Load Counter

Sunday, September 5, 2010

lelaki itu -JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA TAK MAMPU MENCERAP WATAK JIWANG YANG SERIUS-

Lelaki itu, sukar dimengerti hatinya. Payah diduga rentaknya.
Tapi, utk apa mengerti kalau tak sanggup menjaga hati. Dan tak usahlah menduga kalau sekadar ingin menanam curiga.

Lelaki itu, walaupun tak mudah di percaya..tapi, dia tak pernah memperdaya. Ucapnya tulus, menzahir kebenaran walau kadang2 terlalu pahit untuk ditelan.

Lelaki itu, yang kerinting bulunya, yang jelas halkumnya, yang kasar kulitnya, masih lagi disitu. Menjaga dan melindungi. Merindu dan menyayangi.

Terima kasih encik lelaki. Terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang tidak berhormon pondan. Tak pernah mengaku kalah di tengah jalan. Tak juga mencari alasan menutup kesilapan.

Perempuan ini, bukan juga terlalu sempurna. Untuk mengadili apatah lagi menghina.
Sebaiknya, pelihara saja landasan itu. Jangan sampai dilanggar babi, jangan sampai reput dan mati.

*Aku dah warning kat tajuk tadi,entri ini adalah edisi jiwang yang serius. Jangan salahkan aku kalau kemaluan masing2 kembang dan geli apabila membacanya*

1 comment:

  1. hahahahaha....aku tak dapat nak layan jiwang lepas baca ayat terakhir kau....kahkahkah

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum