Load Counter

Wednesday, August 11, 2010

mari mengikat setan

ESok pose.Yuhu...Ramadhan tibe lagi. Selamat semalam aku dah abes ganti puasa. Apa??SEmalam baru abes?!Hehe..korang jangan ikut perangai aku.

Masuk bulan pose, apa yg mesti aku ingat ialah zaman memula nak blaja pose dulu. Dulu kat skolah rendah, bile bulan puasa, tiap2 hari ustazah akan tanya "Siapa yg puasa hari ni?"
Jadi, harusla angkat tangan dengan penuh prasaan bangga. Tapi kalau dah memang otak kerapu, ada je benda yg aku buat bagi membleklistkan puasa aku.
Balik skolah, aku akan beli eskrem pop. Konon untuk buka puasa. Logik xlogik budak kecik darjah 2 beli eskem sorang2, untuk buka puasa? pakcik jual aiskrim tu xkan xleh pikir kan. Pelik btul (buat2 pelik dgn perangai org lain padahal aku adalah makhluk yg paling pelik)

Pastu je, aku akan balik ikut jalan belakang umah org. Kononnye jalan tu memang laluan privacy ke umah aku. dan jalan itu jugak dah menyaksikan aku menyedut aiskrem dgn nikmatnye dalam perjalanan balik.
Sampai umah, bile mak tanya pose ke tak? Aku akan buat muke letih dan pastikan bibir aku dah dilap hgga nampak kering abes. Kadang2 aku lap terlebih kuat sampai bibir tergelupas sikit. Tapi ok la tu,nampak efek bibir kering pecah2. Hehe.

Dan emy takeshi serta dila rosli adalah org yg mempengaruhi aku dlm aktiviti keji ini. Emy dan ila,korg jgn cube2 xmengaku. Kalau xkerana korg, mesti aku xterjebak dalam noda2 hina camtu.

Puasa tahun lepas,aku join akak n abg ipar aku kat bazaar ramadhan. Time ni mmg best. Diorg jual air tebu. Aku dgn Nor jual agar2 pelbagai jenis.Berloyang2 gak buat agar2. Pastu tiap2 hari mesti ada sorg abg ni beli agar2 kat aku. Hampir2 aku terngorat brader tersebut. Sampai satu hari tu dia dtg bawak anak bini. Ceh, fantasia cinta lengkong betul. Hilang stim.

Dgn otainye,aku jugak telah menjual mercun. Memula aku memang kamikaze,jual ats meja. Gila x gila,sampai budak2 yg jual roti john kat seblah tu kata "Ko ni muka nampak baik,badan kecik (masa ni aku mmg kecik) tapi jual mercun..ceh,macam xcaya je"
Eleh,diorg tu sume kutes kecik. Nak jual mercun, tapi xnak jual to end user. Nak supply je. Harap muke je cam mat rempit. Tapi pengecut cam labi2.

Bile dah ada regular customer, aku stat jual bawah meja. Sampai satu hari tu,aku rasa xsedap hati. Mungkin masa ni Allah dah bagi ptunjuk. Tapi aku ni biasala,dah banyak sangat buat dosa agaknye. Sebab tu hati jadi benak sikit. Huhu.

Petang tu, tibe2 ada dua mamat meluru kat tempat aku. Terus selak bawah meja. Pastu dia selongkar van abg ipar aku. Mata-mata la tu.Sian abg ipar aku, xpasal2 pulak kena. Apa la malang dia dapat adik ipar solehah cam aku ni.Lepas disoal siasat dan mengesahkan semua "brg baek" tu aku punye,abang ipar aku terselamat. Pastu polis mintak IC aku. Aku plak xdak IC time tu. IC aku baru lepas kena copet. Hai...satu,satu, musibat datang..(dah aku sndiri yg carik bala,terpaksala trima eh)

Polis tu bengang jerk masa aku bagi salinan report (pasal IC hilang) yg dah lunyai tu.
"Barang2 ni semua saya sita. Petang ni lepas habis bazaar,awk kena dtg balai. Mungkin kena tido lokap malam ni"Ces...geramnye aku tgk muke polis tu. Rasa nak cabut misai dia guna wax.

