Load Counter

Friday, May 21, 2010

HATIKU DILANGGAR LORI -part 1

Sejak akhir2 ini, saya rasa minyak senyonyong bomoh siam yg diupah oleh bliau semakin menunjukkan kereaktifannya. Saya menjadi semakin langau dan sering saspisyes terhadap bliau yg jujur.
Oh,saya bukan remaja lagi untuk rase seperti ini. *senyum malu sendiri sambil korek2 hujung kuku kaki* .
Jejaka idaman saya tidak perlu terlalu kacak.(saya sangat tidak minat lelaki yg ada iras kacukan.saya sukakan melayu asli) Tidak perlu kemas bergaya. Tidak perlu sibuk nak beli baju branded padahal duit dam poket senipis kulit bawang.Tidak perlu berkure2 baik di depan saya. Saya akan mudah tertarik apabila si jejaka itu:

  • Matang pada fikiran tetapi tidak skema dalam perbuatan. Mamat2 skema yg menyertai perkumpulan pengawas sekolah adalah populasi yg paling mematikan ghairah. Lelaki yg matang akan tau ape priority dalam hidup dia dan boleh balance keperluan2 bliau.
  • Selesa dan jujur terhadap saya. Jadi diri dia yg sebenar. Kalau kentut mengaku. Kalau nak berak,terus terang. Kalau spenda terselit di celah punggung,sila tarik dgn sopan. Manusia biasa mesti akan alami semua tu. Apa masalahnye. Penipuan dan kekura2an adalah punca pengkhianatan yg menjijikkan
  • Sabar dan dapat menerima karenah saya yg kadang2 pelik dan tahape2. saya bukan wanita yg sanggup menepek bedak sebanyak 3 lapis sebelum keluar rumah. Saya juga paling selesa memakai selipar jepun asadi ke mana2 sahaja walaupun dalam kereta saya ada 9 pasang kasut pelbagai jenis. Saya bukan seorg yg "organised" dan ciri2 wanita ayu masih tandus pada saya ini.huhu
  • Bijak.  Saya rasa selesa berada disisi beliau yg bijak. Bijak bukan saje dari segi IQ, tapi juga EQ dan SQ nye. Therefore, dia akan bijak mengendalikan keadaan dan emosi org di sekelilingnye.Lelaki bijak boleh diajak bercerita ttg macam2 perkara. Dari ke hal2 remeh seperti cara menangani lemak yg berpendirian teguh di bahagian perut, hinggalah ke hal ehwal dunia. sejarah. ekonomi. politik. saya perlukan lelaki yg bijak untuk bercakap pada saya ttg perkara2 global sbb saya sgt malas membaca bahan2 ilmiah.
  • Hv a very good sense of humor. Lawak2 keras peringkat amatur tidak termasuk dlm kategori ini. Bile saya marah, kemarahan tu paling mudah dinyahkan dgn lawak yg bertepatan. Lelaki seperti ni jugak akan mnjadikan saya ceria dan merindui dia di setiap ketika (saya smakin jiwang kan.ahahah)
  • Relax.bukan jenis menggelabah puyuh.Boleh memandu dgn machonye walau lesen dah mati 3bulan yg lalu. Boleh senyum dan tepuk2 perut walaupun saya sedang membebel tentang tuala yg tidak dibasuh sejak smggu yg lalu. xcepat naik angin bile saya merajuk kerana bliau memilih water rafting instead of dating.
Dengan adanye encik pipo, saya kini semakin senang hati. Berat badan yg mencecah 48kg ini..segala kesalahan perlu diletak di bahu beliau.

5 comments:

  1. ko mmg jiwang karat serr..haha...
    weih, nk gak kenal en pipo tu sape.huhu

    ReplyDelete
  2. en pipo ialah hippo yg berlemak.ekeke..wei,cane nak link blog cam ko buat eh (aku yg agak benak dalam bab IT)

    ReplyDelete
  3. huh..pjg lebar ni part 1 ke? ade part 2 ke?? lawak jiwang minah ni skang...;)

    ReplyDelete
  4. hahahaha..talam..

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum