Hari ni masa pegi keje jalan xjem. Mungkin ramai yg cuti. Yela, rini kan 1st day skolah bukak balik. Jadi, parents diorg ni normally akan amik cuti. Nak temankan anak untuk hari pertama..
Haish..untungla budak2 sekarang. Mak bapak sanggup ambik cuti nak hanta korang pegi skolah. Kengkadang yg terlebih poyo tu, siap bawak handycam lagi..nak amek aksi anak dia.
Dulu, masa aku start sekolah, memang sangat lain. Oleh kerana aku anak bongsu, adik bradik plak sembilan..so,confirmla bapak aku jauh lebih tua kalau nak compare dgn kengkawan aku time tuh. Org tua2 ni, biasala..bukan prihatin sangat bab2 sekolah ni. Pandai2 la aku nak uruskan diri. Pegi skolah pun, kakak aku yg darjah 5 daftarkan. Pegi balik jalan kaki. Hujan ke, panas ke..terhangguk2 jugak la bejalan balik rumah.
Yang lagi kesian, masa darjah 1, aku bukannye pandai sangat nak uruskan diri. Tapi, tade sape nak gosokkan baju aku, kemaskan beg aku. Jadi..nak tanak, terpaksa buat sendiri. Pagi2 pegi sekolah, aku selalu pakai stokin seblah lain sebelah lain. Tapi..masa tu, aku bukan kisah pun. Ala...setakat stokin,,sape yg nak tgk sangat?? Kalau sependa jangan cakap la. Memang sah2 aku tibai sependa akak aku. Selamatla kami ni yang perempuan ada 8 orang. Jadi, masalah 'dalaman' boleh diuruskan dgn cara -rembat je sape2 punya asalkan muat dan tuan empunya tak tau yg barang dia kena rembat-. Masa tu pulak, sependa sume lebih kurang sama corak. Sebab mak aku suke buat sependa dari kain lebihan langsir atau sarung bantal. Aku paling suke kalau nak tido malam, cari sependa yang sepadan dgn sarung bantal..hehe.Mak aku memang kreatif. Jadi,walaupun kami susah, tapi baju selalu bertukar..makan pun selalu sedap2 sbb emak mmg pandai masak (kenapa takde satu pun bakat mak menurun kat aku?hu)
Tapi bapak aku garang. Sangat garang. Kitorang sume, tak kire lelaki ke perempuan..semua akan rasa pelempang jepun dia. Penah sekali tu, bapak aku suruh kutip taik cicak, aku plak dok melopong depan tv, buat2 xdengar. Tiba2..PANG!! Gelap. Rupanya mata aku berpinar sbb kena penampo free. Kalau akak aku lagi ganas. Penah sekali tu, bapak aku nak lempang, dia tahan dengan tangan. Apa lagi, naik hangin la orang tua tu. Bila dia nak lempang lagi sekali, akak aku terjun ikut tingkap. Bapak dah garang macam tu pun, aku masih jadik pemalas macam ni. Aku rasa kalau bapak aku tak garang, mesti aku lagi malas dari batu belah batu bertangkup (batu belah tu kire pmalas la kan? Dahla tanak bergerak,tau nak menelan je. Pastu gile glamer. Asik2 kua cite batu belah)
Semalam, masa aku mengadap kain selonggok yg perlu dilipat,
aku cakap kat kawan aku " Hai...besnye kalau ada anak"
kawan aku: "Ha a..best kan kalau ada baby. Comel. Boleh main2 ngan dia"
aku : "Takla...aku rasa nak anak bukan sbb tu"
kawan aku: "la..bestu?"
aku: "Sebab..aku boleh suruh dia kemas rumah,masak, lipat kain. So,aku boleh la lepak tengok tb ke, main game ke.."
Hoho..aku memang bakal ibu yang berpandangan jauh,kan?
Monday, January 3, 2011
Saturday, January 1, 2011
2011 - post ini lebih matang dari biasa
hoho...sudah 2011
azam tahun baru saye
1. Menjadi org yg berazam (tahun sebelum2 ni memang xpernah ada azam.huhu)
2. Menguruskan badan,atau lebih tepat lagi...mengempiskan perut. Saya tidak mahu disaspek mengandung sebelum waktu!! (katakan TIDAK kepada makanan berlemak dan aktiviti bersemayam selepas makan)
3. Mengumpul duit demi membina sebuah rumah tangga yang bahagia disamping suami dan anak2 terchenta (ok,yg ini memang betul2 ayat wanita matang)
4. Mencuci kereta sekurang2nye sebulan sekali (biarla 2011 ni kereta aku rasa dimanjai sikit...skarang ni selagi kereta tu xrupa kerbau balar,jgn harap aku nak pegi cuci.muahhaha)
5. Mengurangkan merajuk dan menangis. Saya bakal berumur 28 tahun. Jadi, segala sifat kenak2an itu perlulah dikawalselia
6. Membayar hutang PTPTN secara berperingkat (saya dah jemu menjadi peminjam tegar)
7. Menghapdet blog sekurang2nye dua kali seminggu. Kesian blog ini, umpama hidup segan mati tak mau.
2011...semoga jadi sangat bermakna untuk saye :)

Tuesday, November 16, 2010
cemas di lorong kecemasan
Rini aku berazam nak balik awal sbb
1. Nak terus pegi bank in cek skali
2. Nak berbuka puasa dgn juadah yg lazat
3. Sbb aku sememangnye hari2 memang suke balik awal. Apa barang balik lambat. Bukan ada mamat ensem pun yg merangsang hormon aku kat opis tu.
Dahla kena menapak jauh rini. Aku paking jauh sikit sebab datang lambat...parking pulak cop rambo.Pakai bedal je mana2 yg boleh parking..so, kena la jalan jauh (mungkin Allah mencorak takdir begini untuk aku supaya aku berpeluang menangani masalah selulit dengan mengamalkan gaya hidup 10,000 langkah dalam sehari)
Masuk keta,stat enjin, nampak minyak tinggal dua takuk. Dari rumah pagi tadi pun sebenarnya aku tengok dah memang dua takuk. Nak isi kat stesen Esso depan ni...rasa cam xglemer plak isi kat Esso. "Isi kat Shell je la nanti" kataku yang berakal sedikit cetek. Sampai2 kat tol Jalan Duta, nampak Shell belah kiri. "Urm..ramainye orang. Xpayahla isi dulu"
Lepas je dari stesen Shell tu,lampu minyak aku dah blinking. SHIP(makian berbentuk sopan) Tengok keta kat depan..jammed. Hoho...bagus Aisah. Kalau kereta aku stop kat tengah2 jem, pastu tgh naik bukit ni, sure kena bukak payung bagi menepis tempias hasil sumpah seranah masyarakat sekeliling. "Takpe2...baca Bismillah banyak2. Allah sentiasa menolong orang2 beriman" kata2 untuk sedapkan hati sendiri.
Memang segala ayat aku baca, akhirnya terpaksa isi minyak kat R & R Sungai Buloh. Pastu yang paling sengal, stesen minyak kat situ adalah ESSO. Haish..apa ke egoistik sangat aku nih. Kalau isi minyak dari tadi, xla berpeluh2 menahan debar.
Tiba2 aku teringat kes hujung tahun lepas. Masa tu aku nak isi minyak kat Petronas yang paling dekat dengan rumah. Orang memang bederet. Pastu depan aku ni ada satu kancil itam. Parking kat lot nak isi minyak tu la. Tapi agak ke depan sikit. Kira muat la kalau keta aku nak menyelit. Aku tunggu punya tunggu, dekat 20 minit. Aku pun pi la kaunter, nak tanya adik tu boleh tak bagi aku isi minyak dulu. Tetibe dia pulak naik hangin "Sabarla kak, abang tu tengah beratur nak cucuk duit"
"Ehhhhhhhhhhh...apa ke bengapppppp sangat. Kalau ko nak cucuk duit,parking la tempat len dulu. Tak nampak ke kereta berderet nak mengisi minyak nih? Yang minah cashier tu pun sama gak sentengnye. Ko nak backing mamat tu pehal? Kalau ensem takpe gak. Ini pakai seluar pendek nampak kaki berbulu dan berparut. Blueekkk..tak lalu. Minah tu pun muka ala-ala tayar keretapi. Hah,sesuai la tu. Aku kawenkan je korang ni eloknye. Biar dapat anak nanti sama IQ rendah macam korang (erkk...aku ni pulak,ntah2 takde IQ langsung)
Aku malas nak cakap banyak. Bengang punya pasal, terus blah. Dengan perasan amarah yang memanaskan telinga, aku drive pegi Petronas yang jauh sikit. On d way nak keluar tu, ada satu motor ni. Mamat yang bonceng kat belakang motor tu dok hon2. Pastu bila aku pandang, dia macam buat sign samtting. Aku ingat dia tunjuk "finger". Aku punya la bertambah hangin..Aku bukan makan jalan dia pun!! Yang nak marah2 aku kenapa?
Aku pun tekan hon kuat2,lama2..pastu bagi lampu. Huh..benci betul. Mamat2 tu macam terkesima dan cepat2 berlalu. Padan muka korang.
Sampai kat Petronas. Aku turun, nak g bayar. Tibe2, aku tengok tank minyak aku terbukak. Siap tutup yg itam tu dok tergantung kat situ. Oh, ok. Aku tak tau macam mana nak carik mamat motor tadi untuk mintak mahap.

Friday, October 15, 2010
kenangan lampau yg terlampau
Kenangan dalm idup memang banyak. Tapi tak semua kenangan tu kite dapat ingat,kan.(eh,kalau dah namanya kenangan..sepatutnye itu benda yg kite kenang la,kan?huh,ape2 je lah)
Masa raya ritu,mesti la jumpa kengkawan. N sanak sedara, kan. Then, aku dapat redall beberapa perkara yg aku sendiri pun dah tak ingat:
1. Kawan aku kata, aku penah ajar diorg petua untuk bertahan puasa sampai ke petang. Petuanya ialah: Kite perlu cepat2 mandi lepas balik sekolah. Then, masa mandi kena bukak mulut.>>Weh, betul ke aku ada ajar benda camni? Takkan aku sekeji ini kot.
2. Anak buah cerita balik, dulu sebelum pegi sekolah agama (time ni zaman skolah rendah), aku dan anak buah aku akan sembahyang zuhur sama2. Satu hari tu, aku makan chewing gum. Pastu masa nak solat, aku tak keluarkan pun chewing gum tu dari mulut aku. Anak buah aku tak puas hati, dia pun tanya "Mak usu, masa sembahyang boleh ke makan?"
Aku pun jawab dengan konpiden "Makan benda lain tak boleh. Tapi kalau makan singgam(chewinggum) tak apa. Sebab masa sembahyang kita boleh lekatkan singgam kat lelangit. Kirenye macam kite tak makan apa2 jugakla">>Erk...adakah aku cube mewujudkan fatwa sendiri pada waktu itu?Mampus aku kena sula dgn Dato' Harussani kang.Huhu
3. Ok, yang ni memang serius keji.
Kat kampung aku jamban ada satu je. Masa dulu,kan anak buah aku duduk sekali dengan aku kan. Kadang2,bontot kitorang buat perancangan sendiri. Diorang dah buat 'date' untuk berak pada masa yang sama. Time perut aku memulas, time tu jugak anak buah aku menggelupur nak terberak. Akak aku menyampah sebab kitorang berebut2 nak berak. Dia suruh masuk dua2 sekali. Then, apakah yg patut kami lakukan dalam keadaan tersebut?
Alhamdulillah,Aku dan anak buah aku mungkin ditakdirkan memiliki otak yang genius dalam hal perberakan. Kitorang berak sama2. Jamban tu adalah jamban cangkung. Dan ini memudahkan proses berak secara duet: Aku mengadap pintu, anak buah aku mengadap dinding belakang. Mungkin pada masa itu,kami masih bersaiz mini. So,muatla nak share2. Kalau sekarang..aku rela pengsan sebab tahan taik daripada berak secara berkumpulan
So far..ni je yang aku reveal dulu. Aku nak muhasabah diri jap. HuHU

Tuesday, September 14, 2010
berak bukan satu dosa
Ahli psikologi selalu mengkaji kelakuan manusia melalui tabiat2 mereka. Kaji cara tidur,cara makan dan pergerakan tangan. Aku rasa xpuas ati, nape xde pakar yang nak kaji cara manusia berak dan seterusnya membuat analisa perkaitan posisi berak dgn tingkahlaku manusia. Hina sangatkah berak itu? Mengapa berak sering dipandang sinis? Kenapa pakwe makwe yg baru berkenalan malu nak cakap "saya nak berak" ketika keluar dating? Bukan kah berak itu penting?Bukan ke kalau xberak kita akan merana seumur idup?
Jadi dengan penuh semangat saintis, aku cuba mengungkai misteri beberapa peringkat berak yang sangat jarang kita bincangkan dalam komuniti.
Berak normal - biasanya taik berbentuk pisang. Terapung dalam air. Saiz sedang2, dan hanya memerlukan sekali 'push' untuk menjerluskan beliau dari kepompongnya. Jimat masa dan tenaga. Kalau dapat berak jenis camni, memang bertuah. Perut lega, badan sihat sejahtera,hati pun gembira.
Berak keras - Yang ni biasanye ketul2. Kecik2, tapi xberapa bulat. Dia keluar satu persatu. Kalau keras sangat, mungkin ada yg terpaksa korek guna jari (Ini biasanya dilakukan oleh ibu2 kepada anak2nya yg masih kecik...tapi, tak taula kalau korg yg dah tua bangka ni pun ada yg buat demikian..sape tau,kan?) Bagi memastikan benda camni dapat dielakkan,banyak2kan minum air dan makan buah betik. Tapi seriusly, aku rasa buah pisang lagi melawaskan dari betik. Aku, kalau makan pisang goreng ke, cekodok pisang ke..mesti cepat je rasa nak menyahtinja.
Berak cirit - yg ni ada dua jenis.
1. Cirit minor.
Taik biasanya berbentuk panjang. Kurus. Macam Taik kucing tapi hujungnye lebih tirus. Pastu taik ni tenggelam dalam air. Yang ni sebelum berak korg akan rasa perut memulas2,pastu kentut memang konfem bau taik peram. Kalau nak settlekan berak jenis ni, memang kena memerut agak lama dalam toilet.
2. Cirit major.
Yang ni taik tak dapat dipastikan jenis ape. Sebab biasanya diorg akan berpusu2 dan keluar secara semburan. Kalau agak2 perut korg macam menggelegak je tu, sah...memang simptom2 cirit major. Janganla berani2 nak kentut sebab takut dgn taik2 sekali akan terpercik mengiringi gas tersebut. (kenapa aku boleh tulis benda camni?)
Pastu, biasanya bila cirit major ni berlaku, lepas diorg tu keluar,tubir dedubur akan terasa hangat. Mungkin sbb punca kepada cirit major ialah makanan yg terlalu pedas yg tak dapat diterima oleh perut..Cirit major ni agak bahaya. Sebab kadang2 korg rasa macam dah habis membuang,tapi..keluar je dari toilet, dia datang lagi..tensen,kan.
Baru2 ni, aku dapat tau, ada sesetengah manusia suke berbogel ketika berak. Aku rasa macam pelik, tapi aku tak taula pulak kalau pada korg perkara tersebut adalah normal. Mungkin, perbogelan itu dapat membawa ketenangan kepada bliau. Kalau aku,aku suka alirkan air paip kat tangan...sambil tggu najis meninggalkan usus. Bagi yg xpernah cube,cubala buat lpas ni. Mesti korg terasa nyaman dan nikmat.
Dulu, sorg kawan aku penah kata (nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga hak asasi beliau), kalau dia berak keras, susah sangat nak kuar, dia akan pegang kepala paip sebagai pemangkin untuk proses peneranan. Bile pegang kepala paip, baru boleh teran kuat2 sbb ada 'something to hold on'.Adakah ada antara korg yg turut berbuat demikian?

Sunday, September 5, 2010
lelaki itu -JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA TAK MAMPU MENCERAP WATAK JIWANG YANG SERIUS-
Lelaki itu, sukar dimengerti hatinya. Payah diduga rentaknya.
Tapi, utk apa mengerti kalau tak sanggup menjaga hati. Dan tak usahlah menduga kalau sekadar ingin menanam curiga.
Lelaki itu, walaupun tak mudah di percaya..tapi, dia tak pernah memperdaya. Ucapnya tulus, menzahir kebenaran walau kadang2 terlalu pahit untuk ditelan.
Lelaki itu, yang kerinting bulunya, yang jelas halkumnya, yang kasar kulitnya, masih lagi disitu. Menjaga dan melindungi. Merindu dan menyayangi.
Terima kasih encik lelaki. Terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang tidak berhormon pondan. Tak pernah mengaku kalah di tengah jalan. Tak juga mencari alasan menutup kesilapan.
Perempuan ini, bukan juga terlalu sempurna. Untuk mengadili apatah lagi menghina.
Sebaiknya, pelihara saja landasan itu. Jangan sampai dilanggar babi, jangan sampai reput dan mati.
*Aku dah warning kat tajuk tadi,entri ini adalah edisi jiwang yang serius. Jangan salahkan aku kalau kemaluan masing2 kembang dan geli apabila membacanya*

Saturday, September 4, 2010
jika malang itu berbau kentut
Puasa dah nak dekat sebulan. Dan blog ni jugak telah aku puasakan. Kerana aku bimbang penulisan2 ini berbaur unsur umpatan sekaligus menipiskan lagi pahala puasa aku yg sememangnye senipis bulu kening maisarah nahrawi ni.
Tapi pada hari ni aku rasa nak menulis. Sebab aku teringat hari khamis lepas. Yang boleh aku kategorikan sbagai salah satu dari hari malang aku (nampak sangat aku ni banyak hari malang kan) Pagi tu, aku terbangun lambat. Dengan penuh rasa yakin, aku capai baju kurung jalur2 pink yg memang jenis kain xpayah gosok (kebanyakan baju aku mmg jenis xpayah gosok, sinonim dn sikap aku yg rajin ni)
Dengan terkocoh2nye aku smayang dan bersiap. Turun2 je, bas xde. EE...bas ni buat hal pulak. Dahla tempat tggu bas dekat dgn tmpat sampah yg ulatnye dekat sama besar dgn jari klingking aku. Erkk...loyanye bile tringat. Tunggu dekat 15 minit,baru nampak bas terhegeh2 datang. Aku pun bersiap sedia utk menyerbu bas tersebut. Dengan gaya selitan yg penuh aerodinamik, aku berjaya duduk dalam bas. Ahh..lega..
Dengan hati yg masih bangga sebab dapat duduk dlam bas yg mmg selalu penuh, aku menoleh ke kanan. Tibe2 aku rasa macam nak turun balik dari bas tersebut.. Makcik 50an yang duduk sebelah aku pakai BAJU KURUNG JALUR2 PINK yg samaa sebijik dgn aku. Selamat tudung dia kaler cekelat, tudung aku merah belacan. Aaaaa......apakah dugaan ini? Adakah aku akan diiktiraf sebagai Pembimbing Rakan Sebaya kepada makcik? Atau org akan menyangka bahawa kitorg geng marhaban yg ketinggalan bas rombongan pengantin???
Setelah beberapa ketika berada dalam penyiksaan, aku pun sampai ke opis. Hari tu ada introduction session dgn GM baru yg datang dari Jepun. So..ramai le org kat HQ ni. Tengah aku nak berjalan ke tempat Wawa, aku nampak Chris dok menuang air. Eh, Chris dah potong rambut..Aku pun tersengeh2 tengok Chris dari jauh. Ingat nak tegur la. Tibe2..bile dekat. Sengehan aku terus terpadam. Orang itu sedang merenung aku dengan muka pelik.Itu orang Jepun. Bukan Chris.
Kan bes kalau malang tu sekurang2nye berbau kentut
P/s: Cikgu disiplin aku masa sekolah menengah dulu kata, 'malang' tu maksudnye stim. dan dia slalu sound budak2 lelaki supaya jangan selalu 'malang'. Sampai sekarang aku seriously xpaham apa kaitan malang dgn stim..

Subscribe to:
Posts (Atom)