat aku cikgu disiplin atau pegawai rukun tetangga yg sedang bertugas. Tapi bile aku cakap "Akak ada jual mercun,nak tgk?" Aku nampak ada sinar di mata mereka.hehe.
Bile budak2 dtg..diorg akan cakap "Acik...nak beli belacan"
Kalau sape nak beli mercun yg power2 sikit..kod dia "Acik...nak beli belacan. Yg pedas sikit ada x?"
Masa memula aku perkenalkan kod tu, akak kat umah aku tanya "Eh,ko ada jual blacan ke? Ambik kat mana?"

Tahun ni, aku ingat nak hinsap sbb kak ipah dah bagi ayat psycho yg berjaya menakutkan aku. Ces, camane aku bleh gerun dgn dia lebih dari aku gerun dgn polis..aku pun xtau. Tpi, to tell the truth, walaupun aku ialah penjual mercun..mercun paling berbahaya yg pernah aku main adalah mercun das..Itu pun mngigil2 masa nak cucuh kat sumbu dia.

Puasa kali ni,aku ingat nak jual kabaid plak. Sape nak jadi agen leh hubungi aku keyh. Selamat berpuasa semua!!

Tuesday, August 10, 2010

penonjolan semula

Peh...sebulan cuti. Orang len berblog, aku pun sibuk nak berblog. Org menghapdet, aku plak membiarkan je blog aku keusangan sehingga dianggap menopous.

Pagi tadi aku telah mmbuat reformasi dalam cara hidup. Hehe. Aku g keje nek bas. Percubaan utk membajet sbb paking opis aku adalah spesis kapitalis. Ada ke patut, sehari parking RM9?Sebulan dekat rm200 gua kena bayar.

Turun2, aku nampak bas metro dah menunggu. Cantek. Aku naik, dok depan skali. 5 minit. Bas xjalan2 lagi. Makcik tshirt oren yg bergincu avon no.21(merah terang) dah stat membebel2. ang pakcik driver plak xleh nak jalan sbb mamat yg dalam radiocar tu suh tggu. Aku pun xsure apa yg nak ditunggu. First time la katakan. Harusla bengap sikit kan.

Masuk minit ke-7, makcik baju oren dah xleh tahan.
"Kalau mcm ni, naik bas rapid kl lagi bagus. Bak balik duit aku. Aku nak tgu bas lain"

Pakcik konduktor pun bagi dgn muka kelat. Tibe2, pas makcik tu turun je, org kat radiocar tu suh jalan. Adeh2, kejam btui. Dari tgkap bas, aku nampak muka makcik tu yg terkejut+tensen+pilu = muka sarah raisudin.
Pastu, sampai lrt bangsar,kena tukar bas ag. Kali ni aku mmg kena lenyek macam kentang putar KFC.Org2 disekitar aku plak semua yg jenis BigMac. Leper bontot aku dibuatnye. Kalau macam ni hari2, blehla aku buang je bengkung yg aku bli online hari tu.

Masa2 tgh dilenyek tu, aku teringat kes semalam. Semalam aku g midvaley. Sembayang maghrib kat surau tepi jusco tu. Masa aku nak pakai telekung, depan aku ada sorg minah ni. Ketinggian kira2 158cm. Berat dalam 85kg.Baru pas solat. Dia dah bukak telekung. Tinggal kain je la. Kire masa ni dia membelakangi aku la. Pastu dia pakai kain semayang kaler putih. Surau punya. Memang jarang dah kain tu. Dia pakai tshirt itam.

Aku tengok sekali, tetibe rasa nak tgk dua kali. "Eh, betul ke apa yg aku nampak ni?"
Aku dah mula bedebar.Ketulan ganda dua itu tampak berbayang namun jelas dbalik kain yg semakin nipis.
"Mungkin dia pakai seluar coklat muda kot" ayat sedapkan hati. Aku saje buat lambat2 nak pakai telekung.Hehe.

Pastu aku tengok, dia tunduk nak amik barang. Masa ni bulatan berganda tu semakin jelas. Dan wujud sedikit gegaran di situ.Aku berpeluh dingin. "Mgkin...dia pakai sependa tapi terselit di clah2" Aku masih cuba bersangka baik.

TIbe2,aku nampak objek yg dia ambik masa tunduk tadi..dan objek itu adalah...SEHELAI SEPENDA!!
So..what is that mean??!!
Oh...aku telah menyaksikan selulit di tempat sulit...argh...



p/s: kalau nak bukak sependa masa sembahyang,pastikan
1. korang punya baju agak labuh hingga mengkaver pepunggung
2.kain semayang itu tidak jarang