Load Counter

Saturday, June 5, 2010

bahagian perlesenan

Ekceli last week aku dgr radio pasal yuran lesen memandu mgkin akan dinaikkan "demi meningkatkan kualiti pmbelajaran" kononnye la.cesss

Dan2 aku trus teringat masa aku nak amek lesen dulu. Nama cikgu aku pakcik Sukri. Sebelum amek lesen, aku mmg xpenah bawak kereta LANGSUNG. sebenarnye aku pnah becite2 utk langsung xnak amek lesen. Sebab kepenakutan aku memang berada di kelas paling tggi.

Tapi oleh kerana desakan idup, cewah, tepaksa gak aku amek lesen. Cikgu aku memang kesian. Asik je beristighfar time mengajar aku. Selamat dia xmencarut. Kalau dia carutkan aku, aku ciritkan dia. Biar dia sedar kesan cirit tu lebih nyata dan hamis dari carutan yg sekadar ungkapan keji di pinggir bibir.

Pastu aku blajar dlam 10jam kot, tetibe bulan puasa. Aku pun stop. sebab aku xnak pahala puasa pakcik tu kurg akibat mencerca kelembapan skill memandu aku. Lepas raya, aku sempat blajar 2 jam. Pastu je dah kena amek test. Memula ingat nak postpone, tapi akak aku kata xpayah. Ces, makcik tu selamba je suh aku g test. Ingat test ni leh men2 ke? Klau testis lain la. Mungkin bleh dimasukkan dalam acara permainan sukan rakyat.

Dahla masa test dgn cikgu dari institut memandu tu aku xlulus. sebab keta aku tersengguk2 kat traffic light macam bangau terlebih viagra. Pastu stp kali berhenti kat simpang, enjin mesti mati. Tapi aku telah membuat muke ksian hgga bliau terpaksa meluluskan aku dgn amaran keras.ceh, blagak btoi. Mentang2 aku bengap.


Sehari sebelum test, semua student pakcik sukri g berlatih kecuali aku. Macam hebat,kan? tapi masa tu aku xleh g sbb cover keje akak aku. Kebetulan dia misscarriage. Waahwah..bertambah cemas kotak hati aku masa tu. Blum ape2, aku dah terbayang duit yg terpaksa aku blanja kan utk amek test lagi skali. hu

Pagi tu, aku langsung xsarapan. Sembahyang hajat jangan cakapla, mengalahkan masa nak amek SPM dulu. Pakcik sukri dtg pukul 8. Aku tgk dalam kereta tu ada 3 lagi ppuan. Muke sume konfiden dan berjatidiri. "Sah, dlm ramai2 ni mesti aku sorg yg salu reverse balik masa nek bukit sampai cikgu aku risau gearbox rosak"kataku dgn pnuh rasa rendah diri.

"Nama sape?" akak berbaju hijau dan berkasut hitam berkilat tegur aku.
"Siti" aku jawb sambil tunduk malu merenung kasut kungfu itam yg kusam. Sempat aku rembat dari akak aku smalam. Harap2 org xperasan hujung kasut tu berbonjol2 sbb aku sumbat tisu dlm kasut tu sebelum kupakai (Ceh, pesal kaki makcik tu besar sangat?)
"First time ke nak g test?" eh akak ni. Muka aku ni nampak cam muke repeat ke? Huh. Rilek aisah, jangan emosi. Aku pujuk diri sendiri.
"Ha a. Tak taula apa nasib ni" aku cube berbasa basi.
"Oh...akak dah kali yg ke 4"
Lorr... lagi baghdad dari aku rupenye. Sory akak baghdad, I tersalah sangka kat u.hu

No comments:

Post a Comment

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum