Load Counter

Wednesday, June 16, 2010

pakwe ym (kepala B****)

Entry ini tidak mengandungi unsur2 keji. Kerana kepala b**** adalah tempat aku blaja time matrix dulu. Akak aku kata, kepala batas ni mcm tempat jin bertendang. Eleh, kutuk. Abes, tempat lahir ko Btg Berjuntai tu ape? Tempat jin bergoyang??!!

Kat matrix,aku SANGAT MALAS pegi kelas. Taktaula nape. Mungkin jugak betul ckap akak aku. Situ tempat jin. Pastu ada jin bapok yg pemalas telah menghasut aku supaya x g kelas (ok x ayat bela diri aku)
Tapi kalau pegi cybercafe xmalas pulak.ulp.

Masa kat sini, aku salu berchatting dgn sorg mamat dlm chanel SBP. Cewah,konon macam bes la nak carik mamat2 ex-boarding skul. (dah sah2 mamat2 SBP skema...nape aku perlu jebakkan diri?huh) Aku xbape ingat sangat zaman ni. Cume yg aku ingat, mamat tu matrix kat Pahang. ALieda pun chatting dgn budak kolej pahang tu jugak.Erk..laki ko mesti tau pasal kisah purba ni kan lid?

Pastu je, chatting punya chatting, aku g tanya tggi dgn berat dia. Pastu je, kalau xsilap aku tggi dia 155 je. berat dia 68kg. What?? Mengapakah?! Sejak tu, aku langsung xlayan mamat tu. Teruk kan aku.

Tapi itu xbape truk.

Masa kat matrix jugak, membe aku, Ateh, ada pakwe yg sma kolej dgn kitorg. Namanye Kid. (drg ni asek becinta je. Tgk aku, sies dan fokus time stadi) Satu hari, tah camane aku terrrchat dgn abg angkat si KId. Bile aku cakap aku knal Kid, dia macam esaited la. Pastu beriya nak jumpa aku.

Akhirnya, pada hari yg dijanjikan, aku pun g la Bkt Mertajam ke Bkt Jambul tah. Aku pun xingat. Aku g dgn Ateh. Kami janji nak jumpa depan kedai stationery kalau xsilap. Bile aku dah dekat2 dgn kedai tu, phone bebunyik

"Hello, Siti ka? dah ada kat mana ni?"

"Dekat kedai stationery dkat dgn escalator"

"Saya pun dah ada kat sini ni"

'Mana? xnampak pun?' sambil kepala terjengah2 carik org.

' Saya dah nampak dah Siti' aku dapat dgr suara dia sedang bercakap sambil tersenyum. Amboi,konon bes sangat la tu, dia nampak aku tapi aku xnampak dia.

'Yg mana ea?' aku mula saspen sbb tibe2 ternampak sesuatu yg mengerikan sdg bercakap di telepon. Ateh pulak cuit2 aku. Erk..


'' La...xkan xnampak. Saya yg tgh cakap kat phone ni. Besaq2 pakai baju merah. Dok blakang tiang"

Bala dah datang dah. Spesis shrek mmg sntiasa menghantui aku.

Aku terus pusing arah ke lain sambil truskan perbualan "awak yg mana ni? saya xnampak pun.ish..pegi menyorok blakang tiang watpe"

"Saya yg blakang tiang depan awak tadi la..xkan xnampak kot?"

Ceh.memang aku nampak. Ko ingat aku buta sangat ke?Dahla pakai baju merah. Ko duduk blakang gajah pun aku boleh nampak lagi tau x. Tapi..xkanla aku nak berterus terang. Dalam pale otak aku masa tu pikir cane nak selamatkan diri je.

'betul la. xnampak pun. ish...xdengar la suara awak. Hello..hello?Hello..ish..hilangla suara. Mana ni. hello?' tut..tut...line putus

Jalan laju gile dan carik tempat selamat untuk bersembunyi. Ateh kat seblah aku dah gelak cam nampak itik berwajah Pian Cecupak. Sampai kat satu port,baru aku leh bernafas.

Ateh: pesal ko kejam sangat?

aku: bestu?ko nak suh aku watpe?jalan dgn dia?

Ateh: yela.gi je la jumpa. Tapi aku mmg akan jalan jauh dari korangla.Takut xcukup space.haha

aku: Ceh. Pastu akalu ada budak kolej nampak nanti cane? Dahla aku salu kutuk org..kang org kutuk aku plak.

Ateh: Masalahnye..ada ke budak kolej yg kenal ko? Bukan ke ko datang kelas 3kali je dalam sebulan?

Cessss...xguna punya Ateh. Sempat lagi smash aku.
Sampai kat kolej, ada msg masuk "terima kasih atas layanan awak.saya sedar siapa saya"

Mlm tu aku buat solat taubat.

3 comments:

  1. wakkaka...giler tajam kotak peringatan ko eeh ! tapi aku rase time tu aku gelak teramat sgt sebab nengok muka ko yg agak tertekan + kehampaan + kejam..! ~are-teh~

    ReplyDelete
  2. kahkahkah!!!!!!!!!!! padan muko kau Esah!! tapi pe pon zaman matriks mmg hampeh kan. penuh ngan dak skema babot. nasib bek ade ko Esah.. Ko la menceriakan idup aku yang muram..hahaha..kem salam kat abang baju merah itu! =p

    ReplyDelete
  3. sian ko eh??tp ko mmg kejam hahaha

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum