Load Counter

Wednesday, July 7, 2010

sang gersang vs sang ganyut

Apa yg aku paham, kaum lelaki memang sejenis spesis yg agak gatal. Kalau diorg xgatal langsung, xbes la jugak. Takkan kite sbg kaum wanita yg mulia ni plak nak terhegeh2. Tak kelasss la kan. Huhu. Tapi...yg aku kurg paham, nape kegatalan diorg tu macam xberpenghujung.

Kalau yg menggatal tu adalah mamat2 20an...mmg biasa la. Budak baru nak naik.
Kalau yg mengorat tu adalah mamat2 30an...dah mmg patut la, lelaki zaman skang ramai kawen di usia itu.
Kalau yg miang tu adalah mamat awal 40an..MUNGKIN masih boleh diterima...Itu pun excuse hanya diberi kepada yg belum berkahwin sahaja.yelah,sian jugak. Air dah naik kepala.

Tapi..yg paling menyampah, kalau yg merenyam tu adalah lelaki yg dah hampir 50 dan ke atas. Dan pulak aku tau ko dah ada anak bederet. Dah tu plak muke ko pun mmg dah ketara sangat kesan2 penuaannye. Aku rasa sangat xpaham. Sbb..warga emas ni, bile diorg merenyam, tagline dia biasanye berbeza dari org mude2. Mungkin pada diorg ayat tu dah power abes, tapi bile aku dengar..rasa nak buh tahi puyuh depan muke dia,dan suh dia rasa. BAru dia tau betapa nak muntahnye aku dgn pengoratan yg dilakukan.

Situasi 1
Ajak keluar
Ayat mudamudi: U free x malam ni?Jom minum2, i blanje.
Ayat si tua bangka: Malam ni u nak pegi amek barang yg i order tu kan. I rasa nak ikut la. Tapi...i xboleh drve mlm2. Silau...kalau nak naik kereta skali dgn u boleh?

*Ko bukan silau..tapi mata dah kelabu.Patutnye mlm2 g masjid dengar ceramah,x payah nak menyemak mengikut aku okkk*

Situasi 2
Phone number
Ayat mudamudi: Oo..tempat u dekat dgn uitm tu kan. Anak buah i study kat sana. Nanti kalau i dtg, bolehla kite kua minum..Eh,can i have ur phone number? Senang nak contact nanti
Ayat tua kutuk: U selalu sorang je kat opis kan...bahaya jugak perempuan cantik macam u ni keje sorang2. Nah, u ambik numb i ni. Kalau ada ape2, call je. Opis i pun dekat. Boleh tlg tgk2 kan u.

*What the tuuut??!! Ko dah la dah tua. Kalau ada org jahat nak ape2 kan aku pun, baik aku call polis ke,bomba ke, kadet remaja sekolah ke. Kalau aku call ko, org jahat backhand ko skali, sure ko pitam. Getiknye*


Situasi 3
Status
Ayat mudamudi: Bf u xmarah ke kalau u borak dgn i ni?-ayat biasa kalau nak tau kite single ke x-
Ayat si ganyut: Org cantik macam u ni, mesti dah berpunya. Hati2 la. I bukan ape, budak2 lelaki muda skarang ni bukan boleh harap sangat. Duit tak ada, tapi suke sangat berpoya2

*Oi tua. Mungkin apa yg ko cakap tu btol. Tapi...kalau dah tua pun masih mgatal cam ko,what do u expect??bebudak mude tu tgk contoh korg..Kalau ko bagus, yg dok mengendeng kat sini watpe? Cube gak kumpul2 duit bawak pegi aji. Takpun bukak kels mengaji untuk budak2 muda*


Situasi 4
puji
Ayat mudamudi: I suke tgk u senyum camtu. Comell.
Ayat tua x ingat kubur: I suke tgk u senyum camtu. Comell.

*walaupun ayat sama, tapi efek berbeza kalau yg cakap tu adalah jantan tua. Comel tu sesuai untuk ko cakap pada anak cucu ko je okkk...Jangan la nak menggatal dok puji2 pempuan lain. Tak pasal2 makan pelempang kang. Bile lempang ko, nanti org kata aku tak reti hormat org tua plak. Haishhh*


Kesimpulan: Walaupun duit ko banyak, tapi...anak ko pun dah banyak. Umur ko pun dah banyak. So..banyak2 la ingat mati.

Tuesday, July 6, 2010

punggung berotak

Smlm nak masuk opis. Tengok2 lock dah kena tuka. Ok, aku kna jadi cam salesman duk tekan2 loceng kat lua sambil ngomel dalam ati " Aritu aku nak resign tak bagi. Ni aku dah dtg keje nak sabotaj aku xbagi masuk plak"

Bos aku kua bukak pintu. "Ofis kite kna break in" Sambil tunjuk kat meja aku yg bersepah gile. Fail sume tunggang tbalik. Pc and lcd dah lenyap. Aircond kat dinding pun dia cabut. Aku tetibe rasa nak gelak. Tapi aku tahankan je sbb xnak kna plangkong dgn bos.

Aku nak tegelak bkan sbb ape,ksian kat pncurik tuh. Penat2 kopak pintu, ketiak sure bpeluh2,dgn nak kontrol perasaan gementar lagi, skali dpat pc dgn ekon je. Ekon jenama Fujiare plak tuh. Tak branded langsung. Pas kemas2 apa yg patut, aku dah melangu tak tau nak wat ape. Bongokla pencurik ni. Yang ko pi masuk opis bodo ni nape.

Tapi kat kampung aku lagi teruk, besi pagar kat kubur pun kna kebas dgn penyamun. Mmg jahat mengalahkan antu.

Dulu masa aku kecik2,umah aku kire kawasan panas gak la. Zon merbahaya. Bkn bahaya dgn ancaman pencurik, tapi pengintai. Dalam setahun ada la 5-6kali kena intai. Sengal tak penyangak kampung aku?Adik beradik aku ada 9 (baka baik,kan.haha). Pastu pompuan 8org. Yang 8org ni plak jenis berkurung je kat umah. Tu yg penyangak2 tu sibuk sangat nak intai kitorg wat ape gamaknye.

Penah skali tu,masa tu aku darjah 6. Masa nak tido mlm,dgr bunyik org ketuk2 tgkap dari lua. Pastu dia bisik "Dik,bukak tgkap ni dik" Eh,ingat aku bengap sangat ke nak bukak? Aku kejutkan bapak aku, bapak aku klua bawak parang. Tapi tgk2 orgnye dah xde.

Esok pagi,masa nak g skolah, aku kecoh carik baju skolah yg aku dah gosok smalam. Akak aku membebel2 kata aku salah letak. Tibe2 dlm kekecohan,aku ternampak baju aku tersangkut kat tiang kat lua. Tetibe mak aku kata "Pakailah baju lain,baju yg tu basuh"
Aku sikit punye bengang. Aku dahla pmalas gosok baju, tetibe nak suh aku pakai baju len plak.
Tapi aku ikutkan la jugak.

Tengahari tu,balik dari skolah, akak aku tanya "Ko tau xx nape mak suruh ko pakai baju lain td?"
"Tah.tak tau.Nape?"
"Sebab baju tu kan tersangkut kat tiang.Ko xterpikir ke cane baju ko leh ada kat situ?"
"Ha a eh. Nape baju ayu ada kat situ"
"Kan mlm tadi ada org ketuk2 tgkap bilik ko kan. Aku rasa dia curik baju ko melalui celah2 tgkap dapur la. Tgkap dapur kan rosak,cermin xleh tutup rapat"
"Eh,mungkin jugak. Tapi...knapa nak curik baju skolah?"
"Org lelaki kalau gile s** memang camtu. Pagi tadi, aku nampak baju ko tu basah. Ada cecair melekit2. Sebab tu mak xbagi pakai"
Di usia sebegitu,aku masih xpaham apakah sebenarnye yg terjadi. Tapi lepas aku dah besar sikit,baru aku paham. Patutla lepas kejadian tersebut,baju sekolah aku tggal 2 pasang je. Mesti mak aku dah hapuskan baju yg banyak "duit" tu.

Eee...bodonye. Aku xpaham macamana org leh naik nafsu hanya dengan menatap uniform sekolah budak darjah 6 yg bantut dan berdada leper. Lain la kalau body aku mantap cam bebudak skang. Aku rasa otak diorg ni semua kat punggung.