Load Counter

Thursday, January 6, 2011

sila kawen jika gatal

Khamis yang kelabu. Pagi ni hujan sangat lebat. Kat KL, kalau hujan renyai2 pun jem dah macam banjir kilat. Apatah lagi kalau ujan lebat...memang panas bontot, panas enjin, panas hati dibuatnye. Time ni le akan ade malaun2 yang cube mencelah2 kat tempat yg memang dah tak boleh dicelah. Eee..benci la.

Nak masuk tol NKVE, 5km sebelumnye dah jem. Time cenggini kalau ade yang cirit birit, memang menderita. Mujur perut aku bersikap neutral pada hari ini. Tengah2 tensen menunggu kereta depan nak gerak, tibe2 keta sebelah hon2. Aku ingat mat jebon tu nak menyelit gak. Aku dah bengang,memandang dengan jelingan penuh kesumat. Rupanya, dalam keta tu ada 3 orang jantan idung belang yg memang tak hensem, tersengeh2 sambil angkat tangan dan gelak2. Apekah??!!!!

Dan..kebengongan mat2 jebon tu terus mengingatkan aku pada kegatalan satu lagi makhluk. Minggu lepas, henpon aku telah diganggu oleh panggilan dari 'private number'. Aku pun tatau sape, cumenya makhluk tu mesti akan call lebih kurang dalam pukul 3pagi. 2-3 hari gak dia call, tapi aku xjawab. Tak kuasa weh, nak jawab call tah dari sape time2 gitu. Tapi, nak dijadikan cerita, pukul 3 pagi tadi, makhluk tu menelepon lagi. Masa ni, aku memang tido tak berapa lena sbb gigi aku sakit. Tah macam mana, aku rasa nak jawab. Nak la gak tau, sape plak yg rajin sangat asik menelefon pagi2 buta ni...Mungkinkah ini taktik terkini dari gerakan tabligh yg mengejutkan orang untuk sembahyang tahajud?

Telefon berdering 2-3 kali,aku pun angkat. Tapi aku diam. Aku dengar suara lelaki..

Lelaki jahanam: Hello..
Aku : (diam)
Lelaki jahanam: Hello siti..
Aku : Siapa ni? (suara perlahan sbb dalam keadaan separa sedar lagi.mamai2)
Lelaki jahanam: Sayang..ni abang la..takkan tak kenal abang..(suara masa ni memang dah berunsur miang)
Aku: Abang mana?
Lelaki jahanam: Abg Joe la..Ti..sayang..tak ada orang dengar ni..ni antara kite berdua je..sayang,abang nak mintak sesuatu ni..boleh ye sayang..abang nak minta- Aku putuskan sbb nak muntah dengar suara si jahanam tu merengek2 macam ungka nak mintak kene pelempang-

Masa ni kepala aku start berfikir. Sape lak bedebah yg tau nama aku nih? Suara dah la gatal gile. Budget manja habis la tu? Aku geli tau tak..GELIIIIIIIIIIIIIII.
AHHhhah!! Ni tak lain tak bukan, mesti dapat number dari mudah.my. Sebab ritu aku ada publish iklan nak carik roommate.

Tibe2,tepon aku bebunyik lagi. Aku tgk, 'private number' tu lagi. Masa ni aku mmg dah hangin dah. Ho..ko memang carik pasal kan. Takpe...meh aku jawab panggilan gersang ko nih.

Lelaki jahanam: Ti..nape letak tadi sayang?? Abang nak cakap dengan sayang ni...
Aku: Nak cakap pe
Lelaki jahanam: Sayang..abang nak-masa ni dia tak habis cakap lagi, aku dah jerit kat dia

"Nak apa? NAk mampos?!!KO ni sakit tau tak?! Lemah segala2nya. Pengecut. Pathetic!! Kalau dah gatal sangat, ko boleh pegi kawen tak??!! Jangan menyusahkan idup orang, menelepon pepagi buta nak menggatal segala. Aku takde selera la dgn orang gila macam ko!!!"

Pastu aku terus letak. Henpon tu tak bunyik lagi dah. Mesti mamat tu tengah stim2, terus tergencat sbb aku terjerit2 dengan intonasi jantan aku.
Aku ingat lagi dulu masa aku sekolah menengah, ada gak orang macam ni. Tapi masa tu call pakai tepon umah. Bila aku angkat, aku dengar dia berbisik2. Yang aku ni, time tu lurus bendul lagi, beriya2 la kata "boleh cakap kuat sikit tak, saya xdengar la"
Sekali je, aku dengar dia kata "Abang nak c**** tembam boleh tak?" WEi..................memang tuuuut la spesis2 cenggini.

Korang.. kalau rasa dah tak tahan sangat, pegi kawen. Kalau takde sape yang hingin, pegi puasa. Kalau tak boleh tahan jugak, pegi Golok. Dah, habis cerita. Jangan dok menyusahkan orang lain. Dan menyusahkan diri korang sendiri gak. Nak guna private number sume tu dah kena extra charge. Pastu sibuk menelepon sana sini, kena bayar lagi. Pastu setakat menggatal kat telepon je, dapat nye tidak. Tak ke bongok namanye tu.

Masa nak g keje tadi, aku ngadu kat pipo. Dia kata, lepas ni mamat tu mesti pi bukak mudah.my, carik number lain pulak. Huhu.

Kadang2, tu yang aku malas nak publish ad kat internet ni. Sejak aku publish ad tu, memang ramai yg mesej2 gatal. Tapi aku ignore je la, sbb org gatal ni memang tebiat diorang cenggitu. Belasah je mana2 nombor asalkan nampak nama perempuan. Tak sangka pulak ada yg gatal di tahap extreme.

Aku rasa..orang2 macam ni mesti lemah tenaga batin. Barang tak dapat menjalankan fungsi dgn baik.Kesian.

2 comments:

  1. oittt..bagus gak ko maki dia..eee..geram nye aku ngn jantan yg sebegini..haishhh

    ReplyDelete
  2. owh damn byk kali kena mcm ni just dapat msg la..hosmet i dpt calling kami loud speaker maki dia ramai2 tp dia tgh layan stim agaknya..hahaha terus hang up..sbb kena maki pun x jalan :p

    ReplyDelete

komen dan kondem dialu2kan.tetapi kondom amat diharamkan.harap maklum