Load Counter

Tuesday, November 16, 2010

cemas di lorong kecemasan

Rini aku berazam nak balik awal sbb
1. Nak terus pegi bank in cek skali
2. Nak berbuka puasa dgn juadah yg lazat
3. Sbb aku sememangnye hari2 memang suke balik awal. Apa barang balik lambat. Bukan ada mamat ensem pun yg merangsang hormon aku kat opis tu.

Dahla kena menapak jauh rini. Aku paking jauh sikit sebab datang lambat...parking pulak cop rambo.Pakai bedal je mana2 yg boleh parking..so, kena la jalan jauh (mungkin Allah mencorak takdir begini untuk aku supaya aku berpeluang menangani masalah selulit dengan mengamalkan gaya hidup 10,000 langkah dalam sehari)

Masuk keta,stat enjin, nampak minyak tinggal dua takuk. Dari rumah pagi tadi pun sebenarnya aku tengok dah memang dua takuk. Nak isi kat stesen Esso depan ni...rasa cam xglemer plak isi kat Esso. "Isi kat Shell je la nanti" kataku yang berakal sedikit cetek. Sampai2 kat tol Jalan Duta, nampak Shell belah kiri. "Urm..ramainye orang. Xpayahla isi dulu"

Lepas je dari stesen Shell tu,lampu minyak aku dah blinking. SHIP(makian berbentuk sopan) Tengok keta kat depan..jammed. Hoho...bagus Aisah. Kalau kereta aku stop kat tengah2 jem, pastu tgh naik bukit ni, sure kena bukak payung bagi menepis tempias hasil sumpah seranah masyarakat sekeliling. "Takpe2...baca Bismillah banyak2. Allah sentiasa menolong orang2 beriman" kata2 untuk sedapkan hati sendiri.

Memang segala ayat aku baca, akhirnya terpaksa isi minyak kat R & R Sungai Buloh. Pastu yang paling sengal, stesen minyak kat situ adalah ESSO. Haish..apa ke egoistik sangat aku nih. Kalau isi minyak dari tadi, xla berpeluh2 menahan debar.

Tiba2 aku teringat kes hujung tahun lepas. Masa tu aku nak isi minyak kat Petronas yang paling dekat dengan rumah. Orang memang bederet. Pastu depan aku ni ada satu kancil itam. Parking kat lot nak isi minyak tu la. Tapi agak ke depan sikit. Kira muat la kalau keta aku nak menyelit. Aku tunggu punya tunggu, dekat 20 minit. Aku pun pi la kaunter, nak tanya adik tu boleh tak bagi aku isi minyak dulu. Tetibe dia pulak naik hangin "Sabarla kak, abang tu tengah beratur nak cucuk duit"

"Ehhhhhhhhhhh...apa ke bengapppppp sangat. Kalau ko nak cucuk duit,parking la tempat len dulu. Tak nampak ke kereta berderet nak mengisi minyak nih? Yang minah cashier tu pun sama gak sentengnye. Ko nak backing mamat tu pehal? Kalau ensem takpe gak. Ini pakai seluar pendek nampak kaki berbulu dan berparut. Blueekkk..tak lalu. Minah tu pun muka ala-ala tayar keretapi. Hah,sesuai la tu. Aku kawenkan je korang ni eloknye. Biar dapat anak nanti sama IQ rendah macam korang (erkk...aku ni pulak,ntah2 takde IQ langsung)

Aku malas nak cakap banyak. Bengang punya pasal, terus blah. Dengan perasan amarah yang memanaskan telinga, aku drive pegi Petronas yang jauh sikit. On d way nak keluar tu, ada satu motor ni. Mamat yang bonceng kat belakang motor tu dok hon2. Pastu bila aku pandang, dia macam buat sign samtting. Aku ingat dia tunjuk "finger". Aku punya la bertambah hangin..Aku bukan makan jalan dia pun!! Yang nak marah2 aku kenapa?

Aku pun tekan hon kuat2,lama2..pastu bagi lampu. Huh..benci betul. Mamat2 tu macam terkesima dan cepat2 berlalu. Padan muka korang.

Sampai kat Petronas. Aku turun, nak g bayar. Tibe2, aku tengok tank minyak aku terbukak. Siap tutup yg itam tu dok tergantung kat situ. Oh, ok. Aku tak tau macam mana nak carik mamat motor tadi untuk mintak mahap.

Friday, October 15, 2010

kenangan lampau yg terlampau

Kenangan dalm idup memang banyak. Tapi tak semua kenangan tu kite dapat ingat,kan.(eh,kalau dah namanya kenangan..sepatutnye itu benda yg kite kenang la,kan?huh,ape2 je lah)

Masa raya ritu,mesti la jumpa kengkawan. N sanak sedara, kan. Then, aku dapat redall beberapa perkara yg aku sendiri pun dah tak ingat:

1. Kawan aku kata, aku penah ajar diorg petua untuk bertahan puasa sampai ke petang. Petuanya ialah: Kite perlu cepat2 mandi lepas balik sekolah. Then, masa mandi kena bukak mulut.>>Weh, betul ke aku ada ajar benda camni? Takkan aku sekeji ini kot.

2. Anak buah cerita balik, dulu sebelum pegi sekolah agama (time ni zaman skolah rendah), aku dan anak buah aku akan sembahyang zuhur sama2. Satu hari tu, aku makan chewing gum. Pastu masa nak solat, aku tak keluarkan pun chewing gum tu dari mulut aku. Anak buah aku tak puas hati, dia pun tanya "Mak usu, masa sembahyang boleh ke makan?"
Aku pun jawab dengan konpiden "Makan benda lain tak boleh. Tapi kalau makan singgam(chewinggum) tak apa. Sebab masa sembahyang kita boleh lekatkan singgam kat lelangit. Kirenye macam kite tak makan apa2 jugakla">>Erk...adakah aku cube mewujudkan fatwa sendiri pada waktu itu?Mampus aku kena sula dgn Dato' Harussani kang.Huhu

3. Ok, yang ni memang serius keji.
Kat kampung aku jamban ada satu je. Masa dulu,kan anak buah aku duduk sekali dengan aku kan. Kadang2,bontot kitorang buat perancangan sendiri. Diorang dah buat 'date' untuk berak pada masa yang sama. Time perut aku memulas, time tu jugak anak buah aku menggelupur nak terberak. Akak aku menyampah sebab kitorang berebut2 nak berak. Dia suruh masuk dua2 sekali. Then, apakah yg patut kami lakukan dalam keadaan tersebut?
Alhamdulillah,Aku dan anak buah aku mungkin ditakdirkan memiliki otak yang genius dalam hal perberakan. Kitorang berak sama2. Jamban tu adalah jamban cangkung. Dan ini memudahkan proses berak secara duet: Aku mengadap pintu, anak buah aku mengadap dinding belakang. Mungkin pada masa itu,kami masih bersaiz mini. So,muatla nak share2. Kalau sekarang..aku rela pengsan sebab tahan taik daripada berak secara berkumpulan

So far..ni je yang aku reveal dulu. Aku nak muhasabah diri jap. HuHU

Tuesday, September 14, 2010

berak bukan satu dosa

Ahli psikologi selalu mengkaji kelakuan manusia melalui tabiat2 mereka. Kaji cara tidur,cara makan dan pergerakan tangan. Aku rasa xpuas ati, nape xde pakar yang nak kaji cara manusia berak dan seterusnya membuat analisa perkaitan posisi berak dgn tingkahlaku manusia. Hina sangatkah berak itu? Mengapa berak sering dipandang sinis? Kenapa pakwe makwe yg baru berkenalan malu nak cakap "saya nak berak" ketika keluar dating? Bukan kah berak itu penting?Bukan ke kalau xberak kita akan merana seumur idup?
Jadi dengan penuh semangat saintis, aku cuba mengungkai misteri beberapa peringkat berak yang sangat jarang kita bincangkan dalam komuniti.

Berak normal - biasanya taik berbentuk pisang. Terapung dalam air. Saiz sedang2, dan hanya memerlukan sekali 'push' untuk menjerluskan beliau dari kepompongnya. Jimat masa dan tenaga. Kalau dapat berak jenis camni, memang bertuah. Perut lega, badan sihat sejahtera,hati pun gembira.

Berak keras - Yang ni biasanye ketul2. Kecik2, tapi xberapa bulat. Dia keluar satu persatu. Kalau keras sangat, mungkin ada yg terpaksa korek guna jari (Ini biasanya dilakukan oleh ibu2 kepada anak2nya yg masih kecik...tapi, tak taula kalau korg yg dah tua bangka ni pun ada yg buat demikian..sape tau,kan?) Bagi memastikan benda camni dapat dielakkan,banyak2kan minum air dan makan buah betik. Tapi seriusly, aku rasa buah pisang lagi melawaskan dari betik. Aku, kalau makan pisang goreng ke, cekodok pisang ke..mesti cepat je rasa nak menyahtinja.

Berak cirit - yg ni ada dua jenis.
1. Cirit minor.
Taik biasanya berbentuk panjang. Kurus. Macam Taik kucing tapi hujungnye lebih tirus. Pastu taik ni tenggelam dalam air. Yang ni sebelum berak korg akan rasa perut memulas2,pastu kentut memang konfem bau taik peram. Kalau nak settlekan berak jenis ni, memang kena memerut agak lama dalam toilet.
2. Cirit major.
Yang ni taik tak dapat dipastikan jenis ape. Sebab biasanya diorg akan berpusu2 dan keluar secara semburan. Kalau agak2 perut korg macam menggelegak je tu, sah...memang simptom2 cirit major. Janganla berani2 nak kentut sebab takut dgn taik2 sekali akan terpercik mengiringi gas tersebut. (kenapa aku boleh tulis benda camni?)
Pastu, biasanya bila cirit major ni berlaku, lepas diorg tu keluar,tubir dedubur akan terasa hangat. Mungkin sbb punca kepada cirit major ialah makanan yg terlalu pedas yg tak dapat diterima oleh perut..Cirit major ni agak bahaya. Sebab kadang2 korg rasa macam dah habis membuang,tapi..keluar je dari toilet, dia datang lagi..tensen,kan.

Baru2 ni, aku dapat tau, ada sesetengah manusia suke berbogel ketika berak. Aku rasa macam pelik, tapi aku tak taula pulak kalau pada korg perkara tersebut adalah normal. Mungkin, perbogelan itu dapat membawa ketenangan kepada bliau. Kalau aku,aku suka alirkan air paip kat tangan...sambil tggu najis meninggalkan usus. Bagi yg xpernah cube,cubala buat lpas ni. Mesti korg terasa nyaman dan nikmat.

Dulu, sorg kawan aku penah kata (nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga hak asasi beliau), kalau dia berak keras, susah sangat nak kuar, dia akan pegang kepala paip sebagai pemangkin untuk proses peneranan. Bile pegang kepala paip, baru boleh teran kuat2 sbb ada 'something to hold on'.Adakah ada antara korg yg turut berbuat demikian?

Sunday, September 5, 2010

lelaki itu -JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ANDA TAK MAMPU MENCERAP WATAK JIWANG YANG SERIUS-

Lelaki itu, sukar dimengerti hatinya. Payah diduga rentaknya.
Tapi, utk apa mengerti kalau tak sanggup menjaga hati. Dan tak usahlah menduga kalau sekadar ingin menanam curiga.

Lelaki itu, walaupun tak mudah di percaya..tapi, dia tak pernah memperdaya. Ucapnya tulus, menzahir kebenaran walau kadang2 terlalu pahit untuk ditelan.

Lelaki itu, yang kerinting bulunya, yang jelas halkumnya, yang kasar kulitnya, masih lagi disitu. Menjaga dan melindungi. Merindu dan menyayangi.

Terima kasih encik lelaki. Terima kasih kerana menjadi seorang lelaki yang tidak berhormon pondan. Tak pernah mengaku kalah di tengah jalan. Tak juga mencari alasan menutup kesilapan.

Perempuan ini, bukan juga terlalu sempurna. Untuk mengadili apatah lagi menghina.
Sebaiknya, pelihara saja landasan itu. Jangan sampai dilanggar babi, jangan sampai reput dan mati.

*Aku dah warning kat tajuk tadi,entri ini adalah edisi jiwang yang serius. Jangan salahkan aku kalau kemaluan masing2 kembang dan geli apabila membacanya*

Saturday, September 4, 2010

jika malang itu berbau kentut

Puasa dah nak dekat sebulan. Dan blog ni jugak telah aku puasakan. Kerana aku bimbang penulisan2 ini berbaur unsur umpatan sekaligus menipiskan lagi pahala puasa aku yg sememangnye senipis bulu kening maisarah nahrawi ni.

Tapi pada hari ni aku rasa nak menulis. Sebab aku teringat hari khamis lepas. Yang boleh aku kategorikan sbagai salah satu dari hari malang aku (nampak sangat aku ni banyak hari malang kan) Pagi tu, aku terbangun lambat. Dengan penuh rasa yakin, aku capai baju kurung jalur2 pink yg memang jenis kain xpayah gosok (kebanyakan baju aku mmg jenis xpayah gosok, sinonim dn sikap aku yg rajin ni)

Dengan terkocoh2nye aku smayang dan bersiap. Turun2 je, bas xde. EE...bas ni buat hal pulak. Dahla tempat tggu bas dekat dgn tmpat sampah yg ulatnye dekat sama besar dgn jari klingking aku. Erkk...loyanye bile tringat. Tunggu dekat 15 minit,baru nampak bas terhegeh2 datang. Aku pun bersiap sedia utk menyerbu bas tersebut. Dengan gaya selitan yg penuh aerodinamik, aku berjaya duduk dalam bas. Ahh..lega..

Dengan hati yg masih bangga sebab dapat duduk dlam bas yg mmg selalu penuh, aku menoleh ke kanan. Tibe2 aku rasa macam nak turun balik dari bas tersebut.. Makcik 50an yang duduk sebelah aku pakai BAJU KURUNG JALUR2 PINK yg samaa sebijik dgn aku. Selamat tudung dia kaler cekelat, tudung aku merah belacan. Aaaaa......apakah dugaan ini? Adakah aku akan diiktiraf sebagai Pembimbing Rakan Sebaya kepada makcik? Atau org akan menyangka bahawa kitorg geng marhaban yg ketinggalan bas rombongan pengantin???

Setelah beberapa ketika berada dalam penyiksaan, aku pun sampai ke opis. Hari tu ada introduction session dgn GM baru yg datang dari Jepun. So..ramai le org kat HQ ni. Tengah aku nak berjalan ke tempat Wawa, aku nampak Chris dok menuang air. Eh, Chris dah potong rambut..Aku pun tersengeh2 tengok Chris dari jauh. Ingat nak tegur la. Tibe2..bile dekat. Sengehan aku terus terpadam. Orang itu sedang merenung aku dengan muka pelik.Itu orang Jepun. Bukan Chris.



Kan bes kalau malang tu sekurang2nye berbau kentut

P/s: Cikgu disiplin aku masa sekolah menengah dulu kata, 'malang' tu maksudnye stim. dan dia slalu sound budak2 lelaki supaya jangan selalu 'malang'. Sampai sekarang aku seriously xpaham apa kaitan malang dgn stim..

Saturday, August 21, 2010

si poyo yang keji

Kisah benar ini berlaku kire2 5 tahun lalu. Ketika itu aku masih seorang student.

Poyo itu tibe2 memesej aku setelah hampir 10tahun tidak berjumpa. Kali terakhir dia datang ke rumah aku adalah untuk menghatar borang amendetah aku pun xingat.

Kali ini dia ajak aku berjumpa lagi. Ada hajat katanye. Aiii...hajat2 segala. apehal pulak mamat ni? Takkan nak qada' hajat pun perlukan konsultasi aku. Sesungguhnye saluran pengeluaran kami adalah berbeza. Jadi adalah mustahil utk aku menasihati bliau dalam hal2 qada' hajat ni.

Ok..berbalik pada cerita asal. Sejak tau number henpon aku yg aku pun dah x ingat sape bagi time tu, dia asik menelepon. Dia kata bersungguh2 suke kat aku dari dulu lagi. Dari zaman sekolah rendah...Ces,kalau nak menipu pun agak2 la beb. Sekolah rendah punye cerita mana bleh pakai lagi. Masa tu otak sume senget songot.

Punyelah poyo, dia sampai suh aku clash dgn pakwe aku-pada masa itu aku sudah berpakwe- sbb kononnya dia nak masuk meminang. Bodohkah??!! Aku tergelak je masa tu kerana aku rasa tahap kepoyoan dia mengalahkan pelakon iklan sabun Daia yang pakai rambut palsu kaler2 tu.

Satu hari, dia beriya2 nak jumpa aku. Nak blanje makan katanya. Aku pun akhirnya setuju...tapi aku pi angkut roomate aku skali 3 org. Malam itu,dapatlah aku menengok muke si poyo yg konon bsungguh2 nak meminang aku tu. Tak la jauh beza sangat dgn masa kecik2 dulu. Cuma skarang bertambah poyo dan penyet.

Lepas makan malam tu, dia dah xmsg aku. Tak call aku. Aku pun tak de la pikir apa. Lantak ko la kan.

Rupe2 nye...satu hari. One of my BFF bagitau aku...poyo ni mengadu kat akak dia yg aku sudah tidak cun lagi. Tidak seperti yg beliau harapkan. Katanya "huh..si esah tu kurus bebenor. Nampak gigi je besar"

What the ...???!! Ko kalau nak hina, hina aku je ok. Jangan sentuh gigi kesayangan aku. Penat aku bela dia sampai beso, ko nak kutuk2 plak. Plus, aku punye gigi xla besor mana punnnnnnnnnnnn...bukan tahap limah jongang. Weh,gigi ni la yg menyerlahkan kecomelan aku stiap kali aku tersenyum manje tau tak??

pastu,kalau org yg kutuk aku tu hensem cam Fahrin ahmad ke, Johnny Depp ke...xpela jugak.Patutla gak aku menginsafi diri. Ini??Kuswadinata pun sejuta kali lebih ensem dari dia.Perlu ke aku belikan cermin utk si poyo camni?

Nanti ko..sampai turn ko kawen esok..aku nak tengok bini ko. Kalau lagi lmau dari aku..haha..memang aku akan kutuk ko sepanjang zaman.

*Luahan tak puas ati yg tibe2 muncul sbb emy n fara sebut2 lagi pasal si poyo*

Wednesday, August 11, 2010

mari mengikat setan

ESok pose.Yuhu...Ramadhan tibe lagi. Selamat semalam aku dah abes ganti puasa. Apa??SEmalam baru abes?!Hehe..korang jangan ikut perangai aku.

Masuk bulan pose, apa yg mesti aku ingat ialah zaman memula nak blaja pose dulu. Dulu kat skolah rendah, bile bulan puasa, tiap2 hari ustazah akan tanya "Siapa yg puasa hari ni?"
Jadi, harusla angkat tangan dengan penuh prasaan bangga. Tapi kalau dah memang otak kerapu, ada je benda yg aku buat bagi membleklistkan puasa aku.
Balik skolah, aku akan beli eskrem pop. Konon untuk buka puasa. Logik xlogik budak kecik darjah 2 beli eskem sorang2, untuk buka puasa? pakcik jual aiskrim tu xkan xleh pikir kan. Pelik btul (buat2 pelik dgn perangai org lain padahal aku adalah makhluk yg paling pelik)

Pastu je, aku akan balik ikut jalan belakang umah org. Kononnye jalan tu memang laluan privacy ke umah aku. dan jalan itu jugak dah menyaksikan aku menyedut aiskrem dgn nikmatnye dalam perjalanan balik.
Sampai umah, bile mak tanya pose ke tak? Aku akan buat muke letih dan pastikan bibir aku dah dilap hgga nampak kering abes. Kadang2 aku lap terlebih kuat sampai bibir tergelupas sikit. Tapi ok la tu,nampak efek bibir kering pecah2. Hehe.

Dan emy takeshi serta dila rosli adalah org yg mempengaruhi aku dlm aktiviti keji ini. Emy dan ila,korg jgn cube2 xmengaku. Kalau xkerana korg, mesti aku xterjebak dalam noda2 hina camtu.

Puasa tahun lepas,aku join akak n abg ipar aku kat bazaar ramadhan. Time ni mmg best. Diorg jual air tebu. Aku dgn Nor jual agar2 pelbagai jenis.Berloyang2 gak buat agar2. Pastu tiap2 hari mesti ada sorg abg ni beli agar2 kat aku. Hampir2 aku terngorat brader tersebut. Sampai satu hari tu dia dtg bawak anak bini. Ceh, fantasia cinta lengkong betul. Hilang stim.

