Load Counter

Saturday, May 7, 2011

jika dia berubah hati, perlukah saya yang pergi mati?

Pagi ni disebabkan bangun awal dan tgh mud bermalas2an di atas katil. Saya telah membaca online paper. heheh..saje nak tengok brita kat metro. Kot2 ada kisah 'penyeluk poket terseluk poket sendiri' ataupun 'isteri merana kerana dihempuk suami". Metro kan suka sangat cerita2 gitu. Cerita gosip makcik2.

Tetiba aku ternampak ruangan tanya pakar. Aku pun g la nak tengok apa yang ada. Pastu g kat tempat pakar sakit puan *aku memang teringin gak nak baca yg kolumn sakit tuan, tapi muka doktor yang nak menjawab soalan tu sungguh tak memberangsangkan*. Banyak yang aku baca, diorang tanya tentang masalah keguguran.

Sebelum ni aku penah dengar gak akak aku citer2 pasal gugur, D & C tu sakit, tapi..aku tak amek port sangat. Yang aku tau, D&C tu proses cuci perut pas gugur la. Tetiba tadi...aku terbaca nih

Ia bukanlah menggunakan cecair pencuci, tetapi menggunakan batang besi berlainan saiz untuk membesarkan terowong serviks, alat tiub untuk menyedut keluar kandungan menggunakan kuasa vakum, alat pengapit untuk menarik keluar sisa kandungan dan alat curette untuk mengikis lapisan di dalam rahim.


Semua prosedur D&C ini dilakukan tanpa melihat terlebih dahulu secara langsung apa yang diambil atau dikikis, tetapi menggunakan pengalaman dan deria sentuhan seperti bergerigi ketika mengikis.

What?????BATANG BESI??..pastu yang lagi ngeri ALAT PENGEPIT??PENGIKIS???
Semua tu masuk, pastu kikis dalam perut aku*tetiba aku terbayang bajak tengah korek tanah*
Weh, seramnya...huhu. Tapi aku yang bongok ini tetap meneruskan pembacaan dan terbaca plak yang ni

Oleh kerana ia dilakukan secara ‘membuta’, maka terdapat kemungkinan komplikasi seperti:
•Sisa kandungan tidak habis keluar juga akhirnya (dan mengakibatkan pendarahan berterusan dan jangkitan kuman).
•Pendarahan akibat prosedur itu sendiri.
Alat tertusuk menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakannya, malah ia juga boleh mencederakan organ lain seperti usus dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
•Risiko jangkitan kuman akibat prosedur.
•Penghakisan berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan tengah rahim (myometrium) dan pembentukan jaringan lekatan sehingga mengakibatkan gangguan haid dan masalah kesuburan


Argh....tertekannye aku baca ni. dahla ko "membuta" korek isi perut orang dengan segala benda jadah tu. Tetibe boleh tertusuk dan menembusi dinding rahim plak........WEH!!! Ni dah ada unsur2 kanibal nih..Macam tu siksa rupanya isteri2 yang pernah mengalami keguguran ni kan?

Orang perempuan ni memang kuat la..Haih *tetiba bangga jadi pempuan*
Tapi..orang lelaki ni kadang2 macam buta hati. Isteri dah macam2 pengorbanan pun..diorang still nak menggatal gak. Dengan alasan "isteri saya tak tunaikan tanggungjawab dia. Rumah xkemas, tak masak, baju saya tak digosok"

Eh eh...kemain lagi ko eh. Setakat rumah tak kemas, ko mengada2 nak mengadu masalah kat orang lain. Kalau nak kawen sbb nak rumah kemas, nak isteri masak setiap masa, nak baju gosok sampai tajam sisi, pi kawen dengan amah indon. Dah. Setel masalah.

Memang la bahagia..bila balik, ada makanan kat dapur. Rumah teratur, sejuk mata memandang...Tapi semua ni akan jadi kalau ada tolak ansur. Kalau semua keje nak hempuk kat bahu orang pempuan...memang hampasssla.

Tapi aku tengok orang pempuan ni pun kadang2 pelik. Sayang melampau2, sampai dah kena macam2 pun...tetap sayang. Pastu at last, bila lelaki tu berubah hati gak...mula la tak tentu hala.
Aku pun penah gak frust dulu. Tapi, life is about choice.

Takkan sebab dia dah berubah hati, aku plak yg kena sawan macam nak mati???
Memang kite tak tau, apa yg akan jadi dalam hidup. Sebab tu..kena sentiasa ready, dan bergantung harap hanya kat Allah..

*semoga aku dilindungi dari spesis2 lelaki berhati mengkarung*

No comments:

Post a Comment

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum