Load Counter

Tuesday, November 16, 2010

cemas di lorong kecemasan

Rini aku berazam nak balik awal sbb
1. Nak terus pegi bank in cek skali
2. Nak berbuka puasa dgn juadah yg lazat
3. Sbb aku sememangnye hari2 memang suke balik awal. Apa barang balik lambat. Bukan ada mamat ensem pun yg merangsang hormon aku kat opis tu.

Dahla kena menapak jauh rini. Aku paking jauh sikit sebab datang lambat...parking pulak cop rambo.Pakai bedal je mana2 yg boleh parking..so, kena la jalan jauh (mungkin Allah mencorak takdir begini untuk aku supaya aku berpeluang menangani masalah selulit dengan mengamalkan gaya hidup 10,000 langkah dalam sehari)

Masuk keta,stat enjin, nampak minyak tinggal dua takuk. Dari rumah pagi tadi pun sebenarnya aku tengok dah memang dua takuk. Nak isi kat stesen Esso depan ni...rasa cam xglemer plak isi kat Esso. "Isi kat Shell je la nanti" kataku yang berakal sedikit cetek. Sampai2 kat tol Jalan Duta, nampak Shell belah kiri. "Urm..ramainye orang. Xpayahla isi dulu"

Lepas je dari stesen Shell tu,lampu minyak aku dah blinking. SHIP(makian berbentuk sopan) Tengok keta kat depan..jammed. Hoho...bagus Aisah. Kalau kereta aku stop kat tengah2 jem, pastu tgh naik bukit ni, sure kena bukak payung bagi menepis tempias hasil sumpah seranah masyarakat sekeliling. "Takpe2...baca Bismillah banyak2. Allah sentiasa menolong orang2 beriman" kata2 untuk sedapkan hati sendiri.

Memang segala ayat aku baca, akhirnya terpaksa isi minyak kat R & R Sungai Buloh. Pastu yang paling sengal, stesen minyak kat situ adalah ESSO. Haish..apa ke egoistik sangat aku nih. Kalau isi minyak dari tadi, xla berpeluh2 menahan debar.

Tiba2 aku teringat kes hujung tahun lepas. Masa tu aku nak isi minyak kat Petronas yang paling dekat dengan rumah. Orang memang bederet. Pastu depan aku ni ada satu kancil itam. Parking kat lot nak isi minyak tu la. Tapi agak ke depan sikit. Kira muat la kalau keta aku nak menyelit. Aku tunggu punya tunggu, dekat 20 minit. Aku pun pi la kaunter, nak tanya adik tu boleh tak bagi aku isi minyak dulu. Tetibe dia pulak naik hangin "Sabarla kak, abang tu tengah beratur nak cucuk duit"

"Ehhhhhhhhhhh...apa ke bengapppppp sangat. Kalau ko nak cucuk duit,parking la tempat len dulu. Tak nampak ke kereta berderet nak mengisi minyak nih? Yang minah cashier tu pun sama gak sentengnye. Ko nak backing mamat tu pehal? Kalau ensem takpe gak. Ini pakai seluar pendek nampak kaki berbulu dan berparut. Blueekkk..tak lalu. Minah tu pun muka ala-ala tayar keretapi. Hah,sesuai la tu. Aku kawenkan je korang ni eloknye. Biar dapat anak nanti sama IQ rendah macam korang (erkk...aku ni pulak,ntah2 takde IQ langsung)

Aku malas nak cakap banyak. Bengang punya pasal, terus blah. Dengan perasan amarah yang memanaskan telinga, aku drive pegi Petronas yang jauh sikit. On d way nak keluar tu, ada satu motor ni. Mamat yang bonceng kat belakang motor tu dok hon2. Pastu bila aku pandang, dia macam buat sign samtting. Aku ingat dia tunjuk "finger". Aku punya la bertambah hangin..Aku bukan makan jalan dia pun!! Yang nak marah2 aku kenapa?

Aku pun tekan hon kuat2,lama2..pastu bagi lampu. Huh..benci betul. Mamat2 tu macam terkesima dan cepat2 berlalu. Padan muka korang.

Sampai kat Petronas. Aku turun, nak g bayar. Tibe2, aku tengok tank minyak aku terbukak. Siap tutup yg itam tu dok tergantung kat situ. Oh, ok. Aku tak tau macam mana nak carik mamat motor tadi untuk mintak mahap.

Friday, October 15, 2010

kenangan lampau yg terlampau

Kenangan dalm idup memang banyak. Tapi tak semua kenangan tu kite dapat ingat,kan.(eh,kalau dah namanya kenangan..sepatutnye itu benda yg kite kenang la,kan?huh,ape2 je lah)

Masa raya ritu,mesti la jumpa kengkawan. N sanak sedara, kan. Then, aku dapat redall beberapa perkara yg aku sendiri pun dah tak ingat:

1. Kawan aku kata, aku penah ajar diorg petua untuk bertahan puasa sampai ke petang. Petuanya ialah: Kite perlu cepat2 mandi lepas balik sekolah. Then, masa mandi kena bukak mulut.>>Weh, betul ke aku ada ajar benda camni? Takkan aku sekeji ini kot.

2. Anak buah cerita balik, dulu sebelum pegi sekolah agama (time ni zaman skolah rendah), aku dan anak buah aku akan sembahyang zuhur sama2. Satu hari tu, aku makan chewing gum. Pastu masa nak solat, aku tak keluarkan pun chewing gum tu dari mulut aku. Anak buah aku tak puas hati, dia pun tanya "Mak usu, masa sembahyang boleh ke makan?"
Aku pun jawab dengan konpiden "Makan benda lain tak boleh. Tapi kalau makan singgam(chewinggum) tak apa. Sebab masa sembahyang kita boleh lekatkan singgam kat lelangit. Kirenye macam kite tak makan apa2 jugakla">>Erk...adakah aku cube mewujudkan fatwa sendiri pada waktu itu?Mampus aku kena sula dgn Dato' Harussani kang.Huhu

3. Ok, yang ni memang serius keji.
Kat kampung aku jamban ada satu je. Masa dulu,kan anak buah aku duduk sekali dengan aku kan. Kadang2,bontot kitorang buat perancangan sendiri. Diorang dah buat 'date' untuk berak pada masa yang sama. Time perut aku memulas, time tu jugak anak buah aku menggelupur nak terberak. Akak aku menyampah sebab kitorang berebut2 nak berak. Dia suruh masuk dua2 sekali. Then, apakah yg patut kami lakukan dalam keadaan tersebut?
Alhamdulillah,Aku dan anak buah aku mungkin ditakdirkan memiliki otak yang genius dalam hal perberakan. Kitorang berak sama2. Jamban tu adalah jamban cangkung. Dan ini memudahkan proses berak secara duet: Aku mengadap pintu, anak buah aku mengadap dinding belakang. Mungkin pada masa itu,kami masih bersaiz mini. So,muatla nak share2. Kalau sekarang..aku rela pengsan sebab tahan taik daripada berak secara berkumpulan

So far..ni je yang aku reveal dulu. Aku nak muhasabah diri jap. HuHU

Tuesday, September 14, 2010

berak bukan satu dosa

Ahli psikologi selalu mengkaji kelakuan manusia melalui tabiat2 mereka. Kaji cara tidur,cara makan dan pergerakan tangan. Aku rasa xpuas ati, nape xde pakar yang nak kaji cara manusia berak dan seterusnya membuat analisa perkaitan posisi berak dgn tingkahlaku manusia. Hina sangatkah berak itu? Mengapa berak sering dipandang sinis? Kenapa pakwe makwe yg baru berkenalan malu nak cakap "saya nak berak" ketika keluar dating? Bukan kah berak itu penting?Bukan ke kalau xberak kita akan merana seumur idup?
Jadi dengan penuh semangat saintis, aku cuba mengungkai misteri beberapa peringkat berak yang sangat jarang kita bincangkan dalam komuniti.

Berak normal - biasanya taik berbentuk pisang. Terapung dalam air. Saiz sedang2, dan hanya memerlukan sekali 'push' untuk menjerluskan beliau dari kepompongnya. Jimat masa dan tenaga. Kalau dapat berak jenis camni, memang bertuah. Perut lega, badan sihat sejahtera,hati pun gembira.

Berak keras - Yang ni biasanye ketul2. Kecik2, tapi xberapa bulat. Dia keluar satu persatu. Kalau keras sangat, mungkin ada yg terpaksa korek guna jari (Ini biasanya dilakukan oleh ibu2 kepada anak2nya yg masih kecik...tapi, tak taula kalau korg yg dah tua bangka ni pun ada yg buat demikian..sape tau,kan?) Bagi memastikan benda camni dapat dielakkan,banyak2kan minum air dan makan buah betik. Tapi seriusly, aku rasa buah pisang lagi melawaskan dari betik. Aku, kalau makan pisang goreng ke, cekodok pisang ke..mesti cepat je rasa nak menyahtinja.

Berak cirit - yg ni ada dua jenis.
1. Cirit minor.
Taik biasanya berbentuk panjang. Kurus. Macam Taik kucing tapi hujungnye lebih tirus. Pastu taik ni tenggelam dalam air. Yang ni sebelum berak korg akan rasa perut memulas2,pastu kentut memang konfem bau taik peram. Kalau nak settlekan berak jenis ni, memang kena memerut agak lama dalam toilet.
2. Cirit major.
Yang ni taik tak dapat dipastikan jenis ape. Sebab biasanya diorg akan berpusu2 dan keluar secara semburan. Kalau agak2 perut korg macam menggelegak je tu, sah...memang simptom2 cirit major. Janganla berani2 nak kentut sebab takut dgn taik2 sekali akan terpercik mengiringi gas tersebut. (kenapa aku boleh tulis benda camni?)
Pastu, biasanya bila cirit major ni berlaku, lepas diorg tu keluar,tubir dedubur akan terasa hangat. Mungkin sbb punca kepada cirit major ialah makanan yg terlalu pedas yg tak dapat diterima oleh perut..Cirit major ni agak bahaya. Sebab kadang2 korg rasa macam dah habis membuang,tapi..keluar je dari toilet, dia datang lagi..tensen,kan.

Baru2 ni, aku dapat tau, ada sesetengah manusia suke berbogel ketika berak. Aku rasa macam pelik, tapi aku tak taula pulak kalau pada korg perkara tersebut adalah normal. Mungkin, perbogelan itu dapat membawa ketenangan kepada bliau. Kalau aku,aku suka alirkan air paip kat tangan...sambil tggu najis meninggalkan usus. Bagi yg xpernah cube,cubala buat lpas ni. Mesti korg terasa nyaman dan nikmat.

Dulu, sorg kawan aku penah kata (nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga hak asasi beliau), kalau dia berak keras, susah sangat nak kuar, dia akan pegang kepala paip sebagai pemangkin untuk proses peneranan. Bile pegang kepala paip, baru boleh teran kuat2 sbb ada 'something to hold on'.Adakah ada antara korg yg turut berbuat demikian?

Sunday, September 5, 2010

lelaki itu -JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA TAK MAMPU MENCERAP WATAK JIWANG YANG SERIUS-

Lelaki itu, sukar dimengerti hatinya. Payah diduga rentaknya.
Tapi, utk apa mengerti kalau tak sanggup menjaga hati. Dan tak usahlah menduga kalau sekadar ingin menanam curiga.

Lelaki itu, walaupun tak mudah di percaya..tapi, dia tak pernah memperdaya. Ucapnya tulus, menzahir kebenaran walau kadang2 terlalu pahit untuk ditelan.

Lelaki itu, yang kerinting bulunya, yang jelas halkumnya, yang kasar kulitnya, masih lagi disitu. Menjaga dan melindungi. Merindu dan menyayangi.

Terima kasih encik lelaki. Terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang tidak berhormon pondan. Tak pernah mengaku kalah di tengah jalan. Tak juga mencari alasan menutup kesilapan.

Perempuan ini, bukan juga terlalu sempurna. Untuk mengadili apatah lagi menghina.
Sebaiknya, pelihara saja landasan itu. Jangan sampai dilanggar babi, jangan sampai reput dan mati.

*Aku dah warning kat tajuk tadi,entri ini adalah edisi jiwang yang serius. Jangan salahkan aku kalau kemaluan masing2 kembang dan geli apabila membacanya*

Saturday, September 4, 2010

jika malang itu berbau kentut

Puasa dah nak dekat sebulan. Dan blog ni jugak telah aku puasakan. Kerana aku bimbang penulisan2 ini berbaur unsur umpatan sekaligus menipiskan lagi pahala puasa aku yg sememangnye senipis bulu kening maisarah nahrawi ni.

Tapi pada hari ni aku rasa nak menulis. Sebab aku teringat hari khamis lepas. Yang boleh aku kategorikan sbagai salah satu dari hari malang aku (nampak sangat aku ni banyak hari malang kan) Pagi tu, aku terbangun lambat. Dengan penuh rasa yakin, aku capai baju kurung jalur2 pink yg memang jenis kain xpayah gosok (kebanyakan baju aku mmg jenis xpayah gosok, sinonim dn sikap aku yg rajin ni)

Dengan terkocoh2nye aku smayang dan bersiap. Turun2 je, bas xde. EE...bas ni buat hal pulak. Dahla tempat tggu bas dekat dgn tmpat sampah yg ulatnye dekat sama besar dgn jari klingking aku. Erkk...loyanye bile tringat. Tunggu dekat 15 minit,baru nampak bas terhegeh2 datang. Aku pun bersiap sedia utk menyerbu bas tersebut. Dengan gaya selitan yg penuh aerodinamik, aku berjaya duduk dalam bas. Ahh..lega..

Dengan hati yg masih bangga sebab dapat duduk dlam bas yg mmg selalu penuh, aku menoleh ke kanan. Tibe2 aku rasa macam nak turun balik dari bas tersebut.. Makcik 50an yang duduk sebelah aku pakai BAJU KURUNG JALUR2 PINK yg samaa sebijik dgn aku. Selamat tudung dia kaler cekelat, tudung aku merah belacan. Aaaaa......apakah dugaan ini? Adakah aku akan diiktiraf sebagai Pembimbing Rakan Sebaya kepada makcik? Atau org akan menyangka bahawa kitorg geng marhaban yg ketinggalan bas rombongan pengantin???

Setelah beberapa ketika berada dalam penyiksaan, aku pun sampai ke opis. Hari tu ada introduction session dgn GM baru yg datang dari Jepun. So..ramai le org kat HQ ni. Tengah aku nak berjalan ke tempat Wawa, aku nampak Chris dok menuang air. Eh, Chris dah potong rambut..Aku pun tersengeh2 tengok Chris dari jauh. Ingat nak tegur la. Tibe2..bile dekat. Sengehan aku terus terpadam. Orang itu sedang merenung aku dengan muka pelik.Itu orang Jepun. Bukan Chris.



Kan bes kalau malang tu sekurang2nye berbau kentut

P/s: Cikgu disiplin aku masa sekolah menengah dulu kata, 'malang' tu maksudnye stim. dan dia slalu sound budak2 lelaki supaya jangan selalu 'malang'. Sampai sekarang aku seriously xpaham apa kaitan malang dgn stim..

Saturday, August 21, 2010

si poyo yang keji

Kisah benar ini berlaku kire2 5 tahun lalu. Ketika itu aku masih seorang student.

Poyo itu tibe2 memesej aku setelah hampir 10tahun tidak berjumpa. Kali terakhir dia datang ke rumah aku adalah untuk menghatar borang amendetah aku pun xingat.

Kali ini dia ajak aku berjumpa lagi. Ada hajat katanye. Aiii...hajat2 segala. apehal pulak mamat ni? Takkan nak qada' hajat pun perlukan konsultasi aku. Sesungguhnye saluran pengeluaran kami adalah berbeza. Jadi adalah mustahil utk aku menasihati bliau dalam hal2 qada' hajat ni.

Ok..berbalik pada cerita asal. Sejak tau number henpon aku yg aku pun dah x ingat sape bagi time tu, dia asik menelepon. Dia kata bersungguh2 suke kat aku dari dulu lagi. Dari zaman sekolah rendah...Ces,kalau nak menipu pun agak2 la beb. Sekolah rendah punye cerita mana bleh pakai lagi. Masa tu otak sume senget songot.

Punyelah poyo, dia sampai suh aku clash dgn pakwe aku-pada masa itu aku sudah berpakwe- sbb kononnya dia nak masuk meminang. Bodohkah??!! Aku tergelak je masa tu kerana aku rasa tahap kepoyoan dia mengalahkan pelakon iklan sabun Daia yang pakai rambut palsu kaler2 tu.

Satu hari, dia beriya2 nak jumpa aku. Nak blanje makan katanya. Aku pun akhirnya setuju...tapi aku pi angkut roomate aku skali 3 org. Malam itu,dapatlah aku menengok muke si poyo yg konon bsungguh2 nak meminang aku tu. Tak la jauh beza sangat dgn masa kecik2 dulu. Cuma skarang bertambah poyo dan penyet.

Lepas makan malam tu, dia dah xmsg aku. Tak call aku. Aku pun tak de la pikir apa. Lantak ko la kan.

Rupe2 nye...satu hari. One of my BFF bagitau aku...poyo ni mengadu kat akak dia yg aku sudah tidak cun lagi. Tidak seperti yg beliau harapkan. Katanya "huh..si esah tu kurus bebenor. Nampak gigi je besar"

What the ...???!! Ko kalau nak hina, hina aku je ok. Jangan sentuh gigi kesayangan aku. Penat aku bela dia sampai beso, ko nak kutuk2 plak. Plus, aku punye gigi xla besor mana punnnnnnnnnnnn...bukan tahap limah jongang. Weh,gigi ni la yg menyerlahkan kecomelan aku stiap kali aku tersenyum manje tau tak??

pastu,kalau org yg kutuk aku tu hensem cam Fahrin ahmad ke, Johnny Depp ke...xpela jugak.Patutla gak aku menginsafi diri. Ini??Kuswadinata pun sejuta kali lebih ensem dari dia.Perlu ke aku belikan cermin utk si poyo camni?

Nanti ko..sampai turn ko kawen esok..aku nak tengok bini ko. Kalau lagi lmau dari aku..haha..memang aku akan kutuk ko sepanjang zaman.

*Luahan tak puas ati yg tibe2 muncul sbb emy n fara sebut2 lagi pasal si poyo*

Wednesday, August 11, 2010

mari mengikat setan

ESok pose.Yuhu...Ramadhan tibe lagi. Selamat semalam aku dah abes ganti puasa. Apa??SEmalam baru abes?!Hehe..korang jangan ikut perangai aku.

Masuk bulan pose, apa yg mesti aku ingat ialah zaman memula nak blaja pose dulu. Dulu kat skolah rendah, bile bulan puasa, tiap2 hari ustazah akan tanya "Siapa yg puasa hari ni?"
Jadi, harusla angkat tangan dengan penuh prasaan bangga. Tapi kalau dah memang otak kerapu, ada je benda yg aku buat bagi membleklistkan puasa aku.
Balik skolah, aku akan beli eskrem pop. Konon untuk buka puasa. Logik xlogik budak kecik darjah 2 beli eskem sorang2, untuk buka puasa? pakcik jual aiskrim tu xkan xleh pikir kan. Pelik btul (buat2 pelik dgn perangai org lain padahal aku adalah makhluk yg paling pelik)

Pastu je, aku akan balik ikut jalan belakang umah org. Kononnye jalan tu memang laluan privacy ke umah aku. dan jalan itu jugak dah menyaksikan aku menyedut aiskrem dgn nikmatnye dalam perjalanan balik.
Sampai umah, bile mak tanya pose ke tak? Aku akan buat muke letih dan pastikan bibir aku dah dilap hgga nampak kering abes. Kadang2 aku lap terlebih kuat sampai bibir tergelupas sikit. Tapi ok la tu,nampak efek bibir kering pecah2. Hehe.

Dan emy takeshi serta dila rosli adalah org yg mempengaruhi aku dlm aktiviti keji ini. Emy dan ila,korg jgn cube2 xmengaku. Kalau xkerana korg, mesti aku xterjebak dalam noda2 hina camtu.

Puasa tahun lepas,aku join akak n abg ipar aku kat bazaar ramadhan. Time ni mmg best. Diorg jual air tebu. Aku dgn Nor jual agar2 pelbagai jenis.Berloyang2 gak buat agar2. Pastu tiap2 hari mesti ada sorg abg ni beli agar2 kat aku. Hampir2 aku terngorat brader tersebut. Sampai satu hari tu dia dtg bawak anak bini. Ceh, fantasia cinta lengkong betul. Hilang stim.

Dgn otainye,aku jugak telah menjual mercun. Memula aku memang kamikaze,jual ats meja. Gila x gila,sampai budak2 yg jual roti john kat seblah tu kata "Ko ni muka nampak baik,badan kecik (masa ni aku mmg kecik) tapi jual mercun..ceh,macam xcaya je"
Eleh,diorg tu sume kutes kecik. Nak jual mercun, tapi xnak jual to end user. Nak supply je. Harap muke je cam mat rempit. Tapi pengecut cam labi2.

Bile dah ada regular customer, aku stat jual bawah meja. Sampai satu hari tu,aku rasa xsedap hati. Mungkin masa ni Allah dah bagi ptunjuk. Tapi aku ni biasala,dah banyak sangat buat dosa agaknye. Sebab tu hati jadi benak sikit. Huhu.

Petang tu, tibe2 ada dua mamat meluru kat tempat aku. Terus selak bawah meja. Pastu dia selongkar van abg ipar aku. Mata-mata la tu.Sian abg ipar aku, xpasal2 pulak kena. Apa la malang dia dapat adik ipar solehah cam aku ni.Lepas disoal siasat dan mengesahkan semua "brg baek" tu aku punye,abang ipar aku terselamat. Pastu polis mintak IC aku. Aku plak xdak IC time tu. IC aku baru lepas kena copet. Hai...satu,satu, musibat datang..(dah aku sndiri yg carik bala,terpaksala trima eh)

Polis tu bengang jerk masa aku bagi salinan report (pasal IC hilang) yg dah lunyai tu.
"Barang2 ni semua saya sita. Petang ni lepas habis bazaar,awk kena dtg balai. Mungkin kena tido lokap malam ni"Ces...geramnye aku tgk muke polis tu. Rasa nak cabut misai dia guna wax.

Akak aku dah cuak (aku pun cuak gak ekceli. Tapi...dah brani buat.Nak xnak kena tanggung la kan)
Aku mula terbayang2 suasana pilu dalam lokap, dan bau2 yg meloyakan. Mesti nnt aku kna geng dgn indon2 kat dlm lokap. Adakah aku kna pakai baju berjalur? Ataupun aku akan dapat nombor pengenalan?
Ceh..itu banduan la ngok. Apesal la imaginasi aku ni melampau2.

Dalam 30minit,polis tu datang balik. "Awak xpayah la datang balai hari ni. Tapi ini kali terakhir saya lepaskan awak...lepas ni saya xnak tgk lagi awak jual benda ni"

Fuh...legasbabas...Tapi,yg xbesnye..mercun2 aku sume lesap. Mesti dia nak bagi anak dia main malam ni. Cilabi punye encik pulis.

Tapi pastu aku still jual kat umah (xserik2 kan?) Masa memula nak introduce perniagaan aku ni (cewah,sounds professional x),aku sanggup tggu budak2 nak g teraweh lalu depan umah. Aku tahan diorg dan tanya "Sape kat sini yg selalu main mercun?"
Memula bebudak tu mcm takt2 nak jawab. Mungkin diorg ingat aku cikgu disiplin atau pegawai rukun tetangga yg sedang bertugas. Tapi bile aku cakap "Akak ada jual mercun,nak tgk?" Aku nampak ada sinar di mata mereka.hehe.
Bile budak2 dtg..diorg akan cakap "Acik...nak beli belacan"
Kalau sape nak beli mercun yg power2 sikit..kod dia "Acik...nak beli belacan. Yg pedas sikit ada x?"
Masa memula aku perkenalkan kod tu, akak kat umah aku tanya "Eh,ko ada jual blacan ke? Ambik kat mana?"

Tahun ni, aku ingat nak hinsap sbb kak ipah dah bagi ayat psycho yg berjaya menakutkan aku. Ces, camane aku bleh gerun dgn dia lebih dari aku gerun dgn polis..aku pun xtau. Tpi, to tell the truth, walaupun aku ialah penjual mercun..mercun paling berbahaya yg pernah aku main adalah mercun das..Itu pun mngigil2 masa nak cucuh kat sumbu dia.

Puasa kali ni,aku ingat nak jual kabaid plak. Sape nak jadi agen leh hubungi aku keyh. Selamat berpuasa semua!!

Tuesday, August 10, 2010

penonjolan semula

Peh...sebulan cuti. Orang len berblog, aku pun sibuk nak berblog. Org menghapdet, aku plak membiarkan je blog aku keusangan sehingga dianggap menopous.

Pagi tadi aku telah mmbuat reformasi dalam cara hidup. Hehe. Aku g keje nek bas. Percubaan utk membajet sbb paking opis aku adalah spesis kapitalis. Ada ke patut, sehari parking RM9?Sebulan dekat rm200 gua kena bayar.

Turun2, aku nampak bas metro dah menunggu. Cantek. Aku naik, dok depan skali. 5 minit. Bas xjalan2 lagi. Makcik tshirt oren yg bergincu avon no.21(merah terang) dah stat membebel2. ang pakcik driver plak xleh nak jalan sbb mamat yg dalam radiocar tu suh tggu. Aku pun xsure apa yg nak ditunggu. First time la katakan. Harusla bengap sikit kan.

Masuk minit ke-7, makcik baju oren dah xleh tahan.
"Kalau mcm ni, naik bas rapid kl lagi bagus. Bak balik duit aku. Aku nak tgu bas lain"

Pakcik konduktor pun bagi dgn muka kelat. Tibe2, pas makcik tu turun je, org kat radiocar tu suh jalan. Adeh2, kejam btui. Dari tgkap bas, aku nampak muka makcik tu yg terkejut+tensen+pilu = muka sarah raisudin.
Pastu, sampai lrt bangsar,kena tukar bas ag. Kali ni aku mmg kena lenyek macam kentang putar KFC.Org2 disekitar aku plak semua yg jenis BigMac. Leper bontot aku dibuatnye. Kalau macam ni hari2, blehla aku buang je bengkung yg aku bli online hari tu.

Masa2 tgh dilenyek tu, aku teringat kes semalam. Semalam aku g midvaley. Sembayang maghrib kat surau tepi jusco tu. Masa aku nak pakai telekung, depan aku ada sorg minah ni. Ketinggian kira2 158cm. Berat dalam 85kg.Baru pas solat. Dia dah bukak telekung. Tinggal kain je la. Kire masa ni dia membelakangi aku la. Pastu dia pakai kain semayang kaler putih. Surau punya. Memang jarang dah kain tu. Dia pakai tshirt itam.

Aku tengok sekali, tetibe rasa nak tgk dua kali. "Eh, betul ke apa yg aku nampak ni?"
Aku dah mula bedebar.Ketulan ganda dua itu tampak berbayang namun jelas dbalik kain yg semakin nipis.
"Mungkin dia pakai seluar coklat muda kot" ayat sedapkan hati. Aku saje buat lambat2 nak pakai telekung.Hehe.

Pastu aku tengok, dia tunduk nak amik barang. Masa ni bulatan berganda tu semakin jelas. Dan wujud sedikit gegaran di situ.Aku berpeluh dingin. "Mgkin...dia pakai sependa tapi terselit di clah2" Aku masih cuba bersangka baik.

TIbe2,aku nampak objek yg dia ambik masa tunduk tadi..dan objek itu adalah...SEHELAI SEPENDA!!
So..what is that mean??!!
Oh...aku telah menyaksikan selulit di tempat sulit...argh...



p/s: kalau nak bukak sependa masa sembahyang,pastikan
1. korang punya baju agak labuh hingga mengkaver pepunggung
2.kain semayang itu tidak jarang

Wednesday, July 7, 2010

sang gersang vs sang ganyut

Apa yg aku paham, kaum lelaki memang sejenis spesis yg agak gatal. Kalau diorg xgatal langsung, xbes la jugak. Takkan kite sbg kaum wanita yg mulia ni plak nak terhegeh2. Tak kelasss la kan. Huhu. Tapi...yg aku kurg paham, nape kegatalan diorg tu macam xberpenghujung.

Kalau yg menggatal tu adalah mamat2 20an...mmg biasa la. Budak baru nak naik.
Kalau yg mengorat tu adalah mamat2 30an...dah mmg patut la, lelaki zaman skang ramai kawen di usia itu.
Kalau yg miang tu adalah mamat awal 40an..MUNGKIN masih boleh diterima...Itu pun excuse hanya diberi kepada yg belum berkahwin sahaja.yelah,sian jugak. Air dah naik kepala.

Tapi..yg paling menyampah, kalau yg merenyam tu adalah lelaki yg dah hampir 50 dan ke atas. Dan pulak aku tau ko dah ada anak bederet. Dah tu plak muke ko pun mmg dah ketara sangat kesan2 penuaannye. Aku rasa sangat xpaham. Sbb..warga emas ni, bile diorg merenyam, tagline dia biasanye berbeza dari org mude2. Mungkin pada diorg ayat tu dah power abes, tapi bile aku dengar..rasa nak buh tahi puyuh depan muke dia,dan suh dia rasa. BAru dia tau betapa nak muntahnye aku dgn pengoratan yg dilakukan.

Situasi 1
Ajak keluar
Ayat mudamudi: U free x malam ni?Jom minum2, i blanje.
Ayat si tua bangka: Malam ni u nak pegi amek barang yg i order tu kan. I rasa nak ikut la. Tapi...i xboleh drve mlm2. Silau...kalau nak naik kereta skali dgn u boleh?

*Ko bukan silau..tapi mata dah kelabu.Patutnye mlm2 g masjid dengar ceramah,x payah nak menyemak mengikut aku okkk*

Situasi 2
Phone number
Ayat mudamudi: Oo..tempat u dekat dgn uitm tu kan. Anak buah i study kat sana. Nanti kalau i dtg, bolehla kite kua minum..Eh,can i have ur phone number? Senang nak contact nanti
Ayat tua kutuk: U selalu sorang je kat opis kan...bahaya jugak perempuan cantik macam u ni keje sorang2. Nah, u ambik numb i ni. Kalau ada ape2, call je. Opis i pun dekat. Boleh tlg tgk2 kan u.

*What the tuuut??!! Ko dah la dah tua. Kalau ada org jahat nak ape2 kan aku pun, baik aku call polis ke,bomba ke, kadet remaja sekolah ke. Kalau aku call ko, org jahat backhand ko skali, sure ko pitam. Getiknye*


Situasi 3
Status
Ayat mudamudi: Bf u xmarah ke kalau u borak dgn i ni?-ayat biasa kalau nak tau kite single ke x-
Ayat si ganyut: Org cantik macam u ni, mesti dah berpunya. Hati2 la. I bukan ape, budak2 lelaki muda skarang ni bukan boleh harap sangat. Duit tak ada, tapi suke sangat berpoya2

*Oi tua. Mungkin apa yg ko cakap tu btol. Tapi...kalau dah tua pun masih mgatal cam ko,what do u expect??bebudak mude tu tgk contoh korg..Kalau ko bagus, yg dok mengendeng kat sini watpe? Cube gak kumpul2 duit bawak pegi aji. Takpun bukak kels mengaji untuk budak2 muda*


Situasi 4
puji
Ayat mudamudi: I suke tgk u senyum camtu. Comell.
Ayat tua x ingat kubur: I suke tgk u senyum camtu. Comell.

*walaupun ayat sama, tapi efek berbeza kalau yg cakap tu adalah jantan tua. Comel tu sesuai untuk ko cakap pada anak cucu ko je okkk...Jangan la nak menggatal dok puji2 pempuan lain. Tak pasal2 makan pelempang kang. Bile lempang ko, nanti org kata aku tak reti hormat org tua plak. Haishhh*


Kesimpulan: Walaupun duit ko banyak, tapi...anak ko pun dah banyak. Umur ko pun dah banyak. So..banyak2 la ingat mati.

Tuesday, July 6, 2010

punggung berotak

Smlm nak masuk opis. Tengok2 lock dah kena tuka. Ok, aku kna jadi cam salesman duk tekan2 loceng kat lua sambil ngomel dalam ati " Aritu aku nak resign tak bagi. Ni aku dah dtg keje nak sabotaj aku xbagi masuk plak"

Bos aku kua bukak pintu. "Ofis kite kna break in" Sambil tunjuk kat meja aku yg bersepah gile. Fail sume tunggang tbalik. Pc and lcd dah lenyap. Aircond kat dinding pun dia cabut. Aku tetibe rasa nak gelak. Tapi aku tahankan je sbb xnak kna plangkong dgn bos.

Aku nak tegelak bkan sbb ape,ksian kat pncurik tuh. Penat2 kopak pintu, ketiak sure bpeluh2,dgn nak kontrol perasaan gementar lagi, skali dpat pc dgn ekon je. Ekon jenama Fujiare plak tuh. Tak branded langsung. Pas kemas2 apa yg patut, aku dah melangu tak tau nak wat ape. Bongokla pencurik ni. Yang ko pi masuk opis bodo ni nape.

Tapi kat kampung aku lagi teruk, besi pagar kat kubur pun kna kebas dgn penyamun. Mmg jahat mengalahkan antu.

Dulu masa aku kecik2,umah aku kire kawasan panas gak la. Zon merbahaya. Bkn bahaya dgn ancaman pencurik, tapi pengintai. Dalam setahun ada la 5-6kali kena intai. Sengal tak penyangak kampung aku?Adik beradik aku ada 9 (baka baik,kan.haha). Pastu pompuan 8org. Yang 8org ni plak jenis berkurung je kat umah. Tu yg penyangak2 tu sibuk sangat nak intai kitorg wat ape gamaknye.

Penah skali tu,masa tu aku darjah 6. Masa nak tido mlm,dgr bunyik org ketuk2 tgkap dari lua. Pastu dia bisik "Dik,bukak tgkap ni dik" Eh,ingat aku bengap sangat ke nak bukak? Aku kejutkan bapak aku, bapak aku klua bawak parang. Tapi tgk2 orgnye dah xde.

Esok pagi,masa nak g skolah, aku kecoh carik baju skolah yg aku dah gosok smalam. Akak aku membebel2 kata aku salah letak. Tibe2 dlm kekecohan,aku ternampak baju aku tersangkut kat tiang kat lua. Tetibe mak aku kata "Pakailah baju lain,baju yg tu basuh"
Aku sikit punye bengang. Aku dahla pmalas gosok baju, tetibe nak suh aku pakai baju len plak.
Tapi aku ikutkan la jugak.

Tengahari tu,balik dari skolah, akak aku tanya "Ko tau xx nape mak suruh ko pakai baju lain td?"
"Tah.tak tau.Nape?"
"Sebab baju tu kan tersangkut kat tiang.Ko xterpikir ke cane baju ko leh ada kat situ?"
"Ha a eh. Nape baju ayu ada kat situ"
"Kan mlm tadi ada org ketuk2 tgkap bilik ko kan. Aku rasa dia curik baju ko melalui celah2 tgkap dapur la. Tgkap dapur kan rosak,cermin xleh tutup rapat"
"Eh,mungkin jugak. Tapi...knapa nak curik baju skolah?"
"Org lelaki kalau gile s** memang camtu. Pagi tadi, aku nampak baju ko tu basah. Ada cecair melekit2. Sebab tu mak xbagi pakai"
Di usia sebegitu,aku masih xpaham apakah sebenarnye yg terjadi. Tapi lepas aku dah besar sikit,baru aku paham. Patutla lepas kejadian tersebut,baju sekolah aku tggal 2 pasang je. Mesti mak aku dah hapuskan baju yg banyak "duit" tu.

Eee...bodonye. Aku xpaham macamana org leh naik nafsu hanya dengan menatap uniform sekolah budak darjah 6 yg bantut dan berdada leper. Lain la kalau body aku mantap cam bebudak skang. Aku rasa otak diorg ni semua kat punggung.

Wednesday, June 30, 2010

mulut longkang

Minggu ni setiap pagi aku g keje sambil dengar suria fm dengan harapan dapat menang RM1k dalam demam facebook suria. Tapi hampa dan hampess sbb xdapat2. Lepas DJ umumkan pemenang untuk pagi tadi -yg pastinya bukan aku- aku terus mandom dan tukar dgr Hot FM plak.

Diorg tgh borak2 pasal bau. Ok gak dengar. Kot2 ada petua camane nak sorokkan bau kentut. Eh, bau bleyh sorok ke? Isk, nape aku nak pikir camtu plak. Aku bukannye salu kentut di khalayak ramai pun. So, itu bukan satu masalah untuk aku. (kataku selaku gadis beretika tinggi)

Tetibe ada satu caller ni namanya Amir. Dia kata awek dia model. Muka mmg cun. Body mmg superb. Tapi...mulut bau cam bangkai babi yg tak dikebumikan...er..itu aku punya andaian je la. Cumanye dia cakap, mulut awek dia tu mmg bau busuk giller dan dia mmg xboleh tahan. Macam2 hint dia bagi supaya awek dia sedar akan masalah tu. Tapi awek dia macam selenga je, dan masalah tu tetap berlarutan hingga akhirnye diorg break.

Yg menimbulkan questionnaire dlm palotak aku skang ialah:

Macam mana si Amir tu bagi hint pada awek dia?

Situasi 1

Amir :   Syg, cube u tgk mak singa tu. (masa ni drg dating dekat zoo)
Si Bau:  Kenapa dengan mak singa tu laling?
Amir:    Dia jilat2 anak dia macam tu, agak2 anak dia xmuntah ke bau air liur mak dia? Singa dah la x pernah gosok gigi.
Si Bau:  Isk, u ni ling. Takkan la nak muntah, itu kan mak dia. 
 Amir:   Kalau i, i memang tak bleh tahan dgn bau air liur busuk. Tak stim langsung bile tercium.
Si Bau:  Ling, u jgn pandang rendah dgn singa.I believe diorg ada cara sendiri untuk pastikan oral hygiene drg sentiasa berada di tahap memuaskan.
 Amir (dalam hati):   Aku rasa nak sumpah ko jadi mak singa skarang. Biar ko insap lepas tgk anak ko mati dijilat ibunya sendiri.

Situasi 2

Amir: Yg, u tgk x iklan ubat gigi safi yg baru tu?
Si Bau: Emmhmm..which one? Nape tibe2 cite pasal iklan ubat gg ni?
Amir: Ala..yg anak suruh bapaknye gosok gigi dulu sblum tido tu.
Si Bau: So, apa yg menariknye?
Amir: Nanti kalau kite ada ank i nak suruh dia buat macam tu jugak kat u la.
Si Bau: Apela u ni. Ada ke suruh i gosok gigi. Xromantik langsung..I ingat u nak suh i gosok u..(sambil tersipu2)
Amir (dalam hati) :Ko gosok sampai melecet pun belum tentu aku selera nak bersenggama dgn ko .


Situasi 3

Mood romantik. Dlm wayang. tengah tonton filem chenta. Amir pandang Bau..Bau pandang Amir..muka makin dekat..Bau pejam mata..Mulut bau makin dekat dgn muka amir..


Amir:   Err...jap2. yang, I nak pegi toilet. Nak muntah jap (sambil tutup idung)


Bau: Eee..u ni. Menyampah la. Mesti pagi ni u xgosok gigi kan. Pastu malu nak cium i sbb risau mulut u busuk.


*Amir terus muntah kat situ*


Ohoho..susah gak kalau bagi hint kat org xreti bahasa ni. Pastu agak2 masa breakup..dia bagi alasan ape eh? "Mgkin dia terus cakap

"Sayang, muka u lawa cam lisa surihani. Body u mengancam macam Angelina Jolie. Tapi...mulut u lebih bangkai dari apek tua punya tahi. I'm sorry. Hubungan kita sampai di sini"

Thursday, June 24, 2010

skandal terlarang

Mgu lepas,aku register line digi. Line percintaan la kononnye dgn si pipo.

Hari Sabtu,pagi2 dah kena g keje dgn perasaan cam nak bunuh diri. Bosannye keje ari sabtu. Sampai2 opis,

Alamak!!henpon aku tertinggal lagi utk kali yg ke seratus dua. Ok xpe. Aku masih boleh idup. Henpon bukan penting macam oksigen yg perlu sentiasa dipam oleh peparu.
Balik tu, rasa sangat esaited dan gedik sbb xsabar nak makan stimbot dgn pipo. Lepas makan, leh layan stim dlm bot. Ahaha. Itu bab sensored. Tak boleh dibincangkan.

Lepas jalan2 sampai pening, melantak sampai kembung, barulah aku ingat nak balik. Sampai2 umah, harusla jenguk henpon  dulu. Ceh, macamla ada org nak kol.

Tgk2 "2 unread msgs, 11 miskol"
Aku bajet mesti si fara tu yg sibuk nak menggencat acara perdatingan aku tadi. Sbb numb baru aku hanya diketahui oleh pipo, fara, akak aku, nor. Dan sorg lagi mamat yg xpatut masuk senarai. Lempeng punya mamat.

bile cek, mamat lempeng punye call ada 2.
fara kol sekali.

dan ada satu numb asing yg telah miskol sebanyak 8kali.
siapakah? ada hal penting ke sampai kol 8kali?

aku pun dial balik numb tu.

tutt..tutt (ceh, xde ke caller ringtone lagu bossanova ke, ratnaku ke, lagu feminin ke)

"hello" suara lelaki.macam serak2 sikit.

"hello, ni sape ni?" tibe2 nada cam makcik garang bile dgr suara lelaki. ceh, patut pun sampai skang aku xkawen2.

"agak2 sape?" Eh dia ni, main2 pulak. Aku xkuasa nak mengagak ko sape. Macam bes sgt je ko nih.
"Tadi ada call numb ni kan? nape?" Angin aku dah mule nak bertiup. Drg ni kengkadang kalau dibagi muke nanti menjadi2.

"Takde2. Mana ade" mamat tu bersuara gugup dan terus letak phone.
Amboi2. Ko dah call aku bebanyak kali, tibe2 kata xde call plak. Geramnye. Rasa nak g cop muke dia dgn tapak lemari baju aku. Selamat aku xkenal sape.

Aku call pipo. Mengadu. Aku bukan ape, bengang sbb mamat tu xmengaku. Kalau xnak mengaku, nape jawab bile aku kol. Huh. Tah2 kawan mamat lempeng. Si lempeng tu kadang2 melampau. Naik menyampah aku.

Aku yg tengah geram, terus call fara "Ko ada bagi numb digi aku kat sape lagi ni beb?"
"Mana ada aku bagi sape2. Ko ni kenapa?"
"Hu. Aku tgh geram ni. Ada satu makhluk ni dok call aku bebanyak kali. Aku ingat ada hal penting, aku call la balik. Tibe2 dia xngaku plak dia call aku. Tahape2. Aku ingat ko ade bagi numb aku kat sape2 atas sebab teknikal macam dgn mamat lempeng ritu"

 Pas dah mengumpat dalam 5minit, aku pun letak phone. Ah, lantakla ko sape. Malas nak pk. Tak penting. Baik aku pikir care nak cuci sependa dgn lebih mudah dan cepat lagi bagus.

Mlm tu, aku baru nak terlelap. Pipo call.

 " U tau x sape yg call u tadi?"

 "Tak tau. Lantakla. Xpenting"

"Tapi i tau sape org tu"

Mata aku tetibe segar. "Ha? U tau? Camane u bleh tau? Sape dia?"

"Bapak i"

"What?! Bapak u? Nape bapak u call i banyak kali pastu xmengaku? Adakah ini salah satu ujian saringan pemilihan menantu?"

"I nak bagi numb baru i kat dia sblum kite kua tadi. Tapi i terbagi numb u.Tadi bile balik, bapak i  kata i tersalah bagi numb. I konfiden je cakap xsalah. Pastu mak i kata numb yg i bagi tu numb pempuan, sbb pempuan tu kol balik tadi. Hehe" dia ingat dia gelak camtu kiut sangat la. Aku rasa cam nak hempuk dia dgn toto hapak yang dah terkena kencing lubaid sebanyak 2x.

Sekarang, aku terus teringat iklan budi bahasa budaya kita, yg budak lelaki langgar org tua tu.  Cis. Ini bukan salah aku.

Wednesday, June 16, 2010

pakwe ym (kepala B****)

Entry ini tidak mengandungi unsur2 keji. Kerana kepala b**** adalah tempat aku blaja time matrix dulu. Akak aku kata, kepala batas ni mcm tempat jin bertendang. Eleh, kutuk. Abes, tempat lahir ko Btg Berjuntai tu ape? Tempat jin bergoyang??!!

Kat matrix,aku SANGAT MALAS pegi kelas. Taktaula nape. Mungkin jugak betul ckap akak aku. Situ tempat jin. Pastu ada jin bapok yg pemalas telah menghasut aku supaya x g kelas (ok x ayat bela diri aku)
Tapi kalau pegi cybercafe xmalas pulak.ulp.

Masa kat sini, aku salu berchatting dgn sorg mamat dlm chanel SBP. Cewah,konon macam bes la nak carik mamat2 ex-boarding skul. (dah sah2 mamat2 SBP skema...nape aku perlu jebakkan diri?huh) Aku xbape ingat sangat zaman ni. Cume yg aku ingat, mamat tu matrix kat Pahang. ALieda pun chatting dgn budak kolej pahang tu jugak.Erk..laki ko mesti tau pasal kisah purba ni kan lid?

Pastu je, chatting punya chatting, aku g tanya tggi dgn berat dia. Pastu je, kalau xsilap aku tggi dia 155 je. berat dia 68kg. What?? Mengapakah?! Sejak tu, aku langsung xlayan mamat tu. Teruk kan aku.

Tapi itu xbape truk.

Masa kat matrix jugak, membe aku, Ateh, ada pakwe yg sma kolej dgn kitorg. Namanye Kid. (drg ni asek becinta je. Tgk aku, sies dan fokus time stadi) Satu hari, tah camane aku terrrchat dgn abg angkat si KId. Bile aku cakap aku knal Kid, dia macam esaited la. Pastu beriya nak jumpa aku.

Akhirnya, pada hari yg dijanjikan, aku pun g la Bkt Mertajam ke Bkt Jambul tah. Aku pun xingat. Aku g dgn Ateh. Kami janji nak jumpa depan kedai stationery kalau xsilap. Bile aku dah dekat2 dgn kedai tu, phone bebunyik

"Hello, Siti ka? dah ada kat mana ni?"

"Dekat kedai stationery dkat dgn escalator"

"Saya pun dah ada kat sini ni"

'Mana? xnampak pun?' sambil kepala terjengah2 carik org.

' Saya dah nampak dah Siti' aku dapat dgr suara dia sedang bercakap sambil tersenyum. Amboi,konon bes sangat la tu, dia nampak aku tapi aku xnampak dia.

'Yg mana ea?' aku mula saspen sbb tibe2 ternampak sesuatu yg mengerikan sdg bercakap di telepon. Ateh pulak cuit2 aku. Erk..


'' La...xkan xnampak. Saya yg tgh cakap kat phone ni. Besaq2 pakai baju merah. Dok blakang tiang"

Bala dah datang dah. Spesis shrek mmg sntiasa menghantui aku.

Aku terus pusing arah ke lain sambil truskan perbualan "awak yg mana ni? saya xnampak pun.ish..pegi menyorok blakang tiang watpe"

"Saya yg blakang tiang depan awak tadi la..xkan xnampak kot?"

Ceh.memang aku nampak. Ko ingat aku buta sangat ke?Dahla pakai baju merah. Ko duduk blakang gajah pun aku boleh nampak lagi tau x. Tapi..xkanla aku nak berterus terang. Dalam pale otak aku masa tu pikir cane nak selamatkan diri je.

'betul la. xnampak pun. ish...xdengar la suara awak. Hello..hello?Hello..ish..hilangla suara. Mana ni. hello?' tut..tut...line putus

Jalan laju gile dan carik tempat selamat untuk bersembunyi. Ateh kat seblah aku dah gelak cam nampak itik berwajah Pian Cecupak. Sampai kat satu port,baru aku leh bernafas.

Ateh: pesal ko kejam sangat?

aku: bestu?ko nak suh aku watpe?jalan dgn dia?

Ateh: yela.gi je la jumpa. Tapi aku mmg akan jalan jauh dari korangla.Takut xcukup space.haha

aku: Ceh. Pastu akalu ada budak kolej nampak nanti cane? Dahla aku salu kutuk org..kang org kutuk aku plak.

Ateh: Masalahnye..ada ke budak kolej yg kenal ko? Bukan ke ko datang kelas 3kali je dalam sebulan?

Cessss...xguna punya Ateh. Sempat lagi smash aku.
Sampai kat kolej, ada msg masuk "terima kasih atas layanan awak.saya sedar siapa saya"

Mlm tu aku buat solat taubat.

Saturday, June 12, 2010

jakel yg jengkel

smlm aku pose. farra ajak bebuka kat luar.aku on jer..so, kami decide g ke Sek 7 shah alam. Sbb kat sana kan banyak tempat makan. Dekat plak dgn Uitm. Mesti ramai mamat2 uitm yg lepak sana. Sambil jamu selera, leh gak jamu mata (Apa hal aku nak usha mamat2 student yg hingusan, cetek akal dan nafsu tu?ulp) Sungguh x bercitarasa. Fara la yg influence aku supaya mengusha anak2 ikan.huh. xguna.

Kami makan kat cafe Abu. Nama Abu, tapi tempat bleh tahan gak cantiknye. Rasa makanan pun bleh tahan. Restoran ni kat ujung2, agak terpencil jugak la. So, privacy yg sangat bagus untuk org2 yg berdating. Sambil makan, leh gesel2 jarikaki (Ship.disgusting tactic) Aku dgn pipo mmg takkan buat prangai tak snonoh camtu. Sbb utama: aku takut dgn kukukaki bliau yg macam wolverine.

Balik, nampak Jakel. Tibe2 tanpa disedari, kami dah ada dam bangunan Jakel. Pelik btul. Masuk2 je, salesgirl kat situ dah sapa kitorg. Pastu promote kain2. Aku mcm biasa la. Xbrape suke kalau org menyibuk time aku nak tgk2. Lagipun, jangankan nak li baju raya, nak li sependa raya pun aku xda bajet bulan ni. Ni sume insuran keta punya pasal. Ces.

Lepas blagak cam kaya sbb asik tgk kain mahal dan xendahkan promoter masa dia cite pasal kain murah, kitorg naik tgkat atas lak. Kat ats ni, banyak kain kosong. Fara li kain 2 meter utk wat baju. Pastu, harusla nak carik kain corak2 untuk kain dia plak. Yg aku hangin, salesgirl tu asik je ikut bontot kitorg. Pastu mulut xhenti2 cite pasal kain tu, kain ni. Pantang aku pegang satu kain je, dia terus kuakan kain tu, pastu cakap "Cantik ni" "Sesuai dgn akak" "Kain ni sdap pakai" Huh. Korg mmgla cakap camtu masa nak menjual. Sume yg aku pgang ko kata sedap pakai. Kalau aku pgang kain kapan agak2 ko nak cakap ke "ni sesuai dgn akak" Memang aku hempuk pale ko dgn kodi kain tuh.

Aku mmg agak cerewet kalau bab membeli. Sape2 yg baik dgn aku akan tau hal tu. Penah skali tu masa nak li baju raya kat Jalan TAR, membe aku dah bekenan dgn satu baju ni. Pastu harga kat situ RM50. Okla tu, promosi lagi 2 hari nak raya. Pastu, membe aku try2, tukang jual tu pun puji macam2 -sepeti biasa-, sampaila ke bab membayar. Dia packing elok2, masuk dam plastik.Tibe2 dia kata, RM70. Aku plik.Eh, bukan 50ke? Dia kata baju tu tersalah letak kat tempat yg RM50. Aku mintak kurg, dia xbagi. Membe aku pun dah kua kn purse nak bayar. AKu trus cakap "xpela. xjadi" Dan ajak dia blah. Mamat tu panggil2, aku buat dek. Ko dah buat salah, ko nak suh kitorg bayar harga kesalahan ko? No way.  Depan sikit, jumpa baju yg sebijik camtu, harga RM50. Memang mamat tadi tu hampagas. Selamat xjadi bli kat dia.

Pnah jugak masa kat u dulu, aku kua dgn rehan and sorg lagi kawan. Aku ngan rehan memang sekepala. Kalau nak bli barang, pusing 5-6kali pun xpe. Mungkin sbb tu dulu aku kurus kot. hu (tibe2 sebak teringat zaman kurus yg tah bile dapat kukecap lagi) Akhirnye, kawan aku yg lagi sorg tu sanggup balik dulu. Sorg2 naik bas dr kl ke serdang. Sbb da tak larat dgn marathon kami.

Berbalik pasal Minah Jakel tadi. Masa aku carik kain corak2 untuk buat kain si Fara ni, minah tu siiiiiiiiiiibuk suggest kain itu, kain ini. Yg aku rasa cam nak tempeleng, aku dah cakap nak kain corak. Dia asik pi suggestkan kain plain yg same kaler dgn kain baju tu. APA GUNA AKU CARIK KAIN LAIN KALAU AKU NAK KAIN YG SAME SEBIJIK CAM KAIN BAJU TUH?BAik aku pi bli kain tadi 4meter trus. EE, masa ni aku dah stat nak geram. "Xpelah dik, bia kitorg tgk2 dulu. Bagi kitorg buat pilihan"

Dia boleh plak jawab "Xpe kak,ni dah memang tggungjawab kami. Saya kena bagi cadangan kat akak" Tapi masa jawab tu muke kelat cam ciku mengkal. CIs, yg korg ni btanggungjawab sangat sampai aku rasa nak sumpah ko jadi kain klambu nape? Bagi tau je la trus trg "Saya kena sentiasa ikut akak kak, sbb kitorg berebut komisen ni" kan senang.
Macam la aku xpnah keje kedai kain dulu. Kedai langsir kat TEWAH tu dah cukup untuk aku menimba pengalaman. cewah. Tapi dulu aku xkuasa nak berebut komisen dgn kak2 janda kat situ. Lagipun staff TEWAH xla seramai Jakel ni. Memang sume kene berebut je aku tgk. AKu pun apa lagi, pusing satu floor tu dan tunjuk sume kain. Kire balas dendam sbb xpuas ati dgn adik tu. Ko nak tunaikan tanggungjawab sangat, kan. HAmbek ko.

8.45 JAkel pun dah tutup. Kami kena kua ikut pintu kecik. Keputusannya: kitorg xjadi langsung bli kain tu. Aku bagi tisu Premier utk adik tu lap air mata. Maafkan kami.

minah rempit yg kecundang

Bersiaran dari opis. Dipagi hari sabtu. Damn. Kene keje hari sabtu lak kat tempat baru nih (Erk...stahun bape kali tuka keje da minah ni) Tapi aku soang je kat sini. kalau nak downlod ceramah agama berbaur politik pun ok je.(cewah, mulia kan aku.nak downlod benda camtu)

Pagi tadi, terbangun pukul 7.30 (aku rasa akak aku akan flush kpala aku dam toilet kalau dia tau aku smayang subuh kul 7.40.huhu) Pastu pikir..ala, rini sabtu. Lek la,bukan jem pun. So, pas siap2 (dgn memakai tudung dan baju yg xyah gosok) panaskan enjin, lepak2 sarapan dulu.

Pastu semangat je nak pegi keje dgn rotek yg baru direnew . Jalan nak g opis aku tu JPJ salu wat rodblok. Sbb tu smlm aku cuak siket. Tapi hari ni kalau JPJ ada lapanblas pun aku xglabah dah. Tgh2 jalan, aku tgk kat passenger seat. Eh, mana beg aku. Takpe2 aku sepuk kat seat blakang kot. ..

Bagi signal, bentikan keta kat tepi (aku berhemah okk). Tgk blakang. Takde gak. Korek2 bawah seat, pun xmuncul gak beg aku. Tak mungkin aku buh dam bonet. Cilakus, mesti tetinggal kat umah. Henpon dgn purse ada dalam tu. Bagus Aisah.

Sepanjang jalan, aku cume berdoa hari ni adalah JPJ punya Family Day.Amin.

Thursday, June 10, 2010

pakwe YM - part 1

YM= Yang Mulia
Yang Manis
Yang Montok
Yang Mentel (jawa aku ah kua daaa)
Yang Mangkuk


Baik aku rentikan merapu sebelum kena lempang dgn loyang. Ni nak cite pasal YM. Yang dah menghantui hidup kite sejak zaman2 remaja dulu (bile cakap camni terasa aku cam sebaya sanisah huri) Aku stat ber YM masa form 3 ke form 4 tah. sbb aku kan buta IT. Harusla lembab siket dari org len yg dah menggatal dlm YM sejak dari awal. Eh, tapi masa tu YM xglemer sangat. Yg paling hot, top dan menggiurkan ialah mIRC.

Kalau pegi cybercafe, pantang nampak icon mIRC mula la miang (korg la. aku chat kdg2 je, sambil2 carik bahan utk esaimen) Masa form 4, aku chatting guna nama "HAzreena" . Gedik x. Konon bes sangat la nama tu. Tp skang ni aku rasa nama Aisah paling bes dam dunia. Pastu ada mamat ni yg macam bes. Masa tu henpon xda ag. So, kami bertukar2 numb phone umah (apa la bangang sangat 1st time chat dah bagi numb umah.hu.budak2 la katakan)

Nama mamat ni aku ingat sampai skang. Hazlan Baba. Aku pun xpaham nape dia buh nama penuh. nak kata nama tu bes sangat xde pun. Ke...dia adalah dari keturunan babanyonya yg berbangga dgn darah tsb?ok,kita abaikan ttg tu. Masa sembang kat phone, suara dia bes gak a (kira ok la untuk penilaian budak umo 16thn yg bercitarasa rendah) Pastu je, dia mintak gambo aku. eh, aku ppuan, mana bleh bg dulu. Mestila lelaki yg kena mulakan.

Seminggu pastu, surat sampai kat asrama. Asrama kitorg yg besnye masa tu surat x ditapis ag. Bukak2, jatuh sekeping gamba passport. Aku angkat gamba tu. tgk. *pengsan*


Mamat tu punya muka betul2 penuh saiz passport. Dan lagi, dia berjanggut. tapi..janggut tu tumbuh kat dagunye yg ke2 (secara tak langsung menyatakan dagu beliau berlapis dgn jayanya) Rambut belah tepi. Dan, kenapa perlu hanta gamba passport??!! aku btul2 xpaham. Kalau ko ensem, ok la. Tapi kalau rase diri tu biasa2 aje, bagi la gamba yg kabur2. atau paling tidak pun, gamba ramai2 pastu ko menyorok kat blakang. Nampak kepala siket je.

membe aku sume gelakkan aku. Sampai skang aku tobat dgn lelaki yg konon bersuara sedap.

mggu depannya, dua org lagi membe yg ketawakan aku dapat surat. kali ni, xde sape lagi yg brani ketawa. ketiga2 jantan yg kami knal gemok. dan ketiga2nye bagi gamba passport. slamat bukan org yg sama. tah2 drg ni adik bradik. Aku syak drg dari dari agensi cari jodoh lelaki2 gemok. (aku xnak cakap lagi sbb aku skang pun dah join kelab wanita debab)

Wednesday, June 9, 2010

aktiviti normala

smlm aku tgk movie yg tajuknye Paranormal Activity. Dvd pirate li kat penang ritu. Satu 4 hengget je. Beli lima percuma satu. Belengas gak la ketiak aku nak milihnye ritu. Tapi oleh kerana harga yg aku nampak cam membahagiakan,aku beli gak la.

Memula aku ingat paranormal activity ni kisah betul. Shoot cam real je. Aku dgn Nor (hausmet) siap dok dekat2 berlaga lemak berkongsi nafas lagi. Bile dah dekat camtu, taik gigi pun leh nampak dgn jelas.Huh, meroyan mana yg ajar g check taik gigi lak time tgk movie.. Tapi masa ending tu aku dah agak dah cite ni skadar lakonan. Apa kejadahnye hantu nak jilat2 org? Pastu senyum2. Gila seks ke pe hantu ni.

Ceh,tertipu gak kami.

Ada lagi satu dvd aku li tajuknye wrong turn 3. Wrong turn yang 1st aku tgk. yg second tak tgk, ni yg third. Masa tgk tu,aku dgn fara n emy. Kami sdg bersemangat dan bersedia utk aksi seram. Bukak2 je, 2minit, tetibe dah nampak gunung fuji berbangsa eropah (gunung pun ada konflik perkauman ke?)Kami terkesima. Erk, ni cerita menyeramkan ke, menyetimkan? (untuk makluman, wanita normal xkan berminat dgn aksi sebegini. Apa barang tgk benda sendiri)

Tapi. Aksi jelek tu xlama (cewah, jelek.aku kan baik.haha)
Masa ppuan tu baru bermukadimah untuk bermaksiat, tetiba org jahat tu panah tepat kat jantung dan tembus ke gunung fuji sebelah barat. (hebat gila anak panah dia bleh menembusi struktur geografi bumi) Hah, ambek ko. Nak sangat buat jahat kan. Belum ape2 dah dapat balasan. Memang btul2 wrong turn.

Buat pojek dalam semak, kalau xkena panah pun, benda berharga tu akan dijangkiti spora. Nak ngeri lagi, ada menatang masuk kat pusat kawalan. Huh, masa tu baru menggelupur. Takut beranak lipan. Kalau dah gatal sngt, kawen dulu. Baru leh bersenggama kat tempat 5star. Aku xpe. Blum gatal sangat. Baru suam2 kuku je. Masih bleh bertahan sampai tahun depan. tamat.

Monday, June 7, 2010

cakoi punye fatty

bengangnye.

Rutin 1-5jun 2010

breakfast: 1 slice bread with butter or jam + hot cocoa/ 2ketul kuih dgn susu
lunch: nasi setengah senduk dgn telur goreng/ mee goreng satu senduk
dinner: erk..yg ni agak susah untuk dilimitkan. char kuey teow/nasi grg kampung/maggie kari

sblum tidur; sapu losyen pemecah lemak di sekitar kawasan kejadian


hasil pada 6 jun


seluar jean saiz 27 masih xdapat menembusi pepejal lemak
zip sua putih dah rosak, dgn butang yg tercabut
angka pada penimbang; 50kg


oh,bagusnye. dah bertambah 2kg dari sblumnye. Tahniah aisah!!! anda berjaya menghasilkan lemak yg tdk mudah diperdayakan!!


SHIP. CUSTARD FAT. (terpaksa diubahsuai kerana perkataan carutan tidak dibenarkan di sini)

Saturday, June 5, 2010

tak ingin ku ulangi

macam tajuk lagu ciptaan eddie hamid kan. Tetibe aku rasa nak bertukar jadi safura. haha

keyh2. serius. kembali kite pada topik utama. Aku nak sambung pasal lesen dari entri sebelum ni.

Masa dah sampai kat tempat test, aku semakin kecut. Mgkinkah ini perasaan bebudak yg ingin dikerat kutess pada zaman khatan guna pisau di atas batang pisang dulu?

Mule2 kna wat ujian litar. Berani diorg buh nama aku kat numb 2? Aku taknak g. Aku cakap kat jpj tu leh x aku nak lambat siket. Berkat kecomelan aku, JPJ tu ok je. Bile org dah makin sikit, baru aku ada courage nak g. Start keta je tangan dah menggigil. Tahape2. First dah kena buat bukit. Dengan penuh gaya kesemutan, aku naik bukit tu. FUH!!LEPAS!!! Aku punye lega..rasa cam nak kentut dgn pnuh rasa puas ati. Sbb masa blajar ada la 2kali je kot, aku lepas. Parking n 3 penjuru pun lepas. Wah2, macam xpecaya. Masa pegawai JPJ tu suh sign kat list mende tah, tangan aku masih mggigil agi.Gigil teruk gile sampai org JPJ tu suh tgn kiri aku pgang tgn kanan. Supaya xgigil sangat dan boleh sign. Huh, masa tu aku rasa macam nak join kumpulan giegil. Tak pun, join persatuan pengidap parkinson sedunia.

Lepas sign tu, aku nampak cikgu yg bagi aku amaran keras dulu. Aku sengaja jalan berlagak dgn angkuh depan dia. Haha, mesti dia kagum dgn kesuperban skill aku.

Dah abes litar, kena buat on d road plak. Hu..bile la siksaan ni nak berakhir? Masa tgh tggu turn, ttibe aku dgr suara pegawai JPJ terjerit2 marah sorg budak cina. Tah pasai apa aku pun xpasti. Dan tanak amek tau. Masa tu sifat kepoh aku trus tenggelam dek rasa takut.


Sampai turn aku, aku pun masuk keta dgn penuh rasa keterkucilan. Masuk2 je..aku rasa cam nak menyamar jadi lipas dan lari kua. Dunia aku dah berakhir. Pegawai JPJ yg marah budak cina tadi dah dok sblah aku. Mengapakah org2 beriman slalu diuji begini?

Dgn mulut yg berbuih kerana tlalu byk bca bismillah dgn laju, aku jalan la jugak. Jeling2 org JPJ tu. Huh, muka cam tenggiling yg kecewa sbb dieksport secara seludup ke negara jiran je.Takde kemesraan langsung. Aku drive mmg slow gile..cam siput babi yg ada ketumbuhan kat kaki (aku xtau apa nama anggota yg buat siput babi berjalan tu, so aku panggil kaki je la) Sampai kat simpang berbukit sikit, tahap gementar aku mencanak2. Alamak, enjin mati pulak.

"Hah, start la balik" tenggiling tua tu bersuara. Makin terkejut aku sampai kereta terundur sikit. Huhu. Selamat x langgar keta blakang. Mampus. Tenggiling ni mesti failkan aku.

"Nanti dah dapat lesen, ko bli keta auto je la. Naik dgn ko ni, sempat baca surah yasin 5x baru sampai" Ceh, slamat dia bagi aku lulus. Tima kasih abg tggiling. Walaupun garang, timbangrasa abang mmg secukup rasa.(kenapa tadi pakcik tetibe skg bertukar abg??hu)

bahagian perlesenan

Ekceli last week aku dgr radio pasal yuran lesen memandu mgkin akan dinaikkan "demi meningkatkan kualiti pmbelajaran" kononnye la.cesss

Dan2 aku trus teringat masa aku nak amek lesen dulu. Nama cikgu aku pakcik Sukri. Sebelum amek lesen, aku mmg xpenah bawak kereta LANGSUNG. sebenarnye aku pnah becite2 utk langsung xnak amek lesen. Sebab kepenakutan aku memang berada di kelas paling tggi.

Tapi oleh kerana desakan idup, cewah, tepaksa gak aku amek lesen. Cikgu aku memang kesian. Asik je beristighfar time mengajar aku. Selamat dia xmencarut. Kalau dia carutkan aku, aku ciritkan dia. Biar dia sedar kesan cirit tu lebih nyata dan hamis dari carutan yg sekadar ungkapan keji di pinggir bibir.

Pastu aku blajar dlam 10jam kot, tetibe bulan puasa. Aku pun stop. sebab aku xnak pahala puasa pakcik tu kurg akibat mencerca kelembapan skill memandu aku. Lepas raya, aku sempat blajar 2 jam. Pastu je dah kena amek test. Memula ingat nak postpone, tapi akak aku kata xpayah. Ces, makcik tu selamba je suh aku g test. Ingat test ni leh men2 ke? Klau testis lain la. Mungkin bleh dimasukkan dalam acara permainan sukan rakyat.

Dahla masa test dgn cikgu dari institut memandu tu aku xlulus. sebab keta aku tersengguk2 kat traffic light macam bangau terlebih viagra. Pastu stp kali berhenti kat simpang, enjin mesti mati. Tapi aku telah membuat muke ksian hgga bliau terpaksa meluluskan aku dgn amaran keras.ceh, blagak btoi. Mentang2 aku bengap.


Sehari sebelum test, semua student pakcik sukri g berlatih kecuali aku. Macam hebat,kan? tapi masa tu aku xleh g sbb cover keje akak aku. Kebetulan dia misscarriage. Waahwah..bertambah cemas kotak hati aku masa tu. Blum ape2, aku dah terbayang duit yg terpaksa aku blanja kan utk amek test lagi skali. hu

Pagi tu, aku langsung xsarapan. Sembahyang hajat jangan cakapla, mengalahkan masa nak amek SPM dulu. Pakcik sukri dtg pukul 8. Aku tgk dalam kereta tu ada 3 lagi ppuan. Muke sume konfiden dan berjatidiri. "Sah, dlm ramai2 ni mesti aku sorg yg salu reverse balik masa nek bukit sampai cikgu aku risau gearbox rosak"kataku dgn pnuh rasa rendah diri.

"Nama sape?" akak berbaju hijau dan berkasut hitam berkilat tegur aku.
"Siti" aku jawb sambil tunduk malu merenung kasut kungfu itam yg kusam. Sempat aku rembat dari akak aku smalam. Harap2 org xperasan hujung kasut tu berbonjol2 sbb aku sumbat tisu dlm kasut tu sebelum kupakai (Ceh, pesal kaki makcik tu besar sangat?)
"First time ke nak g test?" eh akak ni. Muka aku ni nampak cam muke repeat ke? Huh. Rilek aisah, jangan emosi. Aku pujuk diri sendiri.
"Ha a. Tak taula apa nasib ni" aku cube berbasa basi.
"Oh...akak dah kali yg ke 4"
Lorr... lagi baghdad dari aku rupenye. Sory akak baghdad, I tersalah sangka kat u.hu

Sunday, May 30, 2010

bukan untuk meminang

Petang tadi aku sangat bekobar2 nak tulis pasal percutian kali ni. Tapi bile malam dah tibe, selepas aku menguruskan kain baju yg -berkilo2 sampai boleh merosakkan washiung machine- aku rase sangat letih dan mengantuk. Mata stim (diulangi..mata sahaja) dan kepala sudah weng. Tapi..aku gagahkan jugak la menaip ayat2 yg ;pastinye xakan sekereatif selalu.huhu

khamis ritu subuh2 aku da bangun dgn pnuh smngt kebangkitan malaya. Nak g jenjalan menggoncang lemak kat penang. Lama gak dah aku x g sana (sgguh kuno dan berkulapok aku ni kan) Dulu masa dok penang bukan bejalan sangat pun. Cuma sempat la gi pesta penang dengan pak gad ganyut yg menggelarkan diri sbagai abah. Camane aku leh terjebak dgn si tua yg menganiaya gadis remaja tu hah??!! (tapi aku xpasti sape yg sebenarnye tepedaya sbb aku n d gang dah kikis abes duit dia malam tuh.haha)

dalam sejam berjalan,sign minyak dah berkelip2. Alamak,gua lupa isi minyak dulu. Tapah 23km lagi. Itu jelapun yg ada stesen minyak. Aku yg berotak besar sikit dari udang ni plak tak pasti reserve tank leh pegi jauh mana. Tawakal jela. Sempat gak aku baca fatihah 2-3 kali. last skali aku terbaca bacaan masa i'tidal. Gelabah puyuh punye pasal.



Gambar ni mcm leh didapati di mana2 kan. Tapi aku xkire. Inilah gambar yg diambil di saat kecemasan menjerut  aku.Oh, ada satu lagi gamba penting nak tnjuk.



Rare x numb ni? haha. aku tatau huruf kat depan tu purposely tlah dibuang atas sbb2 keuzuran atau kereta ini memang sebijik makhluk gersang yg meminati aktiviti terkutuk.

Oleh kerana aku mengembara bersama org2 beriman, kitorg akhirnye bejaya sampai penang dam pukul 11lebih. Lepak minum jap, 12lebih kami cek in kat kompleks peranginan bank negara tajaan cik farra.

Petang tu, lepas dua makhluk lemak tu beribernasi, kitorg kua makan kat padang kota. Sekali duduk je, terus kena serbu dgn macha2 kat situ. Berebut2 nak amek order. Tibe2 aku rasa seperti seekor serangga yg dikelilingi gagak2 itam yg sedang mencari mangsa (eh,gagak makan serangga ke? sekali lagi aku berjaya memaparkan kebengapan sendiri) Macam ni punye ganas, kalau aku datang sorg mesti trus menyamar bisu. Xberani nak order.
Kat padang kota, sudah pasti la tenggorok kami mendambakan pasembor.. Aku dgn pipo pun pilih2. Maka terhasillah pasembor rm63..




cekik darah punye mamak. Ntah ape yg ko sembor sampai rm63hengget..Minyak lintah pun xmahal camni.huh

mlm tu g pasamlam. Jalan2, belek2, cuit2. Tapi akhirnye bli dvd je. Adess.

Esoknye pepagi lagi aku dah kena tipu dgn pakcik yg keje kat hard rock cafe. Aku tanya katne nak cari breakfast. Dia direct aku pgi satu tempat ni. Ada nasi lemak sedap. Sehari jual berpuluh2 bakul katanya. Pusing punye pusing satu tmpat nasik lemak pun xde. MAnusia berlemak tu banyak la. Mentang2 keje kat hardrock, ko ingat dah hardcore abesla? Ceh, skati je nak tipu kami.

Tghari tu ingat nak g bukit bendera. Boleh pulak dia tutup. Ciss, baru ingat nak memaducinta di atas kabelcar sambil mendesah manja. Ayamas sungguh. Akhirnye kami decide g ke muzium kartun. Enjoyla gak kat sini, leh tgk2 patung sambil buat lawak2 yg aku sendiri xpaham celah mana lawaknye. Tapi katun kat sini agak tidak sensitif terhadap isu aurat.



Jangan kata korg xnampak apa yg aku nampak. sungguh mentimun superman ini.

sesungguhnye, aku da xlarat nak taip lagi..mata aku dah berada di tahap kerang mati terkejut. terbuka pada bukaan yg minimum. esok kite sambung.ciaow

Tuesday, May 25, 2010

jalan elm

Last week aku g tgk nightmare on elm street.Ok la gak time2 rase nak layan cite tekejut2. Dalam cite tu, pmbunuh tu idup dam mimpi. Nama pun crite,mestila banyak yang xlogika kan.

Yg sadisnye si freddy tu rupenye adalah pencabul kanak2. Kejam betul. Aku selaku wanita yg penyayang dan penuh rasa cinta terhadap kanak-kanak ni mengutuk penuh perbuatan sepeti itu. Crite ini jugak telah mengingatkan aku pada satu kejadian masa aku berumur 12 thn.

Dulu2, kedai buku yg paling popular di kawasan permukiman aku ialah Marwilis. Kalau bli buku kat Marwilis rasa cam bangga gile walaupun yg dibeli tu hanya buku tiga lima yg sama brand dgn yg dijual kat kdai runcit berabuk. Ada satu hari tu, masa tu cuti sekolah. Aku dgn dua org kawan aku naik bas g kuala selangor. Nak p kedai buku Marwilis tu lah. Aku pun xingat dah nak bli buku ape.

Untuk sampai ke kedai ni, kitorg tpaksa lalu satu lorong yg sunyi. Tapi lorong tu dekat dgn jalan besar. Nampak keta lalu lalang kat seblah. So,xla takut sangat. Tbe2, ada satu pakcik naik basikal tua. Pakcik tu kayuh basikal lambat sangat sambil tgk2 kitorg.

Masa tu pale otak aku suci lagi. SO aku beranggapan pakcik tu dah xlarat agaknye nak kayuh basikal. Tibe2, pakcik tu berenti kire2 100m kat depan kitorg. Dia turun dari basikal. Aku cuak dah time tu. Tibe2 si ganyut tu bukak zip sluar dan goyangkan barang purba bersawang kat kitorg. CEHH!! ini la namanya tua ganyut.tua kutuk xsedar diri.

Aku dgn dua org membe aku bile nampak je adegan yg haram tuh, terus pecut. Dahla tiga2 pakai bajukurung time tu. Adeh2, hantukubur pun lagi mulia dari pakcik tuh. Mentang2 kitorg budak2, leh la bliau aniaya seddemikian rupa. Kalau sekarang ni aku terserempak lagi org buat cgitu time aku kua dgn membe2 memang nak kena gelak la. Dahla benda tu huduh, lagi nak tayang. Sungguh menjelekkan perangai golongan ini.

Pesanan kepada pakcik yg aku xsempat btau time tu : Gillete boleh dibeli dgn harga serendah RM1.80 bagi model biasa

Friday, May 21, 2010

pesta syaitan

Jujurnye,mata aku sangat mengantuk ketika ini. Mungkinkah kerana ikan talapia dan sayur nenas tadi telah tercerna mnjadi lemak?err...boleh ke benda2 gitu jadi lemak(apasal aku bengap sangat bab sains ni ha?)
Dan aku percaya, ketika ini setan2 sdang berkenduri kat klopak mata aku. Tapi kenduri ni xlah semeriah temasya setan ketika waktu solat subuh.

kalau masa nak smayang subuh...mata rasa berat cam gajah bunting duduk atas tu.Susah tol nak bukak. Setan punye setan!! Sebab ko la aku xleh nak khusyuk. lepas smayang je tumbang. tido atas sejadah.hehe.

Lagi satu time mengaji lepas solat mghrib. Aku salu sangat ngantuk...yg peliknye, habes je ngaji mata terus segar mcm kena simbah dgn air pudina. Pesal hah?! Sah2 la ini sume setan punye keje kan?(aku yg terus-terusan menyalahkan setan tanpa menyedari tahap disiplin diri yg berada di bawah paras laut)

Ni aku mengantuk sbb terlebih makan masa lunch td la ni.hu.Tadi masa lunch, aku makan kat kdai blakang ni. Sekumpulan gadis ala2 makcik dok seblah kitorg. Rancak gile beborak. Upenye cite pasal facial. Beribu abes g buat facial "XPela kite bayar mahal siket...yg penting hasilnye puas hati, kan" Bile korg dgr camni, ada x rase teringin nak tgk muka yg empunye suara? Mestilah ada kan. Tak taula plak klau korg jenis lengai dan xhiraukan gosip masyarakat setempat.hihi.

Aku mmg teringin sangat nak tgk, tapi kalau aku trus toleh, obvious sangat la pulak kan. So masa jalan nak g basuh tangan, sempatla aku menatap wajah yg dah difacialkan hingga beribu ringgit tu.
EErrr...bukan xcantik (pempuan skang mmg cantik2,kan) tapi..apesal muke dia MERAH gile? mcm apam beras kaler pink yg jual kat pasa malam tu jerk. Tp apam beras tu gebu siket la. (kejamnye aku)

Huhu..muke aku pun skang dah xlicin licau. berjeragat dan berjerawat. hu, hinanya rase bila taip ayat tadi tu. Tapi..aku xsanggup la nak g facial abes beribu. Sbb aku mmg xbeduet la nak abes ke situ aje..stakat beli bodak rojam lima hengget je la yg mampu.sian kan?

Korg pnah x dgr ptua,kalau nak muka licin, lap dengan sependa yg blum dibasuh..what the...?!! Memang aku xkan buat. Xsanggup nak wajah berbekas sependa. Silap2 tersangkut kat gg panjang aku, koyak lak. Dah membazir nak kna bli spenda baru.

Ohh..nampaknye mengantuk dah berkurangan.mgkin sbb berbicara pasal spenda.haha.bubbye smua.

HATIKU DILANGGAR LORI -part 1

Sejak akhir2 ini, saya rasa minyak senyonyong bomoh siam yg diupah oleh bliau semakin menunjukkan kereaktifannya. Saya menjadi semakin langau dan sering saspisyes terhadap bliau yg jujur.
Oh,saya bukan remaja lagi untuk rase seperti ini. *senyum malu sendiri sambil korek2 hujung kuku kaki* .
Jejaka idaman saya tidak perlu terlalu kacak.(saya sangat tidak minat lelaki yg ada iras kacukan.saya sukakan melayu asli) Tidak perlu kemas bergaya. Tidak perlu sibuk nak beli baju branded padahal duit dam poket senipis kulit bawang.Tidak perlu berkure2 baik di depan saya. Saya akan mudah tertarik apabila si jejaka itu:

  • Matang pada fikiran tetapi tidak skema dalam perbuatan. Mamat2 skema yg menyertai perkumpulan pengawas sekolah adalah populasi yg paling mematikan ghairah. Lelaki yg matang akan tau ape priority dalam hidup dia dan boleh balance keperluan2 bliau.
  • Selesa dan jujur terhadap saya. Jadi diri dia yg sebenar. Kalau kentut mengaku. Kalau nak berak,terus terang. Kalau spenda terselit di celah punggung,sila tarik dgn sopan. Manusia biasa mesti akan alami semua tu. Apa masalahnye. Penipuan dan kekura2an adalah punca pengkhianatan yg menjijikkan
  • Sabar dan dapat menerima karenah saya yg kadang2 pelik dan tahape2. saya bukan wanita yg sanggup menepek bedak sebanyak 3 lapis sebelum keluar rumah. Saya juga paling selesa memakai selipar jepun asadi ke mana2 sahaja walaupun dalam kereta saya ada 9 pasang kasut pelbagai jenis. Saya bukan seorg yg "organised" dan ciri2 wanita ayu masih tandus pada saya ini.huhu
  • Bijak.  Saya rasa selesa berada disisi beliau yg bijak. Bijak bukan saje dari segi IQ, tapi juga EQ dan SQ nye. Therefore, dia akan bijak mengendalikan keadaan dan emosi org di sekelilingnye.Lelaki bijak boleh diajak bercerita ttg macam2 perkara. Dari ke hal2 remeh seperti cara menangani lemak yg berpendirian teguh di bahagian perut, hinggalah ke hal ehwal dunia. sejarah. ekonomi. politik. saya perlukan lelaki yg bijak untuk bercakap pada saya ttg perkara2 global sbb saya sgt malas membaca bahan2 ilmiah.
  • Hv a very good sense of humor. Lawak2 keras peringkat amatur tidak termasuk dlm kategori ini. Bile saya marah, kemarahan tu paling mudah dinyahkan dgn lawak yg bertepatan. Lelaki seperti ni jugak akan mnjadikan saya ceria dan merindui dia di setiap ketika (saya smakin jiwang kan.ahahah)
  • Relax.bukan jenis menggelabah puyuh.Boleh memandu dgn machonye walau lesen dah mati 3bulan yg lalu. Boleh senyum dan tepuk2 perut walaupun saya sedang membebel tentang tuala yg tidak dibasuh sejak smggu yg lalu. xcepat naik angin bile saya merajuk kerana bliau memilih water rafting instead of dating.
Dengan adanye encik pipo, saya kini semakin senang hati. Berat badan yg mencecah 48kg ini..segala kesalahan perlu diletak di bahu beliau.

Wednesday, May 12, 2010

dilema sayur bernama timun

Anda semua tentu kenal timun. Timun ialah sayur yg berbentuk panjang dan tumpul di hujung dan pangkalnye (sila jangan beranggapan serong.penerangan ini ditujukan khas untuk abe2 ngan mek2 klate yg mungkin tersilap tafsir timun sbg tembikai)
Antara khasiat timun yg diketahui umum:
  • dapat menyejukkan badan
  • boleh mengatasi masalah penggelongsoran najis yg mengalami sekatan akibat kepekatan melampau, atau bahasa mudahnya=SEMBELIT
  • Perahan air timun boleh digunakan untuk merawat kudis yg huduh di sekitar kaki anda yg berbulu itu (jgn kata kaki korg xde bulu, saya tau anda bukan ular)
  • Timun juga banyak digunakan untuk amalan2 kecantikan oleh gadis2 yg xsudah2 nak mencantikkan muka yg dah berkelarah tu
Oh, penat sungguh rasanye bile menulis secara formal seperti di atas. Dan sungguh tidak menyerlahkan gaya penulisan sebenar aku kan. Mujurnye,aku bukan nak cite pasl khasiat2 yg disebutkan di atas. Kisah yg lebih menarik ttg si timun bermula tengah hari tadi.
Hari ini aku sangat lapa. Sang perut yg semakin manja sejak akhir2 ni xsabar2 nak tggu waktu lunch. Pukul 1.00, 4 SITI berkumpul di meja kopitiam. Order hidangan untuk menggembirakan rongga penghadaman masing2. Aku order set lunch. Rasa macam xcukup. Aku tambah plak tauhu bakar.

5minit.tauhu aku sampai dulu.ada tauhu,sengkuang dan TIMUN. Sambil makan, kami borak2.

SITI 1: Timun ni ekceli xberapa elok utk org ppuan kalau dimakan terlalu banyak tau
SITI 2: Yeke? Nape beb?
SITI 1: Kalau makan banyak sangat boleh sebabkan keputihan
SITI 2: Oh...selamat aku xdela suke sangat makan timun. Aku guna timun pun di malam hari je biasanya.
SITI 3:Weh,ko guna untuk ape plak?
SITI 2: Aku guna untuk letak kat mata sebelum tido la. Cisss, ape yg ko pikirkan ni wahai sahabat?
SITI 4: Ahahaha...ko tu bukan betul sangat.
SITI 1: Tapi kan,timun ni ada gunanye jugak bile korg dah kawen nanti.
SITI 3: Err...apa gunanye tu?

SITI 2 mendengar dgn penuh khusyuk. Bab2 kawen ni kite kena serius. Selamat xbawak bukunota  tadi. Kalau x mesti SITI 2 dah amek nota ringkas.

SITI 1: Dah kawen nanti,kalau husband ko xlarat,ko leh bagi timun ni kat dia
SITI 2: Hah?! Nak watpe? Suh dia pegang ke? Sebagai pengganti bahan sedia ada yg dia dah xlarat nak kendalikan?

Siti 2 memang agak pekak. Ayat sebenar Siti 1 ialah: Kalau dah kawen nanti,ko xlarat nak entertain husband ko, ko bagi dia makan timun banyak2...
Siti 2: Oh...aku ingat ko suruh dia pegang timun tu kalau xlarat. Haha.Tapi...nape kalau kite xlarat, suami plak yg kena makan timun?
Siti 1: Sbb timun tu bleh mengendurkan keinginan yg memenuhi sanubari seorg lelaki..wahahah(ayat ini telah aku tapis agar boleh dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat)

Mungkin secara saintifiknye, makan timun boleh menyejukkan badan. Bile badan dah sejuk, tidola yg paling sedap. Organ2 tubuh pun sume akan "tido" atau berehat..
Hehe. aku bengong bab2 sains. Korg2 yg pandai, leh la wat kesimpulan sendiri.
Apa yg aku tau, aku akan meminimumkan penggunaan timun dalam masakan bile da kawen ti...barulah munculnye "Semalam yg hangat"

Wednesday, May 5, 2010

hari ini hari pekerja

hari ini hari pekerja. Hari dimana pekerja2 tidak sepatutnya bekerja. dan aku rase hari pekerja perlu diraikan 3x setahun. Barula rase lebih dihargai.
bangun pukul 11.40. Wah, semakin tua semakin hebat meksah ni. Itupun sbb kak ipah nak amek tiket doubletrouble dia dok tetinggal dalam keta aku. Mandi2, pi kat keta. Bukak je pintu keta...alamak. Pesal ada bau yg mengecutkan bulu idung ni? Jenguk  seat blakang..uwaaa,,,kopi avocado ku telah sebati di karpet kereta. Tahniah kepada diri sendiri sbb membiarkan donat dan kopi tersebut bermalam di dalam keta.

Petang itu,fara ajak joging bagi membangkitkan amarah populasi lemak pada tubuh. Aku setuju. Tapi nye,hujan telah berjaya membatalkan rancangan kami. Aku pun lepak kat umah akak aku. Sampai2, tgk anak buah aku tgh kire duit syiling.Banyak jugak "Nampaknye kalau sesak2 ujung bulan nnt bleh korek tabung anak buah aku ni" Syaitan laknat cube mencumbui hati dan mindaku. Cisss...sian anak buahku yg berusaha keras mengumpul duit.

Aku: banyaknye duit aidi. Mana dapat?
Aidi: Aidi kumpul duit belanja sekolah. Hari2 guna siket aje sbb aidi dah bawak bekal.
(erkk...nape aku dulu xpenah berperangai begini)
Aku: Aidi kumpul duit banyak2 ni nak beli ape...nak beli mainan ye (pertanyaan tipikal untuk budak darjah 1)
Aidi: xlah..aidi kumpul duit untuk kawen. dah besar nanti senang..kawen kan banyak pakai duit

PIUNGG...aku rase muka cam kena libas dgn pemukul lalat. Adakah daya pemikiran aku jauh lebih cetek dari budak darjah 1 hingga xpnah terpk nak save duit utk kawen?

Monday, April 26, 2010

aku ingin insaf-part 2

DEWAN BESAR SM SAINS K.SELANGOR
SPM. Fizik Kertas 2
Hantu btoi. Pe aku nak jawab ni. Kertas 1 ok la jugak,leh main tuju2 je. Adui. Tibe2 menyesal sbb salu ponteng kelas fizik. Dan sering berkeras utk xpergi makmal fizik bile ada eksperimen yg akan dijalankan oleh cikgu sherry yg berjantina lelaki tetapi memakai beg dan sandal wanita.
Tapi,berguna ke penyesalan di kala kertas soklan dah depan mata?Huh..jawab jela.Tenyeh ape yg patut.Dan yg paling aku ingat,aku ade lukis gamba kaki berbulu kat kertas tu. Aku pun xpaham apa motipnye. Tapi yg pasti, pemeriksa kertas tu xakan boleh nak marah aku sbagaimana cikgu sherry marah bile aku lukis gamba pisang masa jawab soalan eksperimen arus elektrik hari tu.Haha..bahgianye rase.
Masa ada lagi 40minit. tapi aku dah abes jawab. biasa la,org hebat. Ape nak buat lagi ni. Nak mengumpat, xleh bcakap pulak.Huh,masam mulut aku bile diam lame2 ni...Lantas,aku pun mendapat satu idea.
###############

"Dik,bangun dik," bahu aku digegar2. Alamak,sape yg kejut aku ni. cane nak kaver elio yg kua siket nih.Ah,tutup je dgn kertas soklan ni. Fuh,selamat aku bijak bertindak di saat kecemasan.

"Er..ye cikgu" aku buat muka xbersalah.
"Kenapa tido ni?Dah siap ke?"
"Maaf cikgu. Saya study sampai lewat mlm smalam. Dah siap,cikgu" aku melemparkan jawapan spt seorg pelajar yg berdedikasi.

Cikgu tu amek kertas aku. Tgk siket. Muka kerut2. Alamak, nampak sangat ke penipuan yg cube aku hiasi dalam kertas tu. Cikgu tu pulang balik kertas aku. "Urm...xpela kalau dah siap. Baik awak semak jwpn awak"


Masalahnye..ape yg aku nak semak?So,aku tido balik. Tapi kali ni dlm keadaan duduk tegak.



KOLEJ MATRIX P.PINANG
Pilihanraya kolej. Nak pilih ketua pelajar pun ade kempen bagai. Ade lambang parti. Poyo nye mereka nih. Kataku selaku org yg kurg patriotik dan tidak meminati lagu2 patriotik yg dinyanyikan oleh ROy.

Aku xkenal sorg pun makhluk2 yg bertanding tu. Yg aku tau, masa hari mengundi nanti aku terpaksa gak kua mengundi sbb kalau x,markah kokurikulum akan dipotong. Cess...pendengki mana la yg buat sistem cenggini. Poster pilihan raya semakin banyak. Esok dah nak kene mengundi. Petang tu, balik dari kelas yg xberjaya untuk ku pontengi, aku tgk Mek Na tgh baca paper dgn penuh sifat akademiknye. Tibe2..Tuingg..!! Muncul mentol dalam kepala. Otak aku yg bijak telah merencana agenda utk memeriahkan lagi musim pilihanraya ini.

Nud dan Nien dah balik jugak. Aku paksa diorg carik muka2 huduh dan ala2 penyangak kat dalam paper tu. Lagi besar lagi bagus. Xcukup satu paper, korek lagi sebeban paper lama.


****

Malam semakin larut. Dah nak masuk subuh ni. Kire dinihari la. Nud usha line. Intai mak gad yg garang cam itik serati dirotan bontot. Okeh,line klear. Nud bagi signal. Aku ngan nien folo. Nud paling tggi. Kena dok depan. Jadi ketua kumpulan. Jalan slow, pegi kat papan tanda tempat laluan utama pelajar yg balik dr kelas nak ke hostel. Uih, banyak gak poster kat situ. Kitorg kuakan bahan2 yg dah prepare dari awal seperti gamba2 huduh, gam dan liquid paper.

Aku ngan nien tampal gamba. Nad liquid lambang parti kegemarannya.

****


7.45 pagi. Student tgh berpusu2 nak g kelas. Kami nampak ramai yg berkumpul di kawasan kejadian. Kitorg pun cepat2 menyibuk.

"Isk...sapela punye keje ni"
"La...lambang peace ni pegi dilquidnye satu jari. Tggal jari hantu je. dah jadi maksud lain plak. Teruk betul perangai"
"Eh,..sape yg dah xde keje ni? Sanggup tampal gamba2 huduh kat muke calon2 ni. Macam super impose pun ade"
Aku mencelah secara tibe2 "Ni mesti keje budak2 lelaki ni. Diorg ni mmg ske buat benda tahape2"
Org ramai di sekeliling mengangguk2 tanda setuju.
Aku nampak makgad mundar mandir cube siasat kalau2 ade antara plajar yg boleh jadi saksi kejadian.


Pagi itu,aku seperti mendapat semangat baru untuk ke kuliah. Hati brbunga mekar.

hinakah si gemuk itu

Syiena berjalan pantas ke arah lif. Dia tak mau sampai lambat ke tempat kerja. Rambut dirapikan sedikit dgn jari. Kemeja bersaiz XXXL itu diejas beberapa kali supaya xmelekat di bahagian perut. Lif berhenti di tingkat 5. Fasha Sindhu yg langsing menawan tanpa selulit di peha melangkah masuk. Fashasindhu senyum sinis terhadap Syiena.
"huh..macam cun sangat" getus hati Syiena. Sampai tgkat 3.."Putt..' fasha sindhu kentut. Baunye membuktikan pagi itu fasha sindhu telah brsarapan telur rebus terlebih masak. Ceh,bangsat sgguh bau ini. Harap muka je cun,kentut bau cam longkang pusat kumbahan.Omel syiena dalam hati. Tibe2 pintu lif terbukak. 3jejaka melangkah masuk. Sebaik saje pintu lif tertutup balik, semua jejaka menjeling tajam ke arah Syiena dgn pandangan -mesti si gemok ni yg melepas-

Syiena berasa sgguh tensen. Adakah kerana dia gemuk, kentut itu pasti dtg dari duburnya?..

-iklan tamat-

aku terkesima tgk iklan tesebut. Dan aku berazam xmo jadi macam Syiena. Masalahnye..skang ni pembiakan lemak aku sdg berlangsung dgn kadar yg pesat.
Petanda dan impak terhadap aku yang semakin berbebola:

  1. Terpaksa tahan nafas bile nak butang slua. (padahal dulu aku terpaksa pakai belt untuk sua tersebut)
  2. Bilik persalinan awam (kat tempat2 perkelahan) terasa bertambah sempit - mengurangkan keselesaan untuk menukar baju
  3. Iklan produk pelangsingan yg selama ini xmendapat tempt di hati, kini telah ku potong dan lekat kat cermin-tgh konfuse nak bli yg mana
  4. Dulu leh jalan seharian untuk soping,skang ni x abes round satu pasaraya dah mengah
  5. Tak berani lagi nak cube memboloskan diri d tempat2 sempit
  6. Hilang keyakinan diri utk beli baju baru
  7. Sanggup drive tanpa bukak ekon-semata2 utk meningkatkan perpeluhan.huhu
Aku mau langsing. Menjelang pertengahan tahun ini. Titik.

Thursday, April 15, 2010

aku ingin insaf - part 1

1995. SK JAYA SETIA
Satu pagi sekitar bulan november.Aku kena panggil dgn guru disiplin. Aku ingat lagi namanye Cikgu Syed Asri.Dia pun stat bukak mulut "Awak datang pukul berapa hari ni?"
"Err...7.40 kot"
"Awak tau x sekolah start pukul bape?"
"Tau cikgu. 7.45" aku ingat jawapan jujur tu boleh menyelamatkan aku. Rupa-rupanya...
"Awak tau x, sepanjang saya jadi guru disiplin, awak adalah ketua pengawas yg paling teruk skali!!! Dahla selalu datang lambat, buku laporan asik hilang. Ntah2 xpernah ada buku laporan. Memang xberdisiplin langsung!! Mesyuarat pengawas pun kadang2 xdatang..Kakak awak dulu, ketua pengawas yg baik. Keluarga awak semua org baik2..Kenapa awak jadi mcm ni? Awak ingat, awak dah terpilih jadi tokoh pelajar, awak dah bagus sangat? Harap akademik dan ko-ko je aktif, disiplin out.Blablabla..."

Ntah ape dia membebel lagi, aku pun xingat. Cume aku tertanya2, teruk sangat ke kesalahan aku (aku yg masih menganggap itu sume perkara biasa) Bukan aku raba budak lelaki dalam kelas. Ataupun intai dia kat tandas guru. Ataupun mencalit najis di kenderaan beliau. Eish...xpaham ape yg nak marah sangat. Ala, stakat dtg lambat. Okla tu, dari ponteng skolah. Buku laporan...er..cane dia tau aku xde buku tu? Nampak sangat alasan yg aku guna untuk tak menghantar buku tu adalah alasan2 lapuk. Alasan baru kena difikirkan untuk mengaburi mata beliau.

1996. SM SULTAN SULAIMAN SHAH
Waktu itu musim hujan. Aku skolah sesi petang. tensennye gue, kasut skolah aku yg 3 pasang tu sume dah basah. BAu pun dah macam bangkai tikus mati bunuh diri. So, aku decide untuk ke sekolah dengan memakai selipar. Sebelum masuk kelas, ada perhimpunan. Tibe2...cikgu abu hassan telah mengumumkan untuk menahan budak2 yg memakai selipar ke skolah. Dgn kejamnye, dia telah mengikat selipar aku kat tali tiang bendera tu. Dia ingat bernas sangat ke idea dia tu?

Aku malas nak layan. Masuk je kelas dgn kaki ayam. Menyumpah jangan cakapla masa tu. Oit,ok la aku dtg pakai selipar dari aku ponteng skolah!!Tibe2 ada seorg cikgu pempuan telah memberikan aku kasut sportnye utk dipinjam!! Mungkin sbb aku sorg je budak pompuan yg pakai slipar time tu.haha.Aku sgguh xsangka sbb aku xbape kenal cikgu tu. Tapi sampai skang dia ingat aku. Tenqiu cikgu wan salmah :)


1998 SM SAINS KUALA SELANGOR
Satu grup kami dipanggil masuk ke bilik kaunselimg.
"Saya xnak marah2. Cuma saya nak awak smua berterus terang. Betul ke awak yg buat macam tu pada junior awak?"
Kami diam.
"Mak dia kata nak buat bacaan yassin kalau xde sape yg mengaku"Cikgu paujiah bertutur dgn tenang.cewah.ayat novel.

"Memang kitorg yg buat cikgu..Tapi perangai dia tu melampau sangat...Kitorg xtahan la cikgu.huhu" aku pun xingat sape yg besuara masa tu. Yg pastinye masa tu sume dapat diselesaikan secara aman. Cikgu xhukum kami pun. Hu,baiknye cikgu. I lep u.
Tapi aktiviti menconteng muke "bliau" dgn water kaler, melumur rambut "bliau" dgn dynamo, menconteng locker "beliau" dgn ubat gigi, dan ntahape2 lagi masih aku ingat sampai skang...Ciss, camane aku yg baik leh terjebak dalam jenayah juvana ke;las bawahan camtuh?

SElepas itu, aku berazam untuk menjadi murid yg lebih berdisiplin dan mempunyai jatidiri yg tggi.hihi...tapi, mungkin ke terjadi?

ngeri

oh.lamanye xberblog.aku mmg spesis hangat2 tahi ayam kan? ok la dari hangat2 tahi org. Tahi org hangatkah? atau mmg smua tahi hangat? bagaimana plak dgn tahi bruang polar yg tggal kat antartika..korg rase ia hangat x? Sempat ke rasa kehangatan dia?Takpelah. Kita biarkan soklan itu dijawab oleh mereka yg berkemampuan..

Hari ni selsema aku dah mencapai tahap separa kritikal. Dgn air hidung yg becucuran, aku gagahkan jua menaip. (selamat aku tulis blog kan?kalau tulis esei mesti kertas tu akan ada tompok2 air)

Dengan keadaan skang, aku asek berulang ke toilet utk mencuci rongga hidung dan sesekali mengistinjakkan tekak aku dari kahak yg cube bermastautin (adakah ini antara blog paling pengotor pnah korg baca?)
Tibe2 aku terpikir. Apekah benda yg mengerikan masa berada dalam toilet...

1. aku pnah tgk cite The Doll House kalau xsilap. Cite jepun. Dia punye tempat nak flush tu kepala org. toilet bowl tu kaki dia. Kire kalau kite tgh "berry" tu,macam kite dok atas ribe hantu tu la. Tapi itu xbape ngeri.

2. Masa kecik2 kat kampung dulu. Aku pnah berry kat toilet bawah. Kire yg kna cangkung a. Masa tu aku punya komposisi tinja agak cair.lepas dah lega, aku dgr ada bunyi pelik dtg dari toilet bowl. Aku intai,upenye2 ada katak sdg mencari ruang nafas di bawah tetinja tersebut!!!La..yg ko pegi bersembunyi dalam toilet bowl watpe. KAn dah lemas dilautan tinja..selamat masa berkumuh tu aku xpasan ada katak.kalau x, sure aku terjerit2 dan tinja xjadi menerobos.

3. Sila berhati2 jika korg masuk toilet dgn spek yg agak sizen (spring dah xbape ketat, bingkai asik nak terkepak). Masa kat asrama dulu, dua kali spek aku kna telan dgn lubang jamban. bedebah tol lubang jamban tuh!! Aku nak intai najis pun xsenang...cikgu plak g announce masa assembly..masalah toilet tersumbat. Selain dari botol syampu dan pad, pihak penyedut turut menemui kacamata!!!oh,tidak...

4. Tapi aku rase paling ngeri bile kite dok dam toilet.dan lupe nak kunci (terutamanya bagi toilet yg pintunya guna tombol) Teringat aku pada satu kejadian. masa tu aku ngah study ag. Dok menyewa kat serdang. rumah doublestorey.KAt tgkat atas, bilik medium kna share bathroom dgn bilik kecik. Aku dok bilik medium dgn membe aku. Yg kecik tu ada budak mana tah dok sorg.Satu mlm,kire2 pukul 12 camtula. Aku baru balik dari stadigrup (err...bia betoi aku stadi sampai kol 12) Aku tgk dorg sume tgh layan cite ape tah kat bawah. Aku trus nak atas. Ingat nak mandi la. Bukak2 pintu bilik air..."aaaa..." Org tu menjerit. Aku pun menjerit. cepat2 tutup pintu balik. Eh,aku rase dorg sume ada kat bawah. sape lak dam toilet tu?

Kawan aku naik. Aku crite. Die gelak. Upenya budak bilik seblah punye emak..Ceh,mokcik tu pun satu. Xreti ke bukak lampu toilet? Dok mengeram dalam gelap watpe? Sah2 aku ingat xdak org. Aku dapat bayangkan mesti makcik tu tgh selesa berkumuh sbb dia konpiden dah kunci pintu toilet yg menghala kat bilik dia tu.. Dia taktau ka toilet share ni kena kunci dua2 pintu?huhu..Tapi,bagus jugak gelap. Aku pun mmg blum bsedia nak menyaksikan aksi sexy wanita separuh baya.

Tips ketika berada di dalam toillet: sila pastikan air paip terbukak supaya org tau korg ada kat dalanm. Dan juga utk cover buyi taik yg terceplop masuk ke lubang tandas.

Sunday, March 7, 2010

bukan salahku

11 tahun yg lampau. di sebuah kelas. 7.30 pagi.ujian bulanan sdg dijalankan.  seorg budak lelaki masuk ke kelas dgn wajah yg penuh rasa bersalah. Cikgu Marpuaton memandang tepat ke matanya. " Kenapa awak masuk lambat??" (kelas kitorg stat kul 715. biasala, skola budak skema)
"Saya sakit perut, cikgu"
"em..ok.duduk"
cik siti dan geng2nye berpandangn sambil tersenyum2 menahan gelak. amboii...kalau gelakkan org kemain. macamla korg xpenah mengalami ceriberi. berkualiti sangat ke tinja masing2 hingga sentiasa berada di tahap normal.

kriiingg!!yess...paper 1st dah abes.  Bayangan cikgu marpuaton yg bersuara frekuensi tinggi dah berlalu.hui...besnye. Masa tu cik siti dok depan skali (ceiss..sapela yg dengki khianat suh cik siti duk depan dalam kelas tuh)

Minah2 ronggeng tu berkumpul kat tempat cik siti. Macam biasa,membincangkan topik yg x mendatngkan sebarang faedah utk masa depan mereka. Mamat yg sakit perut tu duk tepi meja cik siti. Sambil borak2, mereka jeling2 mamat ceriberi tu sambil senyum2. (perlu ke gelakkan org yg cencirit dari pagi hingga ke mlm?aku pun xpaham dgn akhlak mereka masa tu.hehe)

Tiba2,bau yg busuk (mgkin akibat diperam terlalu lama) menusuk hidung mereka. Mata minah2 ronggeng membulat. Cik Siti cepat2 tutup idung. Xtahan dgn serangan gas beracun tsb. Cik siti xsempat pakai kasut (dia suke bukak kasut dalam kelas) cepat2 lari ke belakang dgn hanya memakai stokin.

"Weh,busuk gile"
"Nak kentut pun agak2 la. Jgnla dekat2 dgn kite"
"Eee...sah dia yg kentut. dia kan sakit perut rini"
"Huh..xtahan aku. Baunye meresap ke kepala"
Mereka mengomel sesama sendiri. Putri kuarkan minyak cap kapak dari beg dia. Hulurkan kat cik siti. Cik siti tenyeh sket kat idung. Kat kepala.
"Thanx acik. Huh, selamat ko bw minyak angin. Lega siket"

Mereka bantai gelakkan mamat ceriberi tu lagi. Kesian dia jadi bahan untuk hari itu.

Malam pun tibe. Lepas abes prep malam, mereka seperti biasa akan stay up. Dgn hajat untuk study lebih siket (padahal siang tu dah membuta masa delam kelas. Apa yg study lebih nye?) Tapi, acara stay up pasti akan dipenuhi dgn makanan2 yg mnganggu kekhusyukan mereka menelaah.cewah.

Tgh2 tggu megi kembang, cik siti bersuara. "Weh,korg nak tau sesuatu tak"

"Ape dia?" Farah berminat.
"Tapi...bnda ni rahsia. Kirenye takde sesapa yg tau ag la. So,korg jangan kecoh2 pulak"
"ala...cakap je la. Ko ni macam xcaya dgn kitorg je. Nape weh? Ade gosip hangat ke?" Putri merenung cik siti. Lebih berminat nak dgr rahsia ni dari nak baca buku kat tangan dia.

"Hangat la jugak..tapi malam ni dah xbape hangat" cik siti mnjawab tenang.

"Cakapla cepat" Farah gelojoh.

"Bau yg kat kelas tadi tu...aku yg kentut. Kentut tu hangatt je time kua. Malam ni dah xhangat la.."

Ciksiti xsempat nak teruskan ayat. Putri dah sumbat minyak cap kapak kat tenggorok dia.

masa itu emas

 Skarang ni masa terlalu cepat bjalan kan. Baru je keje hari isnin (dgn malasnye) tup tap tup tap da ari jumaat. Baru je pagi sabtu tetibe dah isnin balik. Ahad terasa begitu cepat (mana xcepat kalau dah soping bnda xberpekdah je separuh hari,pastu layan karaoke lagi, dvd lagi.uhuhu)

Tapi kan,aku dapat mengenal pasti beberapa keadaan yang mmbuatkan aku rase masa sangat lambat begerak..antaranye;

1. Bila pegi kursus/seminar yg trainernye bosan cam labi2. Pastu plak xde geng nak bgosip. org kat kiri kanan khusyuk buat catatan sdgkan aku pen pun xbawak. HUu...cptla abes.aku nak balik!!

2. Bile naik tren/bas. Time tpaksa bediri sbb seat penuh.Kat tepi plak ada bangla yg berketiak lekit berbau bangsat. Serius, masa tu rase kalau naik van jenazah lagi selesa

3. Bile kua dgn org yg membosankan.Biasa terjadi masa mule2 nak knal. Nak terus balik,rasa kejam pulak sbb dah ketuk dia banje kat tempat yg mahal2...arghh...cepatla masa berlalu.aku da mual tgk muka mamat ni

4. Bile korg naik public transport (sekali lg),tetibe rasa nak tercirit. Hantu taik btul. Time ni la ko nak melawat. Tren yg memecut terasa seperti beca roda 3 yg dikayuh pakcik lanjut usia.

5. Time kerja. Ini paling bosan. lagi2 kalau kerja yg mmbosankan di koloni yg menumpulkan agenda kreatif aku.uhu. Mata pulak mengantuk mengalahkan mengkarung termakan pil tido. Huh! Kenapala Malaysia xbuat ofce hour sampai kul 3 je?

6. yg last ni. Belum berlaku. Tapi aku kompem akan terasa kelambatannya bile terjadi nanti. Time menunggu malam selepas hari pernikahan.ewah.ayat puitis dari aku yg romancis.He..sure ase mase lembab nye berlalu..(korg yg da kawen,sila jangan xmengaku)

Korg plak,bilekah masanya waktu terasa lambat berlalu?

Thursday, February 25, 2010

asam yg kurg

10.00 mlm. aku ngan sya telah kelaparan.perut kami yg ramping tanpa girdle ataupun selulit mintak diisi.tringin nak makan mi bandung...
ala,kdai yg mi bandung sdap tu tutup.nak p try kdai lain la.jalan jauh siket. nampak satu kedai yg agak malap dan berbaur kesuraman. masuk2, pilih meja tepi,dekat dgn tv...drg ngah tayang bang bang boom..hu,layan je la lawak bodo yg xseswai utk makhluk sirius cam kami ni.
alahai,ada air tumpah la kat meja ni.drg xlap lagi...2minit. datang satu indon yg berwajah kusam. nak amik order kitorg.dia pi duduk kat kerusi depan aku.

aku: dik,tlg lap sikit air tumpah ni

dgn wajah kelat,dia tarik tisu kat atas meja tu.lap air tu dgn kasar.kuku dahla panjang.eee lemah toi aku tgk kuku camtu nak hidang makanan kat aku t.

indonkusam: nak makan ape ni
aku: dik,meja ni lekit lagi la..kain lmbab utk lap xde ke (sambil gosok sikit jari atas meja-cek thp kebersihan.he)
indonkusam: ada..tu ha. (jeling dgn ekor mata.langsung xbangun dr tempat dia)cepatla,nak makan ape ni.
aku: jap2.meja ni boleh lap ke x ni
indonkusam: cakapla dulu nak makan ape.saya amek order pastu lap la meja.saya ni banyak lagi keje nak buat tau x

ewah2...ni dah lebih.aku cakap elok2,ko kerek heh.

aku: xleh cakap elok2 ke?kalau nak lap nanti,cakap la elok2"kejap lagi ye kak"(masih dgn nada rendah)

indon: (xpandang aku dah.dgn muka kelat tanya kawan aku plak) nak makan ape ni

membe aku pun bijak.dia wat bodo je.xjawab.

aku: eh,awak buat muka camtu knapa?nak marah saya ke?nak marah?

indon: xla (masih ketat dan memualkan)

aku: xnak makan ape2 pun kt cni


indon tu terpempan tgk kami trus blah.p makan kdai seblah

aku sbnrnye bukan kisah sgt pasal air tu.tapi cara dia serve customer mmg hampasalagapas...tu kalau boss dia tau x ke haru. dah jadi camtu,xmo la aku makan kat situ.sbb dulu mmbe aku pesan,hati2 siket dgn indon. kalau kite wat hal dkt kdai makan, nnt makanan kite diludah dulu sblum serve.huu...bimbang gue.

indon ni pun ngong.ko dah keje kat kdai makan,buatla cara keje kedai makan.kalau lap air pun malas,g la keje kat kdai keranda.xyah lap meja makan. dulu aku keje kedai langsir masa cuti semester.aku ingat lagi akak janda yg senior tu ajar aku ukur kain "1 m=100cm.ingat tu" "baik,kak" aku mnjawab patuh "kalau stgh meter bape cm?" cis.walaupun addmaths aku agak biol,tapi matematik aku di tahap mmbanggakan okk...tapi,oleh kerana sedar diri yg aku pekerja junior di kedai langsir,aku ttp mnjawab "err...50cm ye kak"
"ha.slamat betul.kalau salah tadi,aku ketuk ko dgn pembaris ni" ujar kakjan dgn bangganye.ceissssssssss...aku bagi ko soklan fizik kang.ternganga nak jawab (aku pun nganga skali sbb kelas fizik aku ponteng slama setahun kat KMPP) 

pastu dia ajar ukuran renda utk scallop plak."kalau yg panjang 2inci biasa guna untuk langsir pencil pleat" "oo...ok kak"
"kalau yg 6inci tau x guna utk apa"
"er..renda mana eh yg 6 inci tu kak"aku jenguk2 sampai rak yg atas.
"oo...yg tu bkn renda.dia bguna utk akak je"(sambil tersipu2)

Hamsap punye kak jan.dgn aku yg naif ni dia bleh wat cite camtu.aku amik kputusan xnak jaga kawasan renda.

Monday, February 22, 2010

buta

aku mmg buta IT,tapi celik hati (thanx 4dis caption dear).nk tuka layout ke.widget ke.nugget ke.sume take time.n baru terpk nak tuka2.ah,bakat pnulisan aku dah cukup hebat.apa barang stakat design cantik tapi content hampeh (er...abes tu content blog aku ni..berguna ke?hu_)

da dekat kul 12.pnatla nak tuka2 layout.esok2 je la time cuti nnt (sume benda pun nak tggu time cuti.tapi bile cuti asek mmbangkong dgn men gem.las2 satu hape pun xjadi)aku ase gambo kaki tanpa bulu ni pun dah kire ok.hari2 tgk,xlama ag kaki aku sure jadi camtu.berkilau cam pinggan pas kene cuci dgn axion gel.

dulu time skolah ada satu budak ni.badan cam badak,kaki cam thumbelina.kalau org tgk kasut dia mesti leh terpedaya.huh,tah2 skang dia dah kurus.aku ni kutuk2 org tetibe kang brubah jadi bruang tlebih hibernasi.

aku plak.badn kecik.kaki cam oprah winfrey.tapi xpe,biarla kaki gemuk.yg penting xde bau kaki.slamat tido sume

Wednesday, February 17, 2010

cik yam

isnin.masih cuti. bahagia. aku nak p jumpa kengkawan time skolah. zaman2 skema aku dulu. tempat pertembungan: ulu yam. jauh2 kang takut xsampai. aku dahla bongok bab jalan (dan banyak lagi bab yg kalau aku senaraikan nampak sangat kebungukkan ku)

sampai sana,jumpa la dgn maisarah, qilah, putri, izza. mai sorg dah kawen. kitorg sume single. weh, bukan xlaku la.org takut nak dkat sbb kami vogue sangat..wahaha. bila dah kumpul reramai, macam2 cite la kua.biasala minah2 tu, kaki gossip. aku yg pendiam dan xtau ape2 ni terpaksa turut serta.

teringat zaman2 skolah dulu. Setiap subuh kami wajib semayang jemaah kat surau. Oh,mukminahnye kami. Tapi...aku biasanye semayang tepi katil je.haha.ok la tu. Still smayang pe..pastu je kena tulis nama dgn pengawas sbb kua dorm lambat.huh,busan.

Kalau g surau, pas smayang ada tazkirah. Aku yg terpengaruh dgn budak2 ni biasanya akan bantai tido masa tazkirah.sampaila dah nak dekat masuk kelas, baru bangun. Dan kami akan masuk kelas dgn muka yg bergaris (kesan tido kat kapet surau) Tapi, bila time balik, kami mmg express gile. Tau2 je dah ada kat tempat paling depan dlm barisan nak amik makanan kat dewan makan.

Pagi ahad,kena joging. Ini paling bosan. Isma salu nyorok dalam locker sbb xmo g jogging. Farah Hakim cuba gak nak wat aksi tu, tapi locker xmampu nak menampung bliau. Aku lari mmg dah tahap bontot 8kati beratnye, terkedek2 dari awal sampai ke sudah. Aku,farah n izza biasanya akan kena kejar dgn pengetua yg mmegang lalang utk melibas kami. Eleh, si botak tu pun lari bukan laju sangat. Treksut dia ketat kot. Salah beli saiz.

Dalam kelas, aku tatau nape mate aku susah nak mendapatkan diameter bukaan sebenar. Memang ngantuk gile. Mungkin sbb aku suke berjaga malam utk study (study=5minit. makan2,minum2,borak2,baca komik,buat lawak gelak sendiri=1jam 55minit) Kelas addmaths adalah kelas wajib tido bagi aku.Ah, kalau xtido pun bkn aku paham amende (dasar pemalas yg xde cite2 dlm diri). One day, kami nak blaja pasal graf. Aku plak xde kertas graf. Cantik sangat ah tu.Nilah time nak melepaskan diri secara total. Angkat tangan. "Cikgu, saya nak pi pinjam kertas graf kat kelas sebelah" bodonye alasan. Xkan xleh pinjam kat kawan kelas sendiri? Ataupun aku mmg dah dipulaukan dam kelas tu shingga xde sape nak pinjamkan kertas graf? Tapi ntah knapa cikgu tu mengangguk pantas. Mungkin dia pun menyampah nak tgk muka aku yg xpnah normal time dia ngaja. Aku kua xmasuk2 dah kelas.
Hari tu aku dapat tido puas2 dam bilik kaunseling.

Beberapa hari kemudian. Kelas biologi. Biasanye aku suke kelas ni. Tapi hari ni rase mengantuk lebih unggul dari rasa nak blaja (er..pnah ke rasa nak blaja berjaya mengatasi kemengantukan aku?) Aku tido dgn tenang kat blakang kelas.Bahagianye dapat tempat blakang,kan. Tetibe,badan aku begegar. Digerakkan oleh kawan pengawas yg prihatin ttg masa depan aku lebih dari aku sendiri. "Sah,bangun2. Cikgu kata topik ni penting. Masuk exam"
Aku yg rasa otak aku cemerlang dan boleh menyerap ilmu ketika tido trus menjawab" Penting ke...xpenting ke...pada aku yg paling penting time ni ialah tido"
Pastu aku kna berdiri sbb xdapat jawab soklan yg mmg sengaja cikgu tu bagi kat aku (rase cam nak siasat cikgu tu pnah x tido dam kelas dia dulu)

Pagi ahad. Prep lagi. Bosan kan. Prep prep. Macam bunyi adunan cekodok cair kene hembus dgn straw je. Sebelum g prep pagi,sggah kantin jap. Pekena nasik goreng pakcik kantin yg setahap dgn makanan kucing rakyat kelas pertengahan tuh. Minum teh tarik. Sambil borak2 bincangkan ttg isu kapitalisme. KRIIIINGGG!! Memekak je loceng ni.Ala..lek la. nasik grg aku xabes ag ni...teh tarik membe aku pun sparuh gelas ag. Ala..kutu2 berahak kat meja seblah pun xm'angkat punggung ag...
Er...itu mcm ustaz amri. sedang menuju ke arah kantin. nak lari xsempat dah ni..aa...praap..(macam tu bunyi kalau kena rotan?ah,aku xreti sgt bab2 sound efek nih)
Kesan pecah darah tu xilang seminggu dari kulit putihgebu aku.huuuu

Aku rase kalau dulu aku xsalu tido dam kelas,mesti dah jadi doktor. Xpun peguam syariah. Ini semua salah budak2 ni. Xnak bimbing aku ke jalan yg benar