Load Counter

Thursday, April 15, 2010

aku ingin insaf - part 1

1995. SK JAYA SETIA
Satu pagi sekitar bulan november.Aku kena panggil dgn guru disiplin. Aku ingat lagi namanye Cikgu Syed Asri.Dia pun stat bukak mulut "Awak datang pukul berapa hari ni?"
"Err...7.40 kot"
"Awak tau x sekolah start pukul bape?"
"Tau cikgu. 7.45" aku ingat jawapan jujur tu boleh menyelamatkan aku. Rupa-rupanya...
"Awak tau x, sepanjang saya jadi guru disiplin, awak adalah ketua pengawas yg paling teruk skali!!! Dahla selalu datang lambat, buku laporan asik hilang. Ntah2 xpernah ada buku laporan. Memang xberdisiplin langsung!! Mesyuarat pengawas pun kadang2 xdatang..Kakak awak dulu, ketua pengawas yg baik. Keluarga awak semua org baik2..Kenapa awak jadi mcm ni? Awak ingat, awak dah terpilih jadi tokoh pelajar, awak dah bagus sangat? Harap akademik dan ko-ko je aktif, disiplin out.Blablabla..."

Ntah ape dia membebel lagi, aku pun xingat. Cume aku tertanya2, teruk sangat ke kesalahan aku (aku yg masih menganggap itu sume perkara biasa) Bukan aku raba budak lelaki dalam kelas. Ataupun intai dia kat tandas guru. Ataupun mencalit najis di kenderaan beliau. Eish...xpaham ape yg nak marah sangat. Ala, stakat dtg lambat. Okla tu, dari ponteng skolah. Buku laporan...er..cane dia tau aku xde buku tu? Nampak sangat alasan yg aku guna untuk tak menghantar buku tu adalah alasan2 lapuk. Alasan baru kena difikirkan untuk mengaburi mata beliau.

1996. SM SULTAN SULAIMAN SHAH
Waktu itu musim hujan. Aku skolah sesi petang. tensennye gue, kasut skolah aku yg 3 pasang tu sume dah basah. BAu pun dah macam bangkai tikus mati bunuh diri. So, aku decide untuk ke sekolah dengan memakai selipar. Sebelum masuk kelas, ada perhimpunan. Tibe2...cikgu abu hassan telah mengumumkan untuk menahan budak2 yg memakai selipar ke skolah. Dgn kejamnye, dia telah mengikat selipar aku kat tali tiang bendera tu. Dia ingat bernas sangat ke idea dia tu?

Aku malas nak layan. Masuk je kelas dgn kaki ayam. Menyumpah jangan cakapla masa tu. Oit,ok la aku dtg pakai selipar dari aku ponteng skolah!!Tibe2 ada seorg cikgu pempuan telah memberikan aku kasut sportnye utk dipinjam!! Mungkin sbb aku sorg je budak pompuan yg pakai slipar time tu.haha.Aku sgguh xsangka sbb aku xbape kenal cikgu tu. Tapi sampai skang dia ingat aku. Tenqiu cikgu wan salmah :)


1998 SM SAINS KUALA SELANGOR
Satu grup kami dipanggil masuk ke bilik kaunselimg.
"Saya xnak marah2. Cuma saya nak awak smua berterus terang. Betul ke awak yg buat macam tu pada junior awak?"
Kami diam.
"Mak dia kata nak buat bacaan yassin kalau xde sape yg mengaku"Cikgu paujiah bertutur dgn tenang.cewah.ayat novel.

"Memang kitorg yg buat cikgu..Tapi perangai dia tu melampau sangat...Kitorg xtahan la cikgu.huhu" aku pun xingat sape yg besuara masa tu. Yg pastinye masa tu sume dapat diselesaikan secara aman. Cikgu xhukum kami pun. Hu,baiknye cikgu. I lep u.
Tapi aktiviti menconteng muke "bliau" dgn water kaler, melumur rambut "bliau" dgn dynamo, menconteng locker "beliau" dgn ubat gigi, dan ntahape2 lagi masih aku ingat sampai skang...Ciss, camane aku yg baik leh terjebak dalam jenayah juvana ke;las bawahan camtuh?

SElepas itu, aku berazam untuk menjadi murid yg lebih berdisiplin dan mempunyai jatidiri yg tggi.hihi...tapi, mungkin ke terjadi?

1 comment:

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum