Load Counter

Monday, April 26, 2010

aku ingin insaf-part 2

DEWAN BESAR SM SAINS K.SELANGOR
SPM. Fizik Kertas 2
Hantu btoi. Pe aku nak jawab ni. Kertas 1 ok la jugak,leh main tuju2 je. Adui. Tibe2 menyesal sbb salu ponteng kelas fizik. Dan sering berkeras utk xpergi makmal fizik bile ada eksperimen yg akan dijalankan oleh cikgu sherry yg berjantina lelaki tetapi memakai beg dan sandal wanita.
Tapi,berguna ke penyesalan di kala kertas soklan dah depan mata?Huh..jawab jela.Tenyeh ape yg patut.Dan yg paling aku ingat,aku ade lukis gamba kaki berbulu kat kertas tu. Aku pun xpaham apa motipnye. Tapi yg pasti, pemeriksa kertas tu xakan boleh nak marah aku sbagaimana cikgu sherry marah bile aku lukis gamba pisang masa jawab soalan eksperimen arus elektrik hari tu.Haha..bahgianye rase.
Masa ada lagi 40minit. tapi aku dah abes jawab. biasa la,org hebat. Ape nak buat lagi ni. Nak mengumpat, xleh bcakap pulak.Huh,masam mulut aku bile diam lame2 ni...Lantas,aku pun mendapat satu idea.
###############

"Dik,bangun dik," bahu aku digegar2. Alamak,sape yg kejut aku ni. cane nak kaver elio yg kua siket nih.Ah,tutup je dgn kertas soklan ni. Fuh,selamat aku bijak bertindak di saat kecemasan.

"Er..ye cikgu" aku buat muka xbersalah.
"Kenapa tido ni?Dah siap ke?"
"Maaf cikgu. Saya study sampai lewat mlm smalam. Dah siap,cikgu" aku melemparkan jawapan spt seorg pelajar yg berdedikasi.

Cikgu tu amek kertas aku. Tgk siket. Muka kerut2. Alamak, nampak sangat ke penipuan yg cube aku hiasi dalam kertas tu. Cikgu tu pulang balik kertas aku. "Urm...xpela kalau dah siap. Baik awak semak jwpn awak"


Masalahnye..ape yg aku nak semak?So,aku tido balik. Tapi kali ni dlm keadaan duduk tegak.



KOLEJ MATRIX P.PINANG
Pilihanraya kolej. Nak pilih ketua pelajar pun ade kempen bagai. Ade lambang parti. Poyo nye mereka nih. Kataku selaku org yg kurg patriotik dan tidak meminati lagu2 patriotik yg dinyanyikan oleh ROy.

Aku xkenal sorg pun makhluk2 yg bertanding tu. Yg aku tau, masa hari mengundi nanti aku terpaksa gak kua mengundi sbb kalau x,markah kokurikulum akan dipotong. Cess...pendengki mana la yg buat sistem cenggini. Poster pilihan raya semakin banyak. Esok dah nak kene mengundi. Petang tu, balik dari kelas yg xberjaya untuk ku pontengi, aku tgk Mek Na tgh baca paper dgn penuh sifat akademiknye. Tibe2..Tuingg..!! Muncul mentol dalam kepala. Otak aku yg bijak telah merencana agenda utk memeriahkan lagi musim pilihanraya ini.

Nud dan Nien dah balik jugak. Aku paksa diorg carik muka2 huduh dan ala2 penyangak kat dalam paper tu. Lagi besar lagi bagus. Xcukup satu paper, korek lagi sebeban paper lama.


****

Malam semakin larut. Dah nak masuk subuh ni. Kire dinihari la. Nud usha line. Intai mak gad yg garang cam itik serati dirotan bontot. Okeh,line klear. Nud bagi signal. Aku ngan nien folo. Nud paling tggi. Kena dok depan. Jadi ketua kumpulan. Jalan slow, pegi kat papan tanda tempat laluan utama pelajar yg balik dr kelas nak ke hostel. Uih, banyak gak poster kat situ. Kitorg kuakan bahan2 yg dah prepare dari awal seperti gamba2 huduh, gam dan liquid paper.

Aku ngan nien tampal gamba. Nad liquid lambang parti kegemarannya.

****


7.45 pagi. Student tgh berpusu2 nak g kelas. Kami nampak ramai yg berkumpul di kawasan kejadian. Kitorg pun cepat2 menyibuk.

"Isk...sapela punye keje ni"
"La...lambang peace ni pegi dilquidnye satu jari. Tggal jari hantu je. dah jadi maksud lain plak. Teruk betul perangai"
"Eh,..sape yg dah xde keje ni? Sanggup tampal gamba2 huduh kat muke calon2 ni. Macam super impose pun ade"
Aku mencelah secara tibe2 "Ni mesti keje budak2 lelaki ni. Diorg ni mmg ske buat benda tahape2"
Org ramai di sekeliling mengangguk2 tanda setuju.
Aku nampak makgad mundar mandir cube siasat kalau2 ade antara plajar yg boleh jadi saksi kejadian.


Pagi itu,aku seperti mendapat semangat baru untuk ke kuliah. Hati brbunga mekar.

hinakah si gemuk itu

Syiena berjalan pantas ke arah lif. Dia tak mau sampai lambat ke tempat kerja. Rambut dirapikan sedikit dgn jari. Kemeja bersaiz XXXL itu diejas beberapa kali supaya xmelekat di bahagian perut. Lif berhenti di tingkat 5. Fasha Sindhu yg langsing menawan tanpa selulit di peha melangkah masuk. Fashasindhu senyum sinis terhadap Syiena.
"huh..macam cun sangat" getus hati Syiena. Sampai tgkat 3.."Putt..' fasha sindhu kentut. Baunye membuktikan pagi itu fasha sindhu telah brsarapan telur rebus terlebih masak. Ceh,bangsat sgguh bau ini. Harap muka je cun,kentut bau cam longkang pusat kumbahan.Omel syiena dalam hati. Tibe2 pintu lif terbukak. 3jejaka melangkah masuk. Sebaik saje pintu lif tertutup balik, semua jejaka menjeling tajam ke arah Syiena dgn pandangan -mesti si gemok ni yg melepas-

Syiena berasa sgguh tensen. Adakah kerana dia gemuk, kentut itu pasti dtg dari duburnya?..

-iklan tamat-

aku terkesima tgk iklan tesebut. Dan aku berazam xmo jadi macam Syiena. Masalahnye..skang ni pembiakan lemak aku sdg berlangsung dgn kadar yg pesat.
Petanda dan impak terhadap aku yang semakin berbebola:

  1. Terpaksa tahan nafas bile nak butang slua. (padahal dulu aku terpaksa pakai belt untuk sua tersebut)
  2. Bilik persalinan awam (kat tempat2 perkelahan) terasa bertambah sempit - mengurangkan keselesaan untuk menukar baju
  3. Iklan produk pelangsingan yg selama ini xmendapat tempt di hati, kini telah ku potong dan lekat kat cermin-tgh konfuse nak bli yg mana
  4. Dulu leh jalan seharian untuk soping,skang ni x abes round satu pasaraya dah mengah
  5. Tak berani lagi nak cube memboloskan diri d tempat2 sempit
  6. Hilang keyakinan diri utk beli baju baru
  7. Sanggup drive tanpa bukak ekon-semata2 utk meningkatkan perpeluhan.huhu
Aku mau langsing. Menjelang pertengahan tahun ini. Titik.

Thursday, April 15, 2010

aku ingin insaf - part 1

1995. SK JAYA SETIA
Satu pagi sekitar bulan november.Aku kena panggil dgn guru disiplin. Aku ingat lagi namanye Cikgu Syed Asri.Dia pun stat bukak mulut "Awak datang pukul berapa hari ni?"
"Err...7.40 kot"
"Awak tau x sekolah start pukul bape?"
"Tau cikgu. 7.45" aku ingat jawapan jujur tu boleh menyelamatkan aku. Rupa-rupanya...
"Awak tau x, sepanjang saya jadi guru disiplin, awak adalah ketua pengawas yg paling teruk skali!!! Dahla selalu datang lambat, buku laporan asik hilang. Ntah2 xpernah ada buku laporan. Memang xberdisiplin langsung!! Mesyuarat pengawas pun kadang2 xdatang..Kakak awak dulu, ketua pengawas yg baik. Keluarga awak semua org baik2..Kenapa awak jadi mcm ni? Awak ingat, awak dah terpilih jadi tokoh pelajar, awak dah bagus sangat? Harap akademik dan ko-ko je aktif, disiplin out.Blablabla..."

Ntah ape dia membebel lagi, aku pun xingat. Cume aku tertanya2, teruk sangat ke kesalahan aku (aku yg masih menganggap itu sume perkara biasa) Bukan aku raba budak lelaki dalam kelas. Ataupun intai dia kat tandas guru. Ataupun mencalit najis di kenderaan beliau. Eish...xpaham ape yg nak marah sangat. Ala, stakat dtg lambat. Okla tu, dari ponteng skolah. Buku laporan...er..cane dia tau aku xde buku tu? Nampak sangat alasan yg aku guna untuk tak menghantar buku tu adalah alasan2 lapuk. Alasan baru kena difikirkan untuk mengaburi mata beliau.

1996. SM SULTAN SULAIMAN SHAH
Waktu itu musim hujan. Aku skolah sesi petang. tensennye gue, kasut skolah aku yg 3 pasang tu sume dah basah. BAu pun dah macam bangkai tikus mati bunuh diri. So, aku decide untuk ke sekolah dengan memakai selipar. Sebelum masuk kelas, ada perhimpunan. Tibe2...cikgu abu hassan telah mengumumkan untuk menahan budak2 yg memakai selipar ke skolah. Dgn kejamnye, dia telah mengikat selipar aku kat tali tiang bendera tu. Dia ingat bernas sangat ke idea dia tu?

Aku malas nak layan. Masuk je kelas dgn kaki ayam. Menyumpah jangan cakapla masa tu. Oit,ok la aku dtg pakai selipar dari aku ponteng skolah!!Tibe2 ada seorg cikgu pempuan telah memberikan aku kasut sportnye utk dipinjam!! Mungkin sbb aku sorg je budak pompuan yg pakai slipar time tu.haha.Aku sgguh xsangka sbb aku xbape kenal cikgu tu. Tapi sampai skang dia ingat aku. Tenqiu cikgu wan salmah :)


1998 SM SAINS KUALA SELANGOR
Satu grup kami dipanggil masuk ke bilik kaunselimg.
"Saya xnak marah2. Cuma saya nak awak smua berterus terang. Betul ke awak yg buat macam tu pada junior awak?"
Kami diam.
"Mak dia kata nak buat bacaan yassin kalau xde sape yg mengaku"Cikgu paujiah bertutur dgn tenang.cewah.ayat novel.

"Memang kitorg yg buat cikgu..Tapi perangai dia tu melampau sangat...Kitorg xtahan la cikgu.huhu" aku pun xingat sape yg besuara masa tu. Yg pastinye masa tu sume dapat diselesaikan secara aman. Cikgu xhukum kami pun. Hu,baiknye cikgu. I lep u.
Tapi aktiviti menconteng muke "bliau" dgn water kaler, melumur rambut "bliau" dgn dynamo, menconteng locker "beliau" dgn ubat gigi, dan ntahape2 lagi masih aku ingat sampai skang...Ciss, camane aku yg baik leh terjebak dalam jenayah juvana ke;las bawahan camtuh?

SElepas itu, aku berazam untuk menjadi murid yg lebih berdisiplin dan mempunyai jatidiri yg tggi.hihi...tapi, mungkin ke terjadi?

ngeri

oh.lamanye xberblog.aku mmg spesis hangat2 tahi ayam kan? ok la dari hangat2 tahi org. Tahi org hangatkah? atau mmg smua tahi hangat? bagaimana plak dgn tahi bruang polar yg tggal kat antartika..korg rase ia hangat x? Sempat ke rasa kehangatan dia?Takpelah. Kita biarkan soklan itu dijawab oleh mereka yg berkemampuan..

Hari ni selsema aku dah mencapai tahap separa kritikal. Dgn air hidung yg becucuran, aku gagahkan jua menaip. (selamat aku tulis blog kan?kalau tulis esei mesti kertas tu akan ada tompok2 air)

Dengan keadaan skang, aku asek berulang ke toilet utk mencuci rongga hidung dan sesekali mengistinjakkan tekak aku dari kahak yg cube bermastautin (adakah ini antara blog paling pengotor pnah korg baca?)
Tibe2 aku terpikir. Apekah benda yg mengerikan masa berada dalam toilet...

1. aku pnah tgk cite The Doll House kalau xsilap. Cite jepun. Dia punye tempat nak flush tu kepala org. toilet bowl tu kaki dia. Kire kalau kite tgh "berry" tu,macam kite dok atas ribe hantu tu la. Tapi itu xbape ngeri.

2. Masa kecik2 kat kampung dulu. Aku pnah berry kat toilet bawah. Kire yg kna cangkung a. Masa tu aku punya komposisi tinja agak cair.lepas dah lega, aku dgr ada bunyi pelik dtg dari toilet bowl. Aku intai,upenye2 ada katak sdg mencari ruang nafas di bawah tetinja tersebut!!!La..yg ko pegi bersembunyi dalam toilet bowl watpe. KAn dah lemas dilautan tinja..selamat masa berkumuh tu aku xpasan ada katak.kalau x, sure aku terjerit2 dan tinja xjadi menerobos.

3. Sila berhati2 jika korg masuk toilet dgn spek yg agak sizen (spring dah xbape ketat, bingkai asik nak terkepak). Masa kat asrama dulu, dua kali spek aku kna telan dgn lubang jamban. bedebah tol lubang jamban tuh!! Aku nak intai najis pun xsenang...cikgu plak g announce masa assembly..masalah toilet tersumbat. Selain dari botol syampu dan pad, pihak penyedut turut menemui kacamata!!!oh,tidak...

4. Tapi aku rase paling ngeri bile kite dok dam toilet.dan lupe nak kunci (terutamanya bagi toilet yg pintunya guna tombol) Teringat aku pada satu kejadian. masa tu aku ngah study ag. Dok menyewa kat serdang. rumah doublestorey.KAt tgkat atas, bilik medium kna share bathroom dgn bilik kecik. Aku dok bilik medium dgn membe aku. Yg kecik tu ada budak mana tah dok sorg.Satu mlm,kire2 pukul 12 camtula. Aku baru balik dari stadigrup (err...bia betoi aku stadi sampai kol 12) Aku tgk dorg sume tgh layan cite ape tah kat bawah. Aku trus nak atas. Ingat nak mandi la. Bukak2 pintu bilik air..."aaaa..." Org tu menjerit. Aku pun menjerit. cepat2 tutup pintu balik. Eh,aku rase dorg sume ada kat bawah. sape lak dam toilet tu?

Kawan aku naik. Aku crite. Die gelak. Upenya budak bilik seblah punye emak..Ceh,mokcik tu pun satu. Xreti ke bukak lampu toilet? Dok mengeram dalam gelap watpe? Sah2 aku ingat xdak org. Aku dapat bayangkan mesti makcik tu tgh selesa berkumuh sbb dia konpiden dah kunci pintu toilet yg menghala kat bilik dia tu.. Dia taktau ka toilet share ni kena kunci dua2 pintu?huhu..Tapi,bagus jugak gelap. Aku pun mmg blum bsedia nak menyaksikan aksi sexy wanita separuh baya.

Tips ketika berada di dalam toillet: sila pastikan air paip terbukak supaya org tau korg ada kat dalanm. Dan juga utk cover buyi taik yg terceplop masuk ke lubang tandas.

Sunday, March 7, 2010

bukan salahku

11 tahun yg lampau. di sebuah kelas. 7.30 pagi.ujian bulanan sdg dijalankan.  seorg budak lelaki masuk ke kelas dgn wajah yg penuh rasa bersalah. Cikgu Marpuaton memandang tepat ke matanya. " Kenapa awak masuk lambat??" (kelas kitorg stat kul 715. biasala, skola budak skema)
"Saya sakit perut, cikgu"
"em..ok.duduk"
cik siti dan geng2nye berpandangn sambil tersenyum2 menahan gelak. amboii...kalau gelakkan org kemain. macamla korg xpenah mengalami ceriberi. berkualiti sangat ke tinja masing2 hingga sentiasa berada di tahap normal.

kriiingg!!yess...paper 1st dah abes.  Bayangan cikgu marpuaton yg bersuara frekuensi tinggi dah berlalu.hui...besnye. Masa tu cik siti dok depan skali (ceiss..sapela yg dengki khianat suh cik siti duk depan dalam kelas tuh)

Minah2 ronggeng tu berkumpul kat tempat cik siti. Macam biasa,membincangkan topik yg x mendatngkan sebarang faedah utk masa depan mereka. Mamat yg sakit perut tu duk tepi meja cik siti. Sambil borak2, mereka jeling2 mamat ceriberi tu sambil senyum2. (perlu ke gelakkan org yg cencirit dari pagi hingga ke mlm?aku pun xpaham dgn akhlak mereka masa tu.hehe)

Tiba2,bau yg busuk (mgkin akibat diperam terlalu lama) menusuk hidung mereka. Mata minah2 ronggeng membulat. Cik Siti cepat2 tutup idung. Xtahan dgn serangan gas beracun tsb. Cik siti xsempat pakai kasut (dia suke bukak kasut dalam kelas) cepat2 lari ke belakang dgn hanya memakai stokin.

"Weh,busuk gile"
"Nak kentut pun agak2 la. Jgnla dekat2 dgn kite"
"Eee...sah dia yg kentut. dia kan sakit perut rini"
"Huh..xtahan aku. Baunye meresap ke kepala"
Mereka mengomel sesama sendiri. Putri kuarkan minyak cap kapak dari beg dia. Hulurkan kat cik siti. Cik siti tenyeh sket kat idung. Kat kepala.
"Thanx acik. Huh, selamat ko bw minyak angin. Lega siket"

Mereka bantai gelakkan mamat ceriberi tu lagi. Kesian dia jadi bahan untuk hari itu.

Malam pun tibe. Lepas abes prep malam, mereka seperti biasa akan stay up. Dgn hajat untuk study lebih siket (padahal siang tu dah membuta masa delam kelas. Apa yg study lebih nye?) Tapi, acara stay up pasti akan dipenuhi dgn makanan2 yg mnganggu kekhusyukan mereka menelaah.cewah.

Tgh2 tggu megi kembang, cik siti bersuara. "Weh,korg nak tau sesuatu tak"

"Ape dia?" Farah berminat.
"Tapi...bnda ni rahsia. Kirenye takde sesapa yg tau ag la. So,korg jangan kecoh2 pulak"
"ala...cakap je la. Ko ni macam xcaya dgn kitorg je. Nape weh? Ade gosip hangat ke?" Putri merenung cik siti. Lebih berminat nak dgr rahsia ni dari nak baca buku kat tangan dia.

"Hangat la jugak..tapi malam ni dah xbape hangat" cik siti mnjawab tenang.

"Cakapla cepat" Farah gelojoh.

"Bau yg kat kelas tadi tu...aku yg kentut. Kentut tu hangatt je time kua. Malam ni dah xhangat la.."

Ciksiti xsempat nak teruskan ayat. Putri dah sumbat minyak cap kapak kat tenggorok dia.

masa itu emas

 Skarang ni masa terlalu cepat bjalan kan. Baru je keje hari isnin (dgn malasnye) tup tap tup tap da ari jumaat. Baru je pagi sabtu tetibe dah isnin balik. Ahad terasa begitu cepat (mana xcepat kalau dah soping bnda xberpekdah je separuh hari,pastu layan karaoke lagi, dvd lagi.uhuhu)

Tapi kan,aku dapat mengenal pasti beberapa keadaan yang mmbuatkan aku rase masa sangat lambat begerak..antaranye;

1. Bila pegi kursus/seminar yg trainernye bosan cam labi2. Pastu plak xde geng nak bgosip. org kat kiri kanan khusyuk buat catatan sdgkan aku pen pun xbawak. HUu...cptla abes.aku nak balik!!

2. Bile naik tren/bas. Time tpaksa bediri sbb seat penuh.Kat tepi plak ada bangla yg berketiak lekit berbau bangsat. Serius, masa tu rase kalau naik van jenazah lagi selesa

3. Bile kua dgn org yg membosankan.Biasa terjadi masa mule2 nak knal. Nak terus balik,rasa kejam pulak sbb dah ketuk dia banje kat tempat yg mahal2...arghh...cepatla masa berlalu.aku da mual tgk muka mamat ni

4. Bile korg naik public transport (sekali lg),tetibe rasa nak tercirit. Hantu taik btul. Time ni la ko nak melawat. Tren yg memecut terasa seperti beca roda 3 yg dikayuh pakcik lanjut usia.

5. Time kerja. Ini paling bosan. lagi2 kalau kerja yg mmbosankan di koloni yg menumpulkan agenda kreatif aku.uhu. Mata pulak mengantuk mengalahkan mengkarung termakan pil tido. Huh! Kenapala Malaysia xbuat ofce hour sampai kul 3 je?

