Load Counter

Saturday, September 4, 2010

jika malang itu berbau kentut

Puasa dah nak dekat sebulan. Dan blog ni jugak telah aku puasakan. Kerana aku bimbang penulisan2 ini berbaur unsur umpatan sekaligus menipiskan lagi pahala puasa aku yg sememangnye senipis bulu kening maisarah nahrawi ni.

Tapi pada hari ni aku rasa nak menulis. Sebab aku teringat hari khamis lepas. Yang boleh aku kategorikan sbagai salah satu dari hari malang aku (nampak sangat aku ni banyak hari malang kan) Pagi tu, aku terbangun lambat. Dengan penuh rasa yakin, aku capai baju kurung jalur2 pink yg memang jenis kain xpayah gosok (kebanyakan baju aku mmg jenis xpayah gosok, sinonim dn sikap aku yg rajin ni)

Dengan terkocoh2nye aku smayang dan bersiap. Turun2 je, bas xde. EE...bas ni buat hal pulak. Dahla tempat tggu bas dekat dgn tmpat sampah yg ulatnye dekat sama besar dgn jari klingking aku. Erkk...loyanye bile tringat. Tunggu dekat 15 minit,baru nampak bas terhegeh2 datang. Aku pun bersiap sedia utk menyerbu bas tersebut. Dengan gaya selitan yg penuh aerodinamik, aku berjaya duduk dalam bas. Ahh..lega..

Dengan hati yg masih bangga sebab dapat duduk dlam bas yg mmg selalu penuh, aku menoleh ke kanan. Tibe2 aku rasa macam nak turun balik dari bas tersebut.. Makcik 50an yang duduk sebelah aku pakai BAJU KURUNG JALUR2 PINK yg samaa sebijik dgn aku. Selamat tudung dia kaler cekelat, tudung aku merah belacan. Aaaaa......apakah dugaan ini? Adakah aku akan diiktiraf sebagai Pembimbing Rakan Sebaya kepada makcik? Atau org akan menyangka bahawa kitorg geng marhaban yg ketinggalan bas rombongan pengantin???

Setelah beberapa ketika berada dalam penyiksaan, aku pun sampai ke opis. Hari tu ada introduction session dgn GM baru yg datang dari Jepun. So..ramai le org kat HQ ni. Tengah aku nak berjalan ke tempat Wawa, aku nampak Chris dok menuang air. Eh, Chris dah potong rambut..Aku pun tersengeh2 tengok Chris dari jauh. Ingat nak tegur la. Tibe2..bile dekat. Sengehan aku terus terpadam. Orang itu sedang merenung aku dengan muka pelik.Itu orang Jepun. Bukan Chris.



Kan bes kalau malang tu sekurang2nye berbau kentut

P/s: Cikgu disiplin aku masa sekolah menengah dulu kata, 'malang' tu maksudnye stim. dan dia slalu sound budak2 lelaki supaya jangan selalu 'malang'. Sampai sekarang aku seriously xpaham apa kaitan malang dgn stim..

1 comment:

  1. sah..ko jual nama aku eh..si kenit ni mmg nak kena niehhhhh

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum