Load Counter

Saturday, January 29, 2011

Harapan untuk menghapdet blog dgn lebih kerap nampaknye hanya tinggal harapan
ekceli aku bukanlah bz sangat
Cumanye tak reti nak urus masa sendiri. Sebab tu lah...walaupun dah 5 hari berlalu, aku masih belum lipat kain yg aku angkat dari ampaian pada ahad lepas.

Lagi satu penyakit aku, bila tengah drive ke..apa ke..banyak je benda rasa nak cite dalam blog. Tapi...bile dah mengadap blog nih, rasa tatau plak nak tulis ape. Hu.

Hari sabtu cenggini rasa sangat membahagiakan. Sebab tak payah bangun awal2, xpayah menggigil mandi sesubuh..dan yang paling besttt xpayah menghadap jem yg merencatkan segala kesabaran manusia.
Lately jem sangat teruk, sampai aku late-in 2kali dlm mnggu lepas. Hawau betul.

Hari Khamis ritu jem dasat sbb banyak jalan kene tutup untuk raptai Hari Wilayah. Aku tatau la aku ke atau diorg yg bodoh. Tapi...xboleh ke ko tutup jalan tu lambat sikit??Ko tak tau ke kat KL ni kalau pepagi gitu kereta sesak dan menyesakkan? Jadi..mengapakah harus ditambah lagi dgn agenda penutupan jalan semata2 utk raptaiiiiiiiiiiiiiiiiiii? Kalau korang memang beriya sangat nak sambut hari wilayah pun,ko tutup la jalan tu pukul 10 ke...930 ke. Aku ni sampai dekat 3 jam dok dalam kereta, nak sampai ke opis. Darah kat bontot pun dah naik beku.

Lepas tu, yg lebih menglahabaukan, time tu jugak la kereta menteri lima nam bijik nak lalu. Eh menteri, korang pegi naik helikopter je boleh x? Masa aku tgh berimpit2 ni, ko sibuk nak menyempit llagi. Siap dgn polis2 eskot segala..apakehal?

Ok, tamo cite pasal jem. Bile teringat, kepala jadi sesak. Baik aku g basuh baju jap

No comments:

Post a Comment

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum