Load Counter

Saturday, May 7, 2011

jika dia berubah hati, perlukah saya yang pergi mati?

Pagi ni disebabkan bangun awal dan tgh mud bermalas2an di atas katil. Saya telah membaca online paper. heheh..saje nak tengok brita kat metro. Kot2 ada kisah 'penyeluk poket terseluk poket sendiri' ataupun 'isteri merana kerana dihempuk suami". Metro kan suka sangat cerita2 gitu. Cerita gosip makcik2.

Tetiba aku ternampak ruangan tanya pakar. Aku pun g la nak tengok apa yang ada. Pastu g kat tempat pakar sakit puan *aku memang teringin gak nak baca yg kolumn sakit tuan, tapi muka doktor yang nak menjawab soalan tu sungguh tak memberangsangkan*. Banyak yang aku baca, diorang tanya tentang masalah keguguran.

Sebelum ni aku penah dengar gak akak aku citer2 pasal gugur, D & C tu sakit, tapi..aku tak amek port sangat. Yang aku tau, D&C tu proses cuci perut pas gugur la. Tetiba tadi...aku terbaca nih

Ia bukanlah menggunakan cecair pencuci, tetapi menggunakan batang besi berlainan saiz untuk membesarkan terowong serviks, alat tiub untuk menyedut keluar kandungan menggunakan kuasa vakum, alat pengapit untuk menarik keluar sisa kandungan dan alat curette untuk mengikis lapisan di dalam rahim.


Semua prosedur D&C ini dilakukan tanpa melihat terlebih dahulu secara langsung apa yang diambil atau dikikis, tetapi menggunakan pengalaman dan deria sentuhan seperti bergerigi ketika mengikis.

What?????BATANG BESI??..pastu yang lagi ngeri ALAT PENGEPIT??PENGIKIS???
Semua tu masuk, pastu kikis dalam perut aku*tetiba aku terbayang bajak tengah korek tanah*
Weh, seramnya...huhu. Tapi aku yang bongok ini tetap meneruskan pembacaan dan terbaca plak yang ni

Oleh kerana ia dilakukan secara ‘membuta’, maka terdapat kemungkinan komplikasi seperti:
•Sisa kandungan tidak habis keluar juga akhirnya (dan mengakibatkan pendarahan berterusan dan jangkitan kuman).
•Pendarahan akibat prosedur itu sendiri.
Alat tertusuk menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakannya, malah ia juga boleh mencederakan organ lain seperti usus dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
•Risiko jangkitan kuman akibat prosedur.
•Penghakisan berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan tengah rahim (myometrium) dan pembentukan jaringan lekatan sehingga mengakibatkan gangguan haid dan masalah kesuburan


Argh....tertekannye aku baca ni. dahla ko "membuta" korek isi perut orang dengan segala benda jadah tu. Tetibe boleh tertusuk dan menembusi dinding rahim plak........WEH!!! Ni dah ada unsur2 kanibal nih..Macam tu siksa rupanya isteri2 yang pernah mengalami keguguran ni kan?

Orang perempuan ni memang kuat la..Haih *tetiba bangga jadi pempuan*
Tapi..orang lelaki ni kadang2 macam buta hati. Isteri dah macam2 pengorbanan pun..diorang still nak menggatal gak. Dengan alasan "isteri saya tak tunaikan tanggungjawab dia. Rumah xkemas, tak masak, baju saya tak digosok"

Eh eh...kemain lagi ko eh. Setakat rumah tak kemas, ko mengada2 nak mengadu masalah kat orang lain. Kalau nak kawen sbb nak rumah kemas, nak isteri masak setiap masa, nak baju gosok sampai tajam sisi, pi kawen dengan amah indon. Dah. Setel masalah.

Memang la bahagia..bila balik, ada makanan kat dapur. Rumah teratur, sejuk mata memandang...Tapi semua ni akan jadi kalau ada tolak ansur. Kalau semua keje nak hempuk kat bahu orang pempuan...memang hampasssla.

Tapi aku tengok orang pempuan ni pun kadang2 pelik. Sayang melampau2, sampai dah kena macam2 pun...tetap sayang. Pastu at last, bila lelaki tu berubah hati gak...mula la tak tentu hala.
Aku pun penah gak frust dulu. Tapi, life is about choice.

Takkan sebab dia dah berubah hati, aku plak yg kena sawan macam nak mati???
Memang kite tak tau, apa yg akan jadi dalam hidup. Sebab tu..kena sentiasa ready, dan bergantung harap hanya kat Allah..

*semoga aku dilindungi dari spesis2 lelaki berhati mengkarung*

kembali bergegar

PAgi ni aku tatau jin sihat mana yang dah menghembus aku.
Tetiba rasa nak gi jogging. Lagipun, memang dah lama sangat xbereksesais. Maka dengan baju tido yg dibalut dgn sweater lusuh, aku ngan housemate telah melakukan aktiviti sihat itu.
Masa joging tadi nampak banyak gak makcik2 joging. Tapi aku tak puas ati makcik2 tu asik jeling2 kaki kitorang sebab kitorang pakai selipar jamban je g joging...
Hu, nak wat cane. dah kami memang xde sport shoe. kalau bli pun,buat berabuk je kat rak tu kang.

Masa joging aku rasa lemak aku vibrate tahap maksimum. Punggung lak berat cam guni beras yg dah dicelup dalam air. Sies berat. Patutla aku susah nak kurus...

Kadang2 ada gak rasa nak g buat slimming treatment. Tapi sejak dengar cite membe aku terkurung dlm bilik sauna kat satu slimming centre yang memang glamer gilababass, aku telah membatalkan hasrat tu. Buatnye time aku, terkurung 3 hari dalam bilik sauna...mesti dengan2 aku skali jadi wap. Pemejalwapan manusia.

Ahhh...takpelah. FAT IS NOT A CRIME.
Ayat membela diri yg aku curik dari membe aku yg tetap bertegas untuk memulihara lemak2nye.

kejap lagi aku nak lik kampung...nak start wat gudibag. yeay!!!

Friday, April 8, 2011

tak sanggup nak masukkan

Gosh..i become invisible lately. Kali ni memang sebab aku betoi2 sibuk.
Pastu tetiba malam ni rasa nak menulis.
Dua tiga minggu ni aku rasa agak down. Down sbb terpaksa bedepan dengan keje yang pelbagai, lepas tu dapat plak opismate yg macam sakai (sorry opis2 mate lain yg sangat baik. hanya kerana seketul bangkai itu, saya terpaksa melibatkan nama kalian) Itu belum masuk bab family problem lagi.

Macam2 masalah dalam kepala. macam2 benda nak buat dalam satu masa. Tapi x kurus2 gak. Haish. kecewa betul.

Tadi bos gue mesej. Anak dia masuk sepital. Esok nak kena operate tonsil. Kaget gak aku membacanya. Simpati bertimpa2 dlm hati aku nih. Sebab last month dia baru je kua ward. Tetibe this month anak dia plak sakit...ujian..

Cite pasal duduk ward, alhamdulillah setakat ni aku memang blum pernah lagi. Tapi..aku teringat dulu masa arwah bapak aku idup lagi. Umur dia lebih kurang 65tahun la time tu.Umur aku plak 18tahun. Study kat penang. Skali tu, balik2 cuti semester..terus kene g sepital. Sebab kebetulan, bapak aku baru masuk ward. Sebab jatuh motor, kene langgar dengan kereta yang tak bertaliperut. Kalau dah eksen sangat , p la sondol mat rempit!! Huhu

Ok2. Berbalik kepada cerita ward tadi. Bapak aku masuk sepital gomen, kat tanjung karang. Yelah..kitorang mana la mampu nak masuk sepital mahal2..hukhu. Katil dia plak bersusun banyak2. Bukannya ada partition ke apa. Memang bleh nampak seluruh ward.

Kalau dah kene jaga bapak aku, sah2 la aku kene duk dalam wad lelaki kan.
Maka...berlakulah sesuatu yang tak dapat aku lupakan..

Pada petang itu, bapak aku telah mengeluarkan satu ayat yg sangat mengerikan..iaitu..
"Mak usu (bapak aku panggil aku mak usu), bapak nak kencing"

"Er..abes tu camane ni pak? Bapak boleh bangun tak?" walaupun aku tau bapak aku tak boleh bangun, aku tetap melontarkan soalan bodoh tu.

"Mana boleh!! Amek bekas bawah katil tu. Ada misi bagi"

Alamak, bekas apa plak ni...adui. Matila aku. Aku tengok bawah katil. Ada satu bekas besi. Macam ala2 jag air. Tapi kecik sikit. bentuknye pun pelik sikit.

"Yg ni ke pak?"

" Haah"

Aku tengok lagi skali bekas tu. Eh, cmane nak gune ni.Nak tanya, takut.Bapak aku ni plak, dahla memg spesis garang mengalahkan tentera.

Lantas, aku pun bagi bekas tu kat bapak aku yg tengah terbaring.

"Nah"

"Ko bagi bapak buat ape? Masukkan la!! Bapak ni tak boleh bangun!!"

Masa ni aku memang nak pitam. Aku tengok katil belah kiri, ada mamat bujang tu eksiden gak. Dia buat senyum kucing terlebih hormon. Budak yg katil belah kanan tu pun mcm tgh tahan gelak. Weh, camane ni. Mampos aku!!

Tibe2, datang satu cahaya penyelamat.Seorang nurse lelaki berlari2 anak ke katil kami. Dia terkejut dengar bapak aku jerit kot. walaweh...aku pun apa lagi. Terus tinggalkan bekas tu kat nurse yg tengah terpinga2. Ah..pandai2 la ko nak setelkan encik nurse. Aku adalah gadis suci yg tak mampu melaksanakan aksi getir di tengah khalayak.

Kalau teringat benda tu, kelakar jugak. Tapi siesly..walaupun bapak aku garang cam Mejar Hasan, aku tetap sayang..dan rindukan dia. Bapak, mahapkan saya. Saya dulu selalu buat hal. Semoga bapak dan emak tergolong dlm org2 yg dirahmati Allah...Al Fatihah..

Saturday, January 29, 2011

Harapan untuk menghapdet blog dgn lebih kerap nampaknye hanya tinggal harapan
ekceli aku bukanlah bz sangat
Cumanye tak reti nak urus masa sendiri. Sebab tu lah...walaupun dah 5 hari berlalu, aku masih belum lipat kain yg aku angkat dari ampaian pada ahad lepas.

Lagi satu penyakit aku, bila tengah drive ke..apa ke..banyak je benda rasa nak cite dalam blog. Tapi...bile dah mengadap blog nih, rasa tatau plak nak tulis ape. Hu.

Hari sabtu cenggini rasa sangat membahagiakan. Sebab tak payah bangun awal2, xpayah menggigil mandi sesubuh..dan yang paling besttt xpayah menghadap jem yg merencatkan segala kesabaran manusia.
Lately jem sangat teruk, sampai aku late-in 2kali dlm mnggu lepas. Hawau betul.

Hari Khamis ritu jem dasat sbb banyak jalan kene tutup untuk raptai Hari Wilayah. Aku tatau la aku ke atau diorg yg bodoh. Tapi...xboleh ke ko tutup jalan tu lambat sikit??Ko tak tau ke kat KL ni kalau pepagi gitu kereta sesak dan menyesakkan? Jadi..mengapakah harus ditambah lagi dgn agenda penutupan jalan semata2 utk raptaiiiiiiiiiiiiiiiiiii? Kalau korang memang beriya sangat nak sambut hari wilayah pun,ko tutup la jalan tu pukul 10 ke...930 ke. Aku ni sampai dekat 3 jam dok dalam kereta, nak sampai ke opis. Darah kat bontot pun dah naik beku.

Lepas tu, yg lebih menglahabaukan, time tu jugak la kereta menteri lima nam bijik nak lalu. Eh menteri, korang pegi naik helikopter je boleh x? Masa aku tgh berimpit2 ni, ko sibuk nak menyempit llagi. Siap dgn polis2 eskot segala..apakehal?

Ok, tamo cite pasal jem. Bile teringat, kepala jadi sesak. Baik aku g basuh baju jap

Tuesday, January 11, 2011

perlukah lelemak itu kubiar terus berlabuh

Hoho..puitisnye tajuk entri aku nih. Memang melambangkan sikap aku yg penuh jiwa kesasterawanan dan keangkasawanan--> (kata akar bagi perkataan ini adalah 'sawan')

Sekarang aku sudah berlemak. Lemak-lemak itu membiak hingga mencapai 7kilo dalam masa setahun. Hebatkan? Pertumbuhan berskala mendadak dalam tempoh yang singkat. Aku bukan xcuba untuk kuruskan badan..tapi kadang2 aku ni dalam dilema. Kurus tak kena, gemuk tak kena.

Bila aku kurus, kedengaran suara2 hitam yg akan berkata:

-Ko ni kurus sangat, macam penagih dadah pulak aku tengok
-Kurus macam ni..kalau menyamar jadi jerangkung mesti real..
-Gigi ko ni jadi bertambah besar bila ko kurus
-Ko tau tak, orang kurus2 sangat ni cepat sangat nampak tua

Skang, bile aku dah berselulit...keluar pulak bunyi2an ni:

-kalau ko pakai baju satin, perut ko mesti nampak berkilat dalam gamba
-eh,kalau peha ko melecet pakai la bedak jenama *** tu,mesti ok (hoi!!walaupun saya sudah agak debab, peha saya masih belum bertelagah sesama sendiri)
-jom beli girdle (aaaa...yg ni aku xboleh terima sbb dulu aku selalu ketawakan akakjanda yg duduk serumahsewa dengan aku time dia sidai girdle cokelat dia dekat ampaian)
-ikan paus tak makan nasik pun gemuk jugak...

Huh. Inilah dunia. Kejam dan penuh spekulasi (eh,apa kaitannya nih?)
Pipo pun kejam jugak. Petang tadi aku mesej dia "i lapa la"
Dia reply " u..penah kenal erti kenyang ke?"

Kejam kan?

Thursday, January 6, 2011

sila kawen jika gatal

Khamis yang kelabu. Pagi ni hujan sangat lebat. Kat KL, kalau hujan renyai2 pun jem dah macam banjir kilat. Apatah lagi kalau ujan lebat...memang panas bontot, panas enjin, panas hati dibuatnye. Time ni le akan ade malaun2 yang cube mencelah2 kat tempat yg memang dah tak boleh dicelah. Eee..benci la.

Nak masuk tol NKVE, 5km sebelumnye dah jem. Time cenggini kalau ade yang cirit birit, memang menderita. Mujur perut aku bersikap neutral pada hari ini. Tengah2 tensen menunggu kereta depan nak gerak, tibe2 keta sebelah hon2. Aku ingat mat jebon tu nak menyelit gak. Aku dah bengang,memandang dengan jelingan penuh kesumat. Rupanya, dalam keta tu ada 3 orang jantan idung belang yg memang tak hensem, tersengeh2 sambil angkat tangan dan gelak2. Apekah??!!!!

Dan..kebengongan mat2 jebon tu terus mengingatkan aku pada kegatalan satu lagi makhluk. Minggu lepas, henpon aku telah diganggu oleh panggilan dari 'private number'. Aku pun tatau sape, cumenya makhluk tu mesti akan call lebih kurang dalam pukul 3pagi. 2-3 hari gak dia call, tapi aku xjawab. Tak kuasa weh, nak jawab call tah dari sape time2 gitu. Tapi, nak dijadikan cerita, pukul 3 pagi tadi, makhluk tu menelepon lagi. Masa ni, aku memang tido tak berapa lena sbb gigi aku sakit. Tah macam mana, aku rasa nak jawab. Nak la gak tau, sape plak yg rajin sangat asik menelefon pagi2 buta ni...Mungkinkah ini taktik terkini dari gerakan tabligh yg mengejutkan orang untuk sembahyang tahajud?

Telefon berdering 2-3 kali,aku pun angkat. Tapi aku diam. Aku dengar suara lelaki..

Lelaki jahanam: Hello..
Aku : (diam)
Lelaki jahanam: Hello siti..
Aku : Siapa ni? (suara perlahan sbb dalam keadaan separa sedar lagi.mamai2)
Lelaki jahanam: Sayang..ni abang la..takkan tak kenal abang..(suara masa ni memang dah berunsur miang)
Aku: Abang mana?
Lelaki jahanam: Abg Joe la..Ti..sayang..tak ada orang dengar ni..ni antara kite berdua je..sayang,abang nak mintak sesuatu ni..boleh ye sayang..abang nak minta- Aku putuskan sbb nak muntah dengar suara si jahanam tu merengek2 macam ungka nak mintak kene pelempang-

Masa ni kepala aku start berfikir. Sape lak bedebah yg tau nama aku nih? Suara dah la gatal gile. Budget manja habis la tu? Aku geli tau tak..GELIIIIIIIIIIIIIII.
AHHhhah!! Ni tak lain tak bukan, mesti dapat number dari mudah.my. Sebab ritu aku ada publish iklan nak carik roommate.

Tibe2,tepon aku bebunyik lagi. Aku tgk, 'private number' tu lagi. Masa ni aku mmg dah hangin dah. Ho..ko memang carik pasal kan. Takpe...meh aku jawab panggilan gersang ko nih.

Lelaki jahanam: Ti..nape letak tadi sayang?? Abang nak cakap dengan sayang ni...
Aku: Nak cakap pe
Lelaki jahanam: Sayang..abang nak-masa ni dia tak habis cakap lagi, aku dah jerit kat dia

"Nak apa? NAk mampos?!!KO ni sakit tau tak?! Lemah segala2nya. Pengecut. Pathetic!! Kalau dah gatal sangat, ko boleh pegi kawen tak??!! Jangan menyusahkan idup orang, menelepon pepagi buta nak menggatal segala. Aku takde selera la dgn orang gila macam ko!!!"

Pastu aku terus letak. Henpon tu tak bunyik lagi dah. Mesti mamat tu tengah stim2, terus tergencat sbb aku terjerit2 dengan intonasi jantan aku.
Aku ingat lagi dulu masa aku sekolah menengah, ada gak orang macam ni. Tapi masa tu call pakai tepon umah. Bila aku angkat, aku dengar dia berbisik2. Yang aku ni, time tu lurus bendul lagi, beriya2 la kata "boleh cakap kuat sikit tak, saya xdengar la"
Sekali je, aku dengar dia kata "Abang nak c**** tembam boleh tak?" WEi..................memang tuuuut la spesis2 cenggini.

Korang.. kalau rasa dah tak tahan sangat, pegi kawen. Kalau takde sape yang hingin, pegi puasa. Kalau tak boleh tahan jugak, pegi Golok. Dah, habis cerita. Jangan dok menyusahkan orang lain. Dan menyusahkan diri korang sendiri gak. Nak guna private number sume tu dah kena extra charge. Pastu sibuk menelepon sana sini, kena bayar lagi. Pastu setakat menggatal kat telepon je, dapat nye tidak. Tak ke bongok namanye tu.

Masa nak g keje tadi, aku ngadu kat pipo. Dia kata, lepas ni mamat tu mesti pi bukak mudah.my, carik number lain pulak. Huhu.

Kadang2, tu yang aku malas nak publish ad kat internet ni. Sejak aku publish ad tu, memang ramai yg mesej2 gatal. Tapi aku ignore je la, sbb org gatal ni memang tebiat diorang cenggitu. Belasah je mana2 nombor asalkan nampak nama perempuan. Tak sangka pulak ada yg gatal di tahap extreme.

Aku rasa..orang2 macam ni mesti lemah tenaga batin. Barang tak dapat menjalankan fungsi dgn baik.Kesian.

Monday, January 3, 2011

anakku bukan anakku

Hari ni masa pegi keje jalan xjem. Mungkin ramai yg cuti. Yela, rini kan 1st day skolah bukak balik. Jadi, parents diorg ni normally akan amik cuti. Nak temankan anak untuk hari pertama..
Haish..untungla budak2 sekarang. Mak bapak sanggup ambik cuti nak hanta korang pegi skolah. Kengkadang yg terlebih poyo tu, siap bawak handycam lagi..nak amek aksi anak dia.

Dulu, masa aku start sekolah, memang sangat lain. Oleh kerana aku anak bongsu, adik bradik plak sembilan..so,confirmla bapak aku jauh lebih tua kalau nak compare dgn kengkawan aku time tuh. Org tua2 ni, biasala..bukan prihatin sangat bab2 sekolah ni. Pandai2 la aku nak uruskan diri. Pegi skolah pun, kakak aku yg darjah 5 daftarkan. Pegi balik jalan kaki. Hujan ke, panas ke..terhangguk2 jugak la bejalan balik rumah.

Yang lagi kesian, masa darjah 1, aku bukannye pandai sangat nak uruskan diri. Tapi, tade sape nak gosokkan baju aku, kemaskan beg aku. Jadi..nak tanak, terpaksa buat sendiri. Pagi2 pegi sekolah, aku selalu pakai stokin seblah lain sebelah lain. Tapi..masa tu, aku bukan kisah pun. Ala...setakat stokin,,sape yg nak tgk sangat?? Kalau sependa jangan cakap la. Memang sah2 aku tibai sependa akak aku. Selamatla kami ni yang perempuan ada 8 orang. Jadi, masalah 'dalaman' boleh diuruskan dgn cara -rembat je sape2 punya asalkan muat dan tuan empunya tak tau yg barang dia kena rembat-. Masa tu pulak, sependa sume lebih kurang sama corak. Sebab mak aku suke buat sependa dari kain lebihan langsir atau sarung bantal. Aku paling suke kalau nak tido malam, cari sependa yang sepadan dgn sarung bantal..hehe.Mak aku memang kreatif. Jadi,walaupun kami susah, tapi baju selalu bertukar..makan pun selalu sedap2 sbb emak mmg pandai masak (kenapa takde satu pun bakat mak menurun kat aku?hu)

Tapi bapak aku garang. Sangat garang. Kitorang sume, tak kire lelaki ke perempuan..semua akan rasa pelempang jepun dia. Penah sekali tu, bapak aku suruh kutip taik cicak, aku plak dok melopong depan tv, buat2 xdengar. Tiba2..PANG!! Gelap. Rupanya mata aku berpinar sbb kena penampo free. Kalau akak aku lagi ganas. Penah sekali tu, bapak aku nak lempang, dia tahan dengan tangan. Apa lagi, naik hangin la orang tua tu. Bila dia nak lempang lagi sekali, akak aku terjun ikut tingkap. Bapak dah garang macam tu pun, aku masih jadik pemalas macam ni. Aku rasa kalau bapak aku tak garang, mesti aku lagi malas dari batu belah batu bertangkup (batu belah tu kire pmalas la kan? Dahla tanak bergerak,tau nak menelan je. Pastu gile glamer. Asik2 kua cite batu belah)

Semalam, masa aku mengadap kain selonggok yg perlu dilipat,
aku cakap kat kawan aku " Hai...besnye kalau ada anak"
kawan aku: "Ha a..best kan kalau ada baby. Comel. Boleh main2 ngan dia"
aku : "Takla...aku rasa nak anak bukan sbb tu"
kawan aku: "la..bestu?"
aku: "Sebab..aku boleh suruh dia kemas rumah,masak, lipat kain. So,aku boleh la lepak tengok tb ke, main game ke.."
 Hoho..aku memang bakal ibu yang berpandangan jauh,kan?

Saturday, January 1, 2011

2011 - post ini lebih matang dari biasa

hoho...sudah 2011

azam tahun baru saye

1. Menjadi org yg berazam (tahun sebelum2 ni memang xpernah ada azam.huhu)
2. Menguruskan badan,atau lebih tepat lagi...mengempiskan perut. Saya tidak mahu disaspek mengandung sebelum waktu!! (katakan TIDAK kepada makanan berlemak dan aktiviti bersemayam selepas makan)
3. Mengumpul duit demi membina sebuah rumah tangga yang bahagia disamping suami dan anak2 terchenta (ok,yg ini memang betul2 ayat wanita matang)
4. Mencuci kereta sekurang2nye sebulan sekali (biarla 2011 ni kereta aku rasa dimanjai sikit...skarang ni selagi kereta tu xrupa kerbau balar,jgn harap aku nak pegi cuci.muahhaha)
5. Mengurangkan merajuk dan menangis. Saya bakal berumur 28 tahun. Jadi, segala sifat kenak2an itu perlulah dikawalselia
6. Membayar hutang PTPTN secara berperingkat (saya dah jemu menjadi peminjam tegar)
7. Menghapdet blog sekurang2nye dua kali seminggu. Kesian blog ini, umpama hidup segan mati tak mau.

2011...semoga jadi sangat bermakna untuk saye :)