Akak aku dah cuak (aku pun cuak gak ekceli. Tapi...dah brani buat.Nak xnak kena tanggung la kan)
Aku mula terbayang2 suasana pilu dalam lokap, dan bau2 yg meloyakan. Mesti nnt aku kna geng dgn indon2 kat dlm lokap. Adakah aku kna pakai baju berjalur? Ataupun aku akan dapat nombor pengenalan?
Ceh..itu banduan la ngok. Apesal la imaginasi aku ni melampau2.

Dalam 30minit,polis tu datang balik. "Awak xpayah la datang balai hari ni. Tapi ini kali terakhir saya lepaskan awak...lepas ni saya xnak tgk lagi awak jual benda ni"

Fuh...legasbabas...Tapi,yg xbesnye..mercun2 aku sume lesap. Mesti dia nak bagi anak dia main malam ni. Cilabi punye encik pulis.

Tapi pastu aku still jual kat umah (xserik2 kan?) Masa memula nak introduce perniagaan aku ni (cewah,sounds professional x),aku sanggup tggu budak2 nak g teraweh lalu depan umah. Aku tahan diorg dan tanya "Sape kat sini yg selalu main mercun?"
Memula bebudak tu mcm takt2 nak jawab. Mungkin diorg ingat aku cikgu disiplin atau pegawai rukun tetangga yg sedang bertugas. Tapi bile aku cakap "Akak ada jual mercun,nak tgk?" Aku nampak ada sinar di mata mereka.hehe.
Bile budak2 dtg..diorg akan cakap "Acik...nak beli belacan"
Kalau sape nak beli mercun yg power2 sikit..kod dia "Acik...nak beli belacan. Yg pedas sikit ada x?"
Masa memula aku perkenalkan kod tu, akak kat umah aku tanya "Eh,ko ada jual blacan ke? Ambik kat mana?"

Tahun ni, aku ingat nak hinsap sbb kak ipah dah bagi ayat psycho yg berjaya menakutkan aku. Ces, camane aku bleh gerun dgn dia lebih dari aku gerun dgn polis..aku pun xtau. Tpi, to tell the truth, walaupun aku ialah penjual mercun..mercun paling berbahaya yg pernah aku main adalah mercun das..Itu pun mngigil2 masa nak cucuh kat sumbu dia.

Puasa kali ni,aku ingat nak jual kabaid plak. Sape nak jadi agen leh hubungi aku keyh. Selamat berpuasa semua!!

7 comments:

  1. weir igt tak kite men mercun kt metrix dulu?hahaha kenangan terindah tu weir!

    ReplyDelete
  2. oitt...bila masa aku plak mempengaruhi ko ...
    bukn ko ke ajar ktrng cara nak minum air time mandi dlm bilik mandi
    ekekekekkee

    ReplyDelete
  3. hahaha....gila lah wei ecah. berani ko jual mercun ngeh ngeh...x ku sangka. kalo aku, mesti dah mengecut time polis tu...hehehehe

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa..sile berpuasa dgn penuh tawaduk eh...=)

    ReplyDelete
  5. Kalau kau nak tau, masa 30 minit tu abg ipar ko dah suap polis2 tu. Ko je yang taktau. Ingat diorang boleh lepaskan ko mcm tu je??? Apa ko ingat ini cerekarama? Haihh..!

    ReplyDelete
  6. nud: cite tu nanti entry lain plak.haha
    emy: woi!! mana ade
    tini: otai kan,aku.he
    mai: ko ni nape pose xpnuh?
    orido: oit.aku berani potong kepala kalau abg aku suap dia.ceh,abg aku sgt baik tau x.kalau aku lain la..haha

    ReplyDelete
  7. weh..aku terlewat bace.. tp yg pasti antra kowang aku yg paling baek kn?? aku kn penakut n suci... ecah.. ko lupe sesuatu..emy ajk kite g pasar..msa tu pasar BB kt area masjid bwah.. balik nek teksi..sedut air dlm beg... emy mmg kejiii

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum