Load Counter

Sunday, March 7, 2010

bukan salahku

11 tahun yg lampau. di sebuah kelas. 7.30 pagi.ujian bulanan sdg dijalankan.  seorg budak lelaki masuk ke kelas dgn wajah yg penuh rasa bersalah. Cikgu Marpuaton memandang tepat ke matanya. " Kenapa awak masuk lambat??" (kelas kitorg stat kul 715. biasala, skola budak skema)
"Saya sakit perut, cikgu"
"em..ok.duduk"
cik siti dan geng2nye berpandangn sambil tersenyum2 menahan gelak. amboii...kalau gelakkan org kemain. macamla korg xpenah mengalami ceriberi. berkualiti sangat ke tinja masing2 hingga sentiasa berada di tahap normal.

kriiingg!!yess...paper 1st dah abes.  Bayangan cikgu marpuaton yg bersuara frekuensi tinggi dah berlalu.hui...besnye. Masa tu cik siti dok depan skali (ceiss..sapela yg dengki khianat suh cik siti duk depan dalam kelas tuh)

Minah2 ronggeng tu berkumpul kat tempat cik siti. Macam biasa,membincangkan topik yg x mendatngkan sebarang faedah utk masa depan mereka. Mamat yg sakit perut tu duk tepi meja cik siti. Sambil borak2, mereka jeling2 mamat ceriberi tu sambil senyum2. (perlu ke gelakkan org yg cencirit dari pagi hingga ke mlm?aku pun xpaham dgn akhlak mereka masa tu.hehe)

Tiba2,bau yg busuk (mgkin akibat diperam terlalu lama) menusuk hidung mereka. Mata minah2 ronggeng membulat. Cik Siti cepat2 tutup idung. Xtahan dgn serangan gas beracun tsb. Cik siti xsempat pakai kasut (dia suke bukak kasut dalam kelas) cepat2 lari ke belakang dgn hanya memakai stokin.

"Weh,busuk gile"
"Nak kentut pun agak2 la. Jgnla dekat2 dgn kite"
"Eee...sah dia yg kentut. dia kan sakit perut rini"
"Huh..xtahan aku. Baunye meresap ke kepala"
Mereka mengomel sesama sendiri. Putri kuarkan minyak cap kapak dari beg dia. Hulurkan kat cik siti. Cik siti tenyeh sket kat idung. Kat kepala.
"Thanx acik. Huh, selamat ko bw minyak angin. Lega siket"

Mereka bantai gelakkan mamat ceriberi tu lagi. Kesian dia jadi bahan untuk hari itu.

Malam pun tibe. Lepas abes prep malam, mereka seperti biasa akan stay up. Dgn hajat untuk study lebih siket (padahal siang tu dah membuta masa delam kelas. Apa yg study lebih nye?) Tapi, acara stay up pasti akan dipenuhi dgn makanan2 yg mnganggu kekhusyukan mereka menelaah.cewah.

Tgh2 tggu megi kembang, cik siti bersuara. "Weh,korg nak tau sesuatu tak"

"Ape dia?" Farah berminat.
"Tapi...bnda ni rahsia. Kirenye takde sesapa yg tau ag la. So,korg jangan kecoh2 pulak"
"ala...cakap je la. Ko ni macam xcaya dgn kitorg je. Nape weh? Ade gosip hangat ke?" Putri merenung cik siti. Lebih berminat nak dgr rahsia ni dari nak baca buku kat tangan dia.

"Hangat la jugak..tapi malam ni dah xbape hangat" cik siti mnjawab tenang.

"Cakapla cepat" Farah gelojoh.

"Bau yg kat kelas tadi tu...aku yg kentut. Kentut tu hangatt je time kua. Malam ni dah xhangat la.."

Ciksiti xsempat nak teruskan ayat. Putri dah sumbat minyak cap kapak kat tenggorok dia.

masa itu emas

 Skarang ni masa terlalu cepat bjalan kan. Baru je keje hari isnin (dgn malasnye) tup tap tup tap da ari jumaat. Baru je pagi sabtu tetibe dah isnin balik. Ahad terasa begitu cepat (mana xcepat kalau dah soping bnda xberpekdah je separuh hari,pastu layan karaoke lagi, dvd lagi.uhuhu)

Tapi kan,aku dapat mengenal pasti beberapa keadaan yang mmbuatkan aku rase masa sangat lambat begerak..antaranye;

1. Bila pegi kursus/seminar yg trainernye bosan cam labi2. Pastu plak xde geng nak bgosip. org kat kiri kanan khusyuk buat catatan sdgkan aku pen pun xbawak. HUu...cptla abes.aku nak balik!!

2. Bile naik tren/bas. Time tpaksa bediri sbb seat penuh.Kat tepi plak ada bangla yg berketiak lekit berbau bangsat. Serius, masa tu rase kalau naik van jenazah lagi selesa

3. Bile kua dgn org yg membosankan.Biasa terjadi masa mule2 nak knal. Nak terus balik,rasa kejam pulak sbb dah ketuk dia banje kat tempat yg mahal2...arghh...cepatla masa berlalu.aku da mual tgk muka mamat ni

4. Bile korg naik public transport (sekali lg),tetibe rasa nak tercirit. Hantu taik btul. Time ni la ko nak melawat. Tren yg memecut terasa seperti beca roda 3 yg dikayuh pakcik lanjut usia.

5. Time kerja. Ini paling bosan. lagi2 kalau kerja yg mmbosankan di koloni yg menumpulkan agenda kreatif aku.uhu. Mata pulak mengantuk mengalahkan mengkarung termakan pil tido. Huh! Kenapala Malaysia xbuat ofce hour sampai kul 3 je?

6. yg last ni. Belum berlaku. Tapi aku kompem akan terasa kelambatannya bile terjadi nanti. Time menunggu malam selepas hari pernikahan.ewah.ayat puitis dari aku yg romancis.He..sure ase mase lembab nye berlalu..(korg yg da kawen,sila jangan xmengaku)

Korg plak,bilekah masanya waktu terasa lambat berlalu?