Load Counter

Monday, April 26, 2010

hinakah si gemuk itu

Syiena berjalan pantas ke arah lif. Dia tak mau sampai lambat ke tempat kerja. Rambut dirapikan sedikit dgn jari. Kemeja bersaiz XXXL itu diejas beberapa kali supaya xmelekat di bahagian perut. Lif berhenti di tingkat 5. Fasha Sindhu yg langsing menawan tanpa selulit di peha melangkah masuk. Fashasindhu senyum sinis terhadap Syiena.
"huh..macam cun sangat" getus hati Syiena. Sampai tgkat 3.."Putt..' fasha sindhu kentut. Baunye membuktikan pagi itu fasha sindhu telah brsarapan telur rebus terlebih masak. Ceh,bangsat sgguh bau ini. Harap muka je cun,kentut bau cam longkang pusat kumbahan.Omel syiena dalam hati. Tibe2 pintu lif terbukak. 3jejaka melangkah masuk. Sebaik saje pintu lif tertutup balik, semua jejaka menjeling tajam ke arah Syiena dgn pandangan -mesti si gemok ni yg melepas-

Syiena berasa sgguh tensen. Adakah kerana dia gemuk, kentut itu pasti dtg dari duburnya?..

-iklan tamat-

aku terkesima tgk iklan tesebut. Dan aku berazam xmo jadi macam Syiena. Masalahnye..skang ni pembiakan lemak aku sdg berlangsung dgn kadar yg pesat.
Petanda dan impak terhadap aku yang semakin berbebola:

  1. Terpaksa tahan nafas bile nak butang slua. (padahal dulu aku terpaksa pakai belt untuk sua tersebut)
  2. Bilik persalinan awam (kat tempat2 perkelahan) terasa bertambah sempit - mengurangkan keselesaan untuk menukar baju
  3. Iklan produk pelangsingan yg selama ini xmendapat tempt di hati, kini telah ku potong dan lekat kat cermin-tgh konfuse nak bli yg mana
  4. Dulu leh jalan seharian untuk soping,skang ni x abes round satu pasaraya dah mengah
  5. Tak berani lagi nak cube memboloskan diri d tempat2 sempit
  6. Hilang keyakinan diri utk beli baju baru
  7. Sanggup drive tanpa bukak ekon-semata2 utk meningkatkan perpeluhan.huhu
Aku mau langsing. Menjelang pertengahan tahun ini. Titik.

No comments:

Post a Comment

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum