macam tajuk lagu ciptaan eddie hamid kan. Tetibe aku rasa nak bertukar jadi safura. haha
keyh2. serius. kembali kite pada topik utama. Aku nak sambung pasal lesen dari entri sebelum ni.
Masa dah sampai kat tempat test, aku semakin kecut. Mgkinkah ini perasaan bebudak yg ingin dikerat kutess pada zaman khatan guna pisau di atas batang pisang dulu?
Mule2 kna wat ujian litar. Berani diorg buh nama aku kat numb 2? Aku taknak g. Aku cakap kat jpj tu leh x aku nak lambat siket. Berkat kecomelan aku, JPJ tu ok je. Bile org dah makin sikit, baru aku ada courage nak g. Start keta je tangan dah menggigil. Tahape2. First dah kena buat bukit. Dengan penuh gaya kesemutan, aku naik bukit tu. FUH!!LEPAS!!! Aku punye lega..rasa cam nak kentut dgn pnuh rasa puas ati. Sbb masa blajar ada la 2kali je kot, aku lepas. Parking n 3 penjuru pun lepas. Wah2, macam xpecaya. Masa pegawai JPJ tu suh sign kat list mende tah, tangan aku masih mggigil agi.Gigil teruk gile sampai org JPJ tu suh tgn kiri aku pgang tgn kanan. Supaya xgigil sangat dan boleh sign. Huh, masa tu aku rasa macam nak join kumpulan giegil. Tak pun, join persatuan pengidap parkinson sedunia.
Lepas sign tu, aku nampak cikgu yg bagi aku amaran keras dulu. Aku sengaja jalan berlagak dgn angkuh depan dia. Haha, mesti dia kagum dgn kesuperban skill aku.
Dah abes litar, kena buat on d road plak. Hu..bile la siksaan ni nak berakhir? Masa tgh tggu turn, ttibe aku dgr suara pegawai JPJ terjerit2 marah sorg budak cina. Tah pasai apa aku pun xpasti. Dan tanak amek tau. Masa tu sifat kepoh aku trus tenggelam dek rasa takut.
Sampai turn aku, aku pun masuk keta dgn penuh rasa keterkucilan. Masuk2 je..aku rasa cam nak menyamar jadi lipas dan lari kua. Dunia aku dah berakhir. Pegawai JPJ yg marah budak cina tadi dah dok sblah aku. Mengapakah org2 beriman slalu diuji begini?
Dgn mulut yg berbuih kerana tlalu byk bca bismillah dgn laju, aku jalan la jugak. Jeling2 org JPJ tu. Huh, muka cam tenggiling yg kecewa sbb dieksport secara seludup ke negara jiran je.Takde kemesraan langsung. Aku drive mmg slow gile..cam siput babi yg ada ketumbuhan kat kaki (aku xtau apa nama anggota yg buat siput babi berjalan tu, so aku panggil kaki je la) Sampai kat simpang berbukit sikit, tahap gementar aku mencanak2. Alamak, enjin mati pulak.
"Hah, start la balik" tenggiling tua tu bersuara. Makin terkejut aku sampai kereta terundur sikit. Huhu. Selamat x langgar keta blakang. Mampus. Tenggiling ni mesti failkan aku.
"Nanti dah dapat lesen, ko bli keta auto je la. Naik dgn ko ni, sempat baca surah yasin 5x baru sampai" Ceh, slamat dia bagi aku lulus. Tima kasih abg tggiling. Walaupun garang, timbangrasa abang mmg secukup rasa.(kenapa tadi pakcik tetibe skg bertukar abg??hu)
"Nanti dah dapat lesen, ko bli keta auto je la. Naik dgn ko ni, sempat baca surah yasin 5x baru sampai" Ceh, slamat dia bagi aku lulus. Tima kasih abg tggiling. Walaupun garang, timbangrasa abang mmg secukup rasa.(kenapa tadi pakcik tetibe skg bertukar abg??hu)
ReplyDelete..ecah..gelak besor baca entry nih....