Load Counter

Thursday, April 15, 2010

aku ingin insaf - part 1

1995. SK JAYA SETIA
Satu pagi sekitar bulan november.Aku kena panggil dgn guru disiplin. Aku ingat lagi namanye Cikgu Syed Asri.Dia pun stat bukak mulut "Awak datang pukul berapa hari ni?"
"Err...7.40 kot"
"Awak tau x sekolah start pukul bape?"
"Tau cikgu. 7.45" aku ingat jawapan jujur tu boleh menyelamatkan aku. Rupa-rupanya...
"Awak tau x, sepanjang saya jadi guru disiplin, awak adalah ketua pengawas yg paling teruk skali!!! Dahla selalu datang lambat, buku laporan asik hilang. Ntah2 xpernah ada buku laporan. Memang xberdisiplin langsung!! Mesyuarat pengawas pun kadang2 xdatang..Kakak awak dulu, ketua pengawas yg baik. Keluarga awak semua org baik2..Kenapa awak jadi mcm ni? Awak ingat, awak dah terpilih jadi tokoh pelajar, awak dah bagus sangat? Harap akademik dan ko-ko je aktif, disiplin out.Blablabla..."

Ntah ape dia membebel lagi, aku pun xingat. Cume aku tertanya2, teruk sangat ke kesalahan aku (aku yg masih menganggap itu sume perkara biasa) Bukan aku raba budak lelaki dalam kelas. Ataupun intai dia kat tandas guru. Ataupun mencalit najis di kenderaan beliau. Eish...xpaham ape yg nak marah sangat. Ala, stakat dtg lambat. Okla tu, dari ponteng skolah. Buku laporan...er..cane dia tau aku xde buku tu? Nampak sangat alasan yg aku guna untuk tak menghantar buku tu adalah alasan2 lapuk. Alasan baru kena difikirkan untuk mengaburi mata beliau.

1996. SM SULTAN SULAIMAN SHAH
Waktu itu musim hujan. Aku skolah sesi petang. tensennye gue, kasut skolah aku yg 3 pasang tu sume dah basah. BAu pun dah macam bangkai tikus mati bunuh diri. So, aku decide untuk ke sekolah dengan memakai selipar. Sebelum masuk kelas, ada perhimpunan. Tibe2...cikgu abu hassan telah mengumumkan untuk menahan budak2 yg memakai selipar ke skolah. Dgn kejamnye, dia telah mengikat selipar aku kat tali tiang bendera tu. Dia ingat bernas sangat ke idea dia tu?

Aku malas nak layan. Masuk je kelas dgn kaki ayam. Menyumpah jangan cakapla masa tu. Oit,ok la aku dtg pakai selipar dari aku ponteng skolah!!Tibe2 ada seorg cikgu pempuan telah memberikan aku kasut sportnye utk dipinjam!! Mungkin sbb aku sorg je budak pompuan yg pakai slipar time tu.haha.Aku sgguh xsangka sbb aku xbape kenal cikgu tu. Tapi sampai skang dia ingat aku. Tenqiu cikgu wan salmah :)


1998 SM SAINS KUALA SELANGOR
Satu grup kami dipanggil masuk ke bilik kaunselimg.
"Saya xnak marah2. Cuma saya nak awak smua berterus terang. Betul ke awak yg buat macam tu pada junior awak?"
Kami diam.
"Mak dia kata nak buat bacaan yassin kalau xde sape yg mengaku"Cikgu paujiah bertutur dgn tenang.cewah.ayat novel.

"Memang kitorg yg buat cikgu..Tapi perangai dia tu melampau sangat...Kitorg xtahan la cikgu.huhu" aku pun xingat sape yg besuara masa tu. Yg pastinye masa tu sume dapat diselesaikan secara aman. Cikgu xhukum kami pun. Hu,baiknye cikgu. I lep u.
Tapi aktiviti menconteng muke "bliau" dgn water kaler, melumur rambut "bliau" dgn dynamo, menconteng locker "beliau" dgn ubat gigi, dan ntahape2 lagi masih aku ingat sampai skang...Ciss, camane aku yg baik leh terjebak dalam jenayah juvana ke;las bawahan camtuh?

SElepas itu, aku berazam untuk menjadi murid yg lebih berdisiplin dan mempunyai jatidiri yg tggi.hihi...tapi, mungkin ke terjadi?

ngeri

oh.lamanye xberblog.aku mmg spesis hangat2 tahi ayam kan? ok la dari hangat2 tahi org. Tahi org hangatkah? atau mmg smua tahi hangat? bagaimana plak dgn tahi bruang polar yg tggal kat antartika..korg rase ia hangat x? Sempat ke rasa kehangatan dia?Takpelah. Kita biarkan soklan itu dijawab oleh mereka yg berkemampuan..

Hari ni selsema aku dah mencapai tahap separa kritikal. Dgn air hidung yg becucuran, aku gagahkan jua menaip. (selamat aku tulis blog kan?kalau tulis esei mesti kertas tu akan ada tompok2 air)

Dengan keadaan skang, aku asek berulang ke toilet utk mencuci rongga hidung dan sesekali mengistinjakkan tekak aku dari kahak yg cube bermastautin (adakah ini antara blog paling pengotor pnah korg baca?)
Tibe2 aku terpikir. Apekah benda yg mengerikan masa berada dalam toilet...

1. aku pnah tgk cite The Doll House kalau xsilap. Cite jepun. Dia punye tempat nak flush tu kepala org. toilet bowl tu kaki dia. Kire kalau kite tgh "berry" tu,macam kite dok atas ribe hantu tu la. Tapi itu xbape ngeri.

2. Masa kecik2 kat kampung dulu. Aku pnah berry kat toilet bawah. Kire yg kna cangkung a. Masa tu aku punya komposisi tinja agak cair.lepas dah lega, aku dgr ada bunyi pelik dtg dari toilet bowl. Aku intai,upenye2 ada katak sdg mencari ruang nafas di bawah tetinja tersebut!!!La..yg ko pegi bersembunyi dalam toilet bowl watpe. KAn dah lemas dilautan tinja..selamat masa berkumuh tu aku xpasan ada katak.kalau x, sure aku terjerit2 dan tinja xjadi menerobos.

3. Sila berhati2 jika korg masuk toilet dgn spek yg agak sizen (spring dah xbape ketat, bingkai asik nak terkepak). Masa kat asrama dulu, dua kali spek aku kna telan dgn lubang jamban. bedebah tol lubang jamban tuh!! Aku nak intai najis pun xsenang...cikgu plak g announce masa assembly..masalah toilet tersumbat. Selain dari botol syampu dan pad, pihak penyedut turut menemui kacamata!!!oh,tidak...

4. Tapi aku rase paling ngeri bile kite dok dam toilet.dan lupe nak kunci (terutamanya bagi toilet yg pintunya guna tombol) Teringat aku pada satu kejadian. masa tu aku ngah study ag. Dok menyewa kat serdang. rumah doublestorey.KAt tgkat atas, bilik medium kna share bathroom dgn bilik kecik. Aku dok bilik medium dgn membe aku. Yg kecik tu ada budak mana tah dok sorg.Satu mlm,kire2 pukul 12 camtula. Aku baru balik dari stadigrup (err...bia betoi aku stadi sampai kol 12) Aku tgk dorg sume tgh layan cite ape tah kat bawah. Aku trus nak atas. Ingat nak mandi la. Bukak2 pintu bilik air..."aaaa..." Org tu menjerit. Aku pun menjerit. cepat2 tutup pintu balik. Eh,aku rase dorg sume ada kat bawah. sape lak dam toilet tu?

Kawan aku naik. Aku crite. Die gelak. Upenya budak bilik seblah punye emak..Ceh,mokcik tu pun satu. Xreti ke bukak lampu toilet? Dok mengeram dalam gelap watpe? Sah2 aku ingat xdak org. Aku dapat bayangkan mesti makcik tu tgh selesa berkumuh sbb dia konpiden dah kunci pintu toilet yg menghala kat bilik dia tu.. Dia taktau ka toilet share ni kena kunci dua2 pintu?huhu..Tapi,bagus jugak gelap. Aku pun mmg blum bsedia nak menyaksikan aksi sexy wanita separuh baya.

Tips ketika berada di dalam toillet: sila pastikan air paip terbukak supaya org tau korg ada kat dalanm. Dan juga utk cover buyi taik yg terceplop masuk ke lubang tandas.

Sunday, March 7, 2010

bukan salahku

11 tahun yg lampau. di sebuah kelas. 7.30 pagi.ujian bulanan sdg dijalankan.  seorg budak lelaki masuk ke kelas dgn wajah yg penuh rasa bersalah. Cikgu Marpuaton memandang tepat ke matanya. " Kenapa awak masuk lambat??" (kelas kitorg stat kul 715. biasala, skola budak skema)
"Saya sakit perut, cikgu"
"em..ok.duduk"
cik siti dan geng2nye berpandangn sambil tersenyum2 menahan gelak. amboii...kalau gelakkan org kemain. macamla korg xpenah mengalami ceriberi. berkualiti sangat ke tinja masing2 hingga sentiasa berada di tahap normal.

kriiingg!!yess...paper 1st dah abes.  Bayangan cikgu marpuaton yg bersuara frekuensi tinggi dah berlalu.hui...besnye. Masa tu cik siti dok depan skali (ceiss..sapela yg dengki khianat suh cik siti duk depan dalam kelas tuh)

Minah2 ronggeng tu berkumpul kat tempat cik siti. Macam biasa,membincangkan topik yg x mendatngkan sebarang faedah utk masa depan mereka. Mamat yg sakit perut tu duk tepi meja cik siti. Sambil borak2, mereka jeling2 mamat ceriberi tu sambil senyum2. (perlu ke gelakkan org yg cencirit dari pagi hingga ke mlm?aku pun xpaham dgn akhlak mereka masa tu.hehe)

Tiba2,bau yg busuk (mgkin akibat diperam terlalu lama) menusuk hidung mereka. Mata minah2 ronggeng membulat. Cik Siti cepat2 tutup idung. Xtahan dgn serangan gas beracun tsb. Cik siti xsempat pakai kasut (dia suke bukak kasut dalam kelas) cepat2 lari ke belakang dgn hanya memakai stokin.

"Weh,busuk gile"
"Nak kentut pun agak2 la. Jgnla dekat2 dgn kite"
"Eee...sah dia yg kentut. dia kan sakit perut rini"
"Huh..xtahan aku. Baunye meresap ke kepala"
Mereka mengomel sesama sendiri. Putri kuarkan minyak cap kapak dari beg dia. Hulurkan kat cik siti. Cik siti tenyeh sket kat idung. Kat kepala.
"Thanx acik. Huh, selamat ko bw minyak angin. Lega siket"

Mereka bantai gelakkan mamat ceriberi tu lagi. Kesian dia jadi bahan untuk hari itu.

Malam pun tibe. Lepas abes prep malam, mereka seperti biasa akan stay up. Dgn hajat untuk study lebih siket (padahal siang tu dah membuta masa delam kelas. Apa yg study lebih nye?) Tapi, acara stay up pasti akan dipenuhi dgn makanan2 yg mnganggu kekhusyukan mereka menelaah.cewah.

Tgh2 tggu megi kembang, cik siti bersuara. "Weh,korg nak tau sesuatu tak"

"Ape dia?" Farah berminat.
"Tapi...bnda ni rahsia. Kirenye takde sesapa yg tau ag la. So,korg jangan kecoh2 pulak"
"ala...cakap je la. Ko ni macam xcaya dgn kitorg je. Nape weh? Ade gosip hangat ke?" Putri merenung cik siti. Lebih berminat nak dgr rahsia ni dari nak baca buku kat tangan dia.

"Hangat la jugak..tapi malam ni dah xbape hangat" cik siti mnjawab tenang.

"Cakapla cepat" Farah gelojoh.

"Bau yg kat kelas tadi tu...aku yg kentut. Kentut tu hangatt je time kua. Malam ni dah xhangat la.."

Ciksiti xsempat nak teruskan ayat. Putri dah sumbat minyak cap kapak kat tenggorok dia.

masa itu emas

 Skarang ni masa terlalu cepat bjalan kan. Baru je keje hari isnin (dgn malasnye) tup tap tup tap da ari jumaat. Baru je pagi sabtu tetibe dah isnin balik. Ahad terasa begitu cepat (mana xcepat kalau dah soping bnda xberpekdah je separuh hari,pastu layan karaoke lagi, dvd lagi.uhuhu)

Tapi kan,aku dapat mengenal pasti beberapa keadaan yang mmbuatkan aku rase masa sangat lambat begerak..antaranye;

1. Bila pegi kursus/seminar yg trainernye bosan cam labi2. Pastu plak xde geng nak bgosip. org kat kiri kanan khusyuk buat catatan sdgkan aku pen pun xbawak. HUu...cptla abes.aku nak balik!!

2. Bile naik tren/bas. Time tpaksa bediri sbb seat penuh.Kat tepi plak ada bangla yg berketiak lekit berbau bangsat. Serius, masa tu rase kalau naik van jenazah lagi selesa

3. Bile kua dgn org yg membosankan.Biasa terjadi masa mule2 nak knal. Nak terus balik,rasa kejam pulak sbb dah ketuk dia banje kat tempat yg mahal2...arghh...cepatla masa berlalu.aku da mual tgk muka mamat ni

4. Bile korg naik public transport (sekali lg),tetibe rasa nak tercirit. Hantu taik btul. Time ni la ko nak melawat. Tren yg memecut terasa seperti beca roda 3 yg dikayuh pakcik lanjut usia.

5. Time kerja. Ini paling bosan. lagi2 kalau kerja yg mmbosankan di koloni yg menumpulkan agenda kreatif aku.uhu. Mata pulak mengantuk mengalahkan mengkarung termakan pil tido. Huh! Kenapala Malaysia xbuat ofce hour sampai kul 3 je?

6. yg last ni. Belum berlaku. Tapi aku kompem akan terasa kelambatannya bile terjadi nanti. Time menunggu malam selepas hari pernikahan.ewah.ayat puitis dari aku yg romancis.He..sure ase mase lembab nye berlalu..(korg yg da kawen,sila jangan xmengaku)

Korg plak,bilekah masanya waktu terasa lambat berlalu?

Thursday, February 25, 2010

asam yg kurg

10.00 mlm. aku ngan sya telah kelaparan.perut kami yg ramping tanpa girdle ataupun selulit mintak diisi.tringin nak makan mi bandung...
ala,kdai yg mi bandung sdap tu tutup.nak p try kdai lain la.jalan jauh siket. nampak satu kedai yg agak malap dan berbaur kesuraman. masuk2, pilih meja tepi,dekat dgn tv...drg ngah tayang bang bang boom..hu,layan je la lawak bodo yg xseswai utk makhluk sirius cam kami ni.
alahai,ada air tumpah la kat meja ni.drg xlap lagi...2minit. datang satu indon yg berwajah kusam. nak amik order kitorg.dia pi duduk kat kerusi depan aku.

aku: dik,tlg lap sikit air tumpah ni

dgn wajah kelat,dia tarik tisu kat atas meja tu.lap air tu dgn kasar.kuku dahla panjang.eee lemah toi aku tgk kuku camtu nak hidang makanan kat aku t.

indonkusam: nak makan ape ni
aku: dik,meja ni lekit lagi la..kain lmbab utk lap xde ke (sambil gosok sikit jari atas meja-cek thp kebersihan.he)
indonkusam: ada..tu ha. (jeling dgn ekor mata.langsung xbangun dr tempat dia)cepatla,nak makan ape ni.
aku: jap2.meja ni boleh lap ke x ni
indonkusam: cakapla dulu nak makan ape.saya amek order pastu lap la meja.saya ni banyak lagi keje nak buat tau x

ewah2...ni dah lebih.aku cakap elok2,ko kerek heh.

aku: xleh cakap elok2 ke?kalau nak lap nanti,cakap la elok2"kejap lagi ye kak"(masih dgn nada rendah)

indon: (xpandang aku dah.dgn muka kelat tanya kawan aku plak) nak makan ape ni

membe aku pun bijak.dia wat bodo je.xjawab.

aku: eh,awak buat muka camtu knapa?nak marah saya ke?nak marah?

indon: xla (masih ketat dan memualkan)

aku: xnak makan ape2 pun kt cni


indon tu terpempan tgk kami trus blah.p makan kdai seblah

aku sbnrnye bukan kisah sgt pasal air tu.tapi cara dia serve customer mmg hampasalagapas...tu kalau boss dia tau x ke haru. dah jadi camtu,xmo la aku makan kat situ.sbb dulu mmbe aku pesan,hati2 siket dgn indon. kalau kite wat hal dkt kdai makan, nnt makanan kite diludah dulu sblum serve.huu...bimbang gue.

indon ni pun ngong.ko dah keje kat kdai makan,buatla cara keje kedai makan.kalau lap air pun malas,g la keje kat kdai keranda.xyah lap meja makan. dulu aku keje kedai langsir masa cuti semester.aku ingat lagi akak janda yg senior tu ajar aku ukur kain "1 m=100cm.ingat tu" "baik,kak" aku mnjawab patuh "kalau stgh meter bape cm?" cis.walaupun addmaths aku agak biol,tapi matematik aku di tahap mmbanggakan okk...tapi,oleh kerana sedar diri yg aku pekerja junior di kedai langsir,aku ttp mnjawab "err...50cm ye kak"
"ha.slamat betul.kalau salah tadi,aku ketuk ko dgn pembaris ni" ujar kakjan dgn bangganye.ceissssssssss...aku bagi ko soklan fizik kang.ternganga nak jawab (aku pun nganga skali sbb kelas fizik aku ponteng slama setahun kat KMPP) 

pastu dia ajar ukuran renda utk scallop plak."kalau yg panjang 2inci biasa guna untuk langsir pencil pleat" "oo...ok kak"
"kalau yg 6inci tau x guna utk apa"
"er..renda mana eh yg 6 inci tu kak"aku jenguk2 sampai rak yg atas.
"oo...yg tu bkn renda.dia bguna utk akak je"(sambil tersipu2)

Hamsap punye kak jan.dgn aku yg naif ni dia bleh wat cite camtu.aku amik kputusan xnak jaga kawasan renda.

Monday, February 22, 2010

buta

aku mmg buta IT,tapi celik hati (thanx 4dis caption dear).nk tuka layout ke.widget ke.nugget ke.sume take time.n baru terpk nak tuka2.ah,bakat pnulisan aku dah cukup hebat.apa barang stakat design cantik tapi content hampeh (er...abes tu content blog aku ni..berguna ke?hu_)

da dekat kul 12.pnatla nak tuka2 layout.esok2 je la time cuti nnt (sume benda pun nak tggu time cuti.tapi bile cuti asek mmbangkong dgn men gem.las2 satu hape pun xjadi)aku ase gambo kaki tanpa bulu ni pun dah kire ok.hari2 tgk,xlama ag kaki aku sure jadi camtu.berkilau cam pinggan pas kene cuci dgn axion gel.

dulu time skolah ada satu budak ni.badan cam badak,kaki cam thumbelina.kalau org tgk kasut dia mesti leh terpedaya.huh,tah2 skang dia dah kurus.aku ni kutuk2 org tetibe kang brubah jadi bruang tlebih hibernasi.

aku plak.badn kecik.kaki cam oprah winfrey.tapi xpe,biarla kaki gemuk.yg penting xde bau kaki.slamat tido sume

Wednesday, February 17, 2010

cik yam

isnin.masih cuti. bahagia. aku nak p jumpa kengkawan time skolah. zaman2 skema aku dulu. tempat pertembungan: ulu yam. jauh2 kang takut xsampai. aku dahla bongok bab jalan (dan banyak lagi bab yg kalau aku senaraikan nampak sangat kebungukkan ku)

sampai sana,jumpa la dgn maisarah, qilah, putri, izza. mai sorg dah kawen. kitorg sume single. weh, bukan xlaku la.org takut nak dkat sbb kami vogue sangat..wahaha. bila dah kumpul reramai, macam2 cite la kua.biasala minah2 tu, kaki gossip. aku yg pendiam dan xtau ape2 ni terpaksa turut serta.

teringat zaman2 skolah dulu. Setiap subuh kami wajib semayang jemaah kat surau. Oh,mukminahnye kami. Tapi...aku biasanye semayang tepi katil je.haha.ok la tu. Still smayang pe..pastu je kena tulis nama dgn pengawas sbb kua dorm lambat.huh,busan.

Kalau g surau, pas smayang ada tazkirah. Aku yg terpengaruh dgn budak2 ni biasanya akan bantai tido masa tazkirah.sampaila dah nak dekat masuk kelas, baru bangun. Dan kami akan masuk kelas dgn muka yg bergaris (kesan tido kat kapet surau) Tapi, bila time balik, kami mmg express gile. Tau2 je dah ada kat tempat paling depan dlm barisan nak amik makanan kat dewan makan.

Pagi ahad,kena joging. Ini paling bosan. Isma salu nyorok dalam locker sbb xmo g jogging. Farah Hakim cuba gak nak wat aksi tu, tapi locker xmampu nak menampung bliau. Aku lari mmg dah tahap bontot 8kati beratnye, terkedek2 dari awal sampai ke sudah. Aku,farah n izza biasanya akan kena kejar dgn pengetua yg mmegang lalang utk melibas kami. Eleh, si botak tu pun lari bukan laju sangat. Treksut dia ketat kot. Salah beli saiz.

Dalam kelas, aku tatau nape mate aku susah nak mendapatkan diameter bukaan sebenar. Memang ngantuk gile. Mungkin sbb aku suke berjaga malam utk study (study=5minit. makan2,minum2,borak2,baca komik,buat lawak gelak sendiri=1jam 55minit) Kelas addmaths adalah kelas wajib tido bagi aku.Ah, kalau xtido pun bkn aku paham amende (dasar pemalas yg xde cite2 dlm diri). One day, kami nak blaja pasal graf. Aku plak xde kertas graf. Cantik sangat ah tu.Nilah time nak melepaskan diri secara total. Angkat tangan. "Cikgu, saya nak pi pinjam kertas graf kat kelas sebelah" bodonye alasan. Xkan xleh pinjam kat kawan kelas sendiri? Ataupun aku mmg dah dipulaukan dam kelas tu shingga xde sape nak pinjamkan kertas graf? Tapi ntah knapa cikgu tu mengangguk pantas. Mungkin dia pun menyampah nak tgk muka aku yg xpnah normal time dia ngaja. Aku kua xmasuk2 dah kelas.
Hari tu aku dapat tido puas2 dam bilik kaunseling.

Beberapa hari kemudian. Kelas biologi. Biasanye aku suke kelas ni. Tapi hari ni rase mengantuk lebih unggul dari rasa nak blaja (er..pnah ke rasa nak blaja berjaya mengatasi kemengantukan aku?) Aku tido dgn tenang kat blakang kelas.Bahagianye dapat tempat blakang,kan. Tetibe,badan aku begegar. Digerakkan oleh kawan pengawas yg prihatin ttg masa depan aku lebih dari aku sendiri. "Sah,bangun2. Cikgu kata topik ni penting. Masuk exam"
Aku yg rasa otak aku cemerlang dan boleh menyerap ilmu ketika tido trus menjawab" Penting ke...xpenting ke...pada aku yg paling penting time ni ialah tido"
Pastu aku kna berdiri sbb xdapat jawab soklan yg mmg sengaja cikgu tu bagi kat aku (rase cam nak siasat cikgu tu pnah x tido dam kelas dia dulu)

Pagi ahad. Prep lagi. Bosan kan. Prep prep. Macam bunyi adunan cekodok cair kene hembus dgn straw je. Sebelum g prep pagi,sggah kantin jap. Pekena nasik goreng pakcik kantin yg setahap dgn makanan kucing rakyat kelas pertengahan tuh. Minum teh tarik. Sambil borak2 bincangkan ttg isu kapitalisme. KRIIIINGGG!! Memekak je loceng ni.Ala..lek la. nasik grg aku xabes ag ni...teh tarik membe aku pun sparuh gelas ag. Ala..kutu2 berahak kat meja seblah pun xm'angkat punggung ag...
Er...itu mcm ustaz amri. sedang menuju ke arah kantin. nak lari xsempat dah ni..aa...praap..(macam tu bunyi kalau kena rotan?ah,aku xreti sgt bab2 sound efek nih)
Kesan pecah darah tu xilang seminggu dari kulit putihgebu aku.huuuu

Aku rase kalau dulu aku xsalu tido dam kelas,mesti dah jadi doktor. Xpun peguam syariah. Ini semua salah budak2 ni. Xnak bimbing aku ke jalan yg benar