Dgn otainye,aku jugak telah menjual mercun. Memula aku memang kamikaze,jual ats meja. Gila x gila,sampai budak2 yg jual roti john kat seblah tu kata "Ko ni muka nampak baik,badan kecik (masa ni aku mmg kecik) tapi jual mercun..ceh,macam xcaya je"
Eleh,diorg tu sume kutes kecik. Nak jual mercun, tapi xnak jual to end user. Nak supply je. Harap muke je cam mat rempit. Tapi pengecut cam labi2.

Bile dah ada regular customer, aku stat jual bawah meja. Sampai satu hari tu,aku rasa xsedap hati. Mungkin masa ni Allah dah bagi ptunjuk. Tapi aku ni biasala,dah banyak sangat buat dosa agaknye. Sebab tu hati jadi benak sikit. Huhu.

Petang tu, tibe2 ada dua mamat meluru kat tempat aku. Terus selak bawah meja. Pastu dia selongkar van abg ipar aku. Mata-mata la tu.Sian abg ipar aku, xpasal2 pulak kena. Apa la malang dia dapat adik ipar solehah cam aku ni.Lepas disoal siasat dan mengesahkan semua "brg baek" tu aku punye,abang ipar aku terselamat. Pastu polis mintak IC aku. Aku plak xdak IC time tu. IC aku baru lepas kena copet. Hai...satu,satu, musibat datang..(dah aku sndiri yg carik bala,terpaksala trima eh)

Polis tu bengang jerk masa aku bagi salinan report (pasal IC hilang) yg dah lunyai tu.
"Barang2 ni semua saya sita. Petang ni lepas habis bazaar,awk kena dtg balai. Mungkin kena tido lokap malam ni"Ces...geramnye aku tgk muke polis tu. Rasa nak cabut misai dia guna wax.

Akak aku dah cuak (aku pun cuak gak ekceli. Tapi...dah brani buat.Nak xnak kena tanggung la kan)
Aku mula terbayang2 suasana pilu dalam lokap, dan bau2 yg meloyakan. Mesti nnt aku kna geng dgn indon2 kat dlm lokap. Adakah aku kna pakai baju berjalur? Ataupun aku akan dapat nombor pengenalan?
Ceh..itu banduan la ngok. Apesal la imaginasi aku ni melampau2.

Dalam 30minit,polis tu datang balik. "Awak xpayah la datang balai hari ni. Tapi ini kali terakhir saya lepaskan awak...lepas ni saya xnak tgk lagi awak jual benda ni"

Fuh...legasbabas...Tapi,yg xbesnye..mercun2 aku sume lesap. Mesti dia nak bagi anak dia main malam ni. Cilabi punye encik pulis.

Tapi pastu aku still jual kat umah (xserik2 kan?) Masa memula nak introduce perniagaan aku ni (cewah,sounds professional x),aku sanggup tggu budak2 nak g teraweh lalu depan umah. Aku tahan diorg dan tanya "Sape kat sini yg selalu main mercun?"
Memula bebudak tu mcm takt2 nak jawab. Mungkin diorg ingat aku cikgu disiplin atau pegawai rukun tetangga yg sedang bertugas. Tapi bile aku cakap "Akak ada jual mercun,nak tgk?" Aku nampak ada sinar di mata mereka.hehe.
Bile budak2 dtg..diorg akan cakap "Acik...nak beli belacan"
Kalau sape nak beli mercun yg power2 sikit..kod dia "Acik...nak beli belacan. Yg pedas sikit ada x?"
Masa memula aku perkenalkan kod tu, akak kat umah aku tanya "Eh,ko ada jual blacan ke? Ambik kat mana?"

Tahun ni, aku ingat nak hinsap sbb kak ipah dah bagi ayat psycho yg berjaya menakutkan aku. Ces, camane aku bleh gerun dgn dia lebih dari aku gerun dgn polis..aku pun xtau. Tpi, to tell the truth, walaupun aku ialah penjual mercun..mercun paling berbahaya yg pernah aku main adalah mercun das..Itu pun mngigil2 masa nak cucuh kat sumbu dia.

Puasa kali ni,aku ingat nak jual kabaid plak. Sape nak jadi agen leh hubungi aku keyh. Selamat berpuasa semua!!