6. yg last ni. Belum berlaku. Tapi aku kompem akan terasa kelambatannya bile terjadi nanti. Time menunggu malam selepas hari pernikahan.ewah.ayat puitis dari aku yg romancis.He..sure ase mase lembab nye berlalu..(korg yg da kawen,sila jangan xmengaku)

Korg plak,bilekah masanya waktu terasa lambat berlalu?

Thursday, February 25, 2010

asam yg kurg

10.00 mlm. aku ngan sya telah kelaparan.perut kami yg ramping tanpa girdle ataupun selulit mintak diisi.tringin nak makan mi bandung...
ala,kdai yg mi bandung sdap tu tutup.nak p try kdai lain la.jalan jauh siket. nampak satu kedai yg agak malap dan berbaur kesuraman. masuk2, pilih meja tepi,dekat dgn tv...drg ngah tayang bang bang boom..hu,layan je la lawak bodo yg xseswai utk makhluk sirius cam kami ni.
alahai,ada air tumpah la kat meja ni.drg xlap lagi...2minit. datang satu indon yg berwajah kusam. nak amik order kitorg.dia pi duduk kat kerusi depan aku.

aku: dik,tlg lap sikit air tumpah ni

dgn wajah kelat,dia tarik tisu kat atas meja tu.lap air tu dgn kasar.kuku dahla panjang.eee lemah toi aku tgk kuku camtu nak hidang makanan kat aku t.

indonkusam: nak makan ape ni
aku: dik,meja ni lekit lagi la..kain lmbab utk lap xde ke (sambil gosok sikit jari atas meja-cek thp kebersihan.he)
indonkusam: ada..tu ha. (jeling dgn ekor mata.langsung xbangun dr tempat dia)cepatla,nak makan ape ni.
aku: jap2.meja ni boleh lap ke x ni
indonkusam: cakapla dulu nak makan ape.saya amek order pastu lap la meja.saya ni banyak lagi keje nak buat tau x

ewah2...ni dah lebih.aku cakap elok2,ko kerek heh.

aku: xleh cakap elok2 ke?kalau nak lap nanti,cakap la elok2"kejap lagi ye kak"(masih dgn nada rendah)

indon: (xpandang aku dah.dgn muka kelat tanya kawan aku plak) nak makan ape ni

membe aku pun bijak.dia wat bodo je.xjawab.

aku: eh,awak buat muka camtu knapa?nak marah saya ke?nak marah?

indon: xla (masih ketat dan memualkan)

aku: xnak makan ape2 pun kt cni


indon tu terpempan tgk kami trus blah.p makan kdai seblah

aku sbnrnye bukan kisah sgt pasal air tu.tapi cara dia serve customer mmg hampasalagapas...tu kalau boss dia tau x ke haru. dah jadi camtu,xmo la aku makan kat situ.sbb dulu mmbe aku pesan,hati2 siket dgn indon. kalau kite wat hal dkt kdai makan, nnt makanan kite diludah dulu sblum serve.huu...bimbang gue.

indon ni pun ngong.ko dah keje kat kdai makan,buatla cara keje kedai makan.kalau lap air pun malas,g la keje kat kdai keranda.xyah lap meja makan. dulu aku keje kedai langsir masa cuti semester.aku ingat lagi akak janda yg senior tu ajar aku ukur kain "1 m=100cm.ingat tu" "baik,kak" aku mnjawab patuh "kalau stgh meter bape cm?" cis.walaupun addmaths aku agak biol,tapi matematik aku di tahap mmbanggakan okk...tapi,oleh kerana sedar diri yg aku pekerja junior di kedai langsir,aku ttp mnjawab "err...50cm ye kak"
"ha.slamat betul.kalau salah tadi,aku ketuk ko dgn pembaris ni" ujar kakjan dgn bangganye.ceissssssssss...aku bagi ko soklan fizik kang.ternganga nak jawab (aku pun nganga skali sbb kelas fizik aku ponteng slama setahun kat KMPP) 

pastu dia ajar ukuran renda utk scallop plak."kalau yg panjang 2inci biasa guna untuk langsir pencil pleat" "oo...ok kak"
"kalau yg 6inci tau x guna utk apa"
"er..renda mana eh yg 6 inci tu kak"aku jenguk2 sampai rak yg atas.
"oo...yg tu bkn renda.dia bguna utk akak je"(sambil tersipu2)

Hamsap punye kak jan.dgn aku yg naif ni dia bleh wat cite camtu.aku amik kputusan xnak jaga kawasan renda.