Load Counter

Wednesday, February 17, 2010

cik yam

isnin.masih cuti. bahagia. aku nak p jumpa kengkawan time skolah. zaman2 skema aku dulu. tempat pertembungan: ulu yam. jauh2 kang takut xsampai. aku dahla bongok bab jalan (dan banyak lagi bab yg kalau aku senaraikan nampak sangat kebungukkan ku)

sampai sana,jumpa la dgn maisarah, qilah, putri, izza. mai sorg dah kawen. kitorg sume single. weh, bukan xlaku la.org takut nak dkat sbb kami vogue sangat..wahaha. bila dah kumpul reramai, macam2 cite la kua.biasala minah2 tu, kaki gossip. aku yg pendiam dan xtau ape2 ni terpaksa turut serta.

teringat zaman2 skolah dulu. Setiap subuh kami wajib semayang jemaah kat surau. Oh,mukminahnye kami. Tapi...aku biasanye semayang tepi katil je.haha.ok la tu. Still smayang pe..pastu je kena tulis nama dgn pengawas sbb kua dorm lambat.huh,busan.

Kalau g surau, pas smayang ada tazkirah. Aku yg terpengaruh dgn budak2 ni biasanya akan bantai tido masa tazkirah.sampaila dah nak dekat masuk kelas, baru bangun. Dan kami akan masuk kelas dgn muka yg bergaris (kesan tido kat kapet surau) Tapi, bila time balik, kami mmg express gile. Tau2 je dah ada kat tempat paling depan dlm barisan nak amik makanan kat dewan makan.

Pagi ahad,kena joging. Ini paling bosan. Isma salu nyorok dalam locker sbb xmo g jogging. Farah Hakim cuba gak nak wat aksi tu, tapi locker xmampu nak menampung bliau. Aku lari mmg dah tahap bontot 8kati beratnye, terkedek2 dari awal sampai ke sudah. Aku,farah n izza biasanya akan kena kejar dgn pengetua yg mmegang lalang utk melibas kami. Eleh, si botak tu pun lari bukan laju sangat. Treksut dia ketat kot. Salah beli saiz.

Dalam kelas, aku tatau nape mate aku susah nak mendapatkan diameter bukaan sebenar. Memang ngantuk gile. Mungkin sbb aku suke berjaga malam utk study (study=5minit. makan2,minum2,borak2,baca komik,buat lawak gelak sendiri=1jam 55minit) Kelas addmaths adalah kelas wajib tido bagi aku.Ah, kalau xtido pun bkn aku paham amende (dasar pemalas yg xde cite2 dlm diri). One day, kami nak blaja pasal graf. Aku plak xde kertas graf. Cantik sangat ah tu.Nilah time nak melepaskan diri secara total. Angkat tangan. "Cikgu, saya nak pi pinjam kertas graf kat kelas sebelah" bodonye alasan. Xkan xleh pinjam kat kawan kelas sendiri? Ataupun aku mmg dah dipulaukan dam kelas tu shingga xde sape nak pinjamkan kertas graf? Tapi ntah knapa cikgu tu mengangguk pantas. Mungkin dia pun menyampah nak tgk muka aku yg xpnah normal time dia ngaja. Aku kua xmasuk2 dah kelas.
Hari tu aku dapat tido puas2 dam bilik kaunseling.

Beberapa hari kemudian. Kelas biologi. Biasanye aku suke kelas ni. Tapi hari ni rase mengantuk lebih unggul dari rasa nak blaja (er..pnah ke rasa nak blaja berjaya mengatasi kemengantukan aku?) Aku tido dgn tenang kat blakang kelas.Bahagianye dapat tempat blakang,kan. Tetibe,badan aku begegar. Digerakkan oleh kawan pengawas yg prihatin ttg masa depan aku lebih dari aku sendiri. "Sah,bangun2. Cikgu kata topik ni penting. Masuk exam"
Aku yg rasa otak aku cemerlang dan boleh menyerap ilmu ketika tido trus menjawab" Penting ke...xpenting ke...pada aku yg paling penting time ni ialah tido"
Pastu aku kna berdiri sbb xdapat jawab soklan yg mmg sengaja cikgu tu bagi kat aku (rase cam nak siasat cikgu tu pnah x tido dam kelas dia dulu)

Pagi ahad. Prep lagi. Bosan kan. Prep prep. Macam bunyi adunan cekodok cair kene hembus dgn straw je. Sebelum g prep pagi,sggah kantin jap. Pekena nasik goreng pakcik kantin yg setahap dgn makanan kucing rakyat kelas pertengahan tuh. Minum teh tarik. Sambil borak2 bincangkan ttg isu kapitalisme. KRIIIINGGG!! Memekak je loceng ni.Ala..lek la. nasik grg aku xabes ag ni...teh tarik membe aku pun sparuh gelas ag. Ala..kutu2 berahak kat meja seblah pun xm'angkat punggung ag...
Er...itu mcm ustaz amri. sedang menuju ke arah kantin. nak lari xsempat dah ni..aa...praap..(macam tu bunyi kalau kena rotan?ah,aku xreti sgt bab2 sound efek nih)
Kesan pecah darah tu xilang seminggu dari kulit putihgebu aku.huuuu

Aku rase kalau dulu aku xsalu tido dam kelas,mesti dah jadi doktor. Xpun peguam syariah. Ini semua salah budak2 ni. Xnak bimbing aku ke jalan yg benar

3 comments:

  1. weh ko skola asmara mane dulu ni? same je mcm rutin harian aku kt asmara dulu.. err dh 2x aku type asmara instead of asrama..*apekah??* haha.. aku pon amek bio gk dulu.. kalo la rajin time skool dulu, aku dh bole jd pakar sakit tuan dh.. kakakaka...

    ReplyDelete
  2. ceh,tepaksa a berasmara dulu camtu.mengidam eh?ahaha..kalau ko jadi pakar sakit tuan,aku nak jadi assistant (aku cume berniat mulia)

    ReplyDelete
  3. salah ko gak la kitorang jd camni skang nie haha